CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mentollica

Berminat buka perniagaan homestay...bagaimana cara?

[Copy link]
Post time 6-9-2015 11:38 AM | Show all posts
Edited by amirezu at 6-9-2015 05:36 PM
armin replied at 5-9-2015 02:41 PM
so selalunya customer u datang bandar utk stay atas sebab apa? ada kerja, anak2 konvo, macam tu ye ...


Majoritinya atas urusan dengan hospital atau U. Kalau pesakit selalunya ada appointment dengan doc. Ada gak yg sekadar datang nak ziarah sedara-mara yg sakit. Kalau doc atau nurse lak datang sbb kursus antara 3 ke 7 hari. Kalau U tu selalunya sebab konvo, register masuk sem, ada event ataupun sekadar nak jumpa anak2 hujung minggu. Tahun lepas krew RTM penah stay 11 hari sbb nak shoot dokumentari kat hospital.

Pandangan sy, lokasi yg insyaAllah boleh dikatakan selalu ada guest ni antaranya dekat dgn hospital, U atau kolej, ataupun kawasan industri. Yg kawasan industri atau construction ni org booking jarang2 tapi sekali booking nak stay lama terus sampai berbulan2 pun ada.

Homestay sy jenis rumah semi-D.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 12:38 PM | Show all posts
amirezu replied at 6-9-2015 11:25 AM
Kalau sedekah sekadar mampu, balasannya pun sekadar mampu jugaklah  Sedekah banyak, banyak yang  ...

dulu pernah cuba macam tu masa betul2 broke. memang alhamdulillah lah. insyaallah akan cuba dengan lebih gigih lagi lepas ni. thank you atas nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 02:11 AM | Show all posts
armin replied at 7-9-2015 12:38 PM
dulu pernah cuba macam tu masa betul2 broke. memang alhamdulillah lah. insyaallah akan cuba dengan ...

sama2. ada ustaz ajar sy dulu. lepas tu sy cuba buat. memang betul dapat 10x ganda atau lebih. juz nak share pengalaman, harapnya pahala sedekah tak berkurang...sy pernah sedekah rm100, selang 3 hari dpt call drp RTM nak duk kat homestay sy selama 11 hari. alhamdulillah dapat rm1100 lepas dah bagi diskaun. masa tu memang tgh risau gak sbb booking tak byk bulan tu. masa risaulah kita doa betul2 ikhlas selalunya.

minggu lepas pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:44 AM | Show all posts
Akak masih baru dlm bisnes homestay..baru sebulan jer
tapi alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik..

plan asal nak sewakan kepada pelajar memandangkan rumah kami berdekat dengan beberapa ipt tetapi bila memikirkan rumah yang disewakan akan mudah rosak..baik buat bisnes homestay..hujung minggu kalau xde orang booking..kita boleh lepak situ...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 05:27 PM | Show all posts
Homestay ni memang lagi berbaloi berbanding sewa. Rumah tak rosak sebab guna sekali sekala. tapi income macam sewa. Ada yang dapat lebih dari  kadar sewa bulanan.... Yang tak ada rumah lebihcepat2 la buat homestay.. hehe



Nak buat tuala homestay dengan brand sendiri?
klik link sini -->Pusat Sulaman Berkomputer
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 02:22 PM | Show all posts
Salam semua...

Dari pembacaan saya di atas, semuanya nmpak mcm untung je buat homestay ni. Saya hajat nk buat homestay juga.. tapi saya risau, jika lokasi rumah tu di dalam kampung, adakah sy akan rugi? Mksudnya jalan nk masuk ke rumah tu jalannya sempit, atau berlopak... walaupun rumah sy tu cukup luas dan besar utk sebuah homestay.

Tolong sesiapa bg cadangan ya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2016 11:46 AM | Show all posts
Wow menarik...saya pn igt nak bt homestay tp rumah area sp,kedah...agak2 klau bt ada x yg berminat?rumah fully furnish,gated, doublestories...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:17 AM | Show all posts
saya ada 2 homestay di johor...setakat ni saya masih dapat keuntungan bersih setiap bulan...dalam rm1000++ ( dah setahun lebih)

kalo nak buat homestay kena sediakan facilities yang terbaik...survey homestay2 di sekitar anda dan lihat apa facilities special yang mereka ada...

bagi saya tips yang tak ada dalam buku/ internet adalah sediakan tempat tidur dan bilik air yang cukup selesa dan lengkap...

cth dalam bilik air sediakan water heater shower, sediakan selipar, dan segala kelengkapan mandi sprti sabun n tuala...kalo berus gigi tu boleh letak harga utk jual...sediakan paip juga utk kemudahan lain...

apa yang kita sediakan bukan bertujuan utk melebihi homestay lain, tapi kita buat tu untuk memberi persaingan sihat dalam hotel-hotel murah berhampiran...perlu ingat persaingan kita adalah hotel2 murah bukan homestay lain...jalinkan network dengan homestay2 lain yang berdekatan...

akhir sekali, nak untung perlu la promosi secara online dan offline...

online boleh promote dalam fb dan web..
offline boleh sediakan name kad dan flyers...flyers n name kad boleh di edarkan kat kawasan2 tumpuan ramai seperti ipt berhampiran, hospital dan kilang2...

yang penting sebenarnya adalah promosi...kena ingat ye...sebenarnya setiap hari ada customer akan cari homestay, cuma nya mereka tak sampai kepada kita...so promosi adalah pnting..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
homestay saya di alor setar.. hampir 2 tahun..  rumah kena bersih..  kalo boleh pilih la perabot yg selesa..  tilam pun jgn la amik yg paling murah dipasaran.. sy pun byk gk amik perabot 2nd hand..  ok je takde la nmpak lama sgt..

kalau rumah lama..try cat baru bg nmpak cam baru.. cat boleh buat sendiri je..

utk promosi plg penting..  kena bubuh kt internet..  iklan kt mudah..  buat website.. pastu join la group whatsapp pengusaha homestay.. saling tolong menolong... kalau kita penuh blh bagi kt group tu supaya ada rezeki org lain.. bubuh la lokasi homestay kita dlm google maps..  senang org cari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 01:03 PM | Show all posts
amirezu replied at 6-9-2015 11:38 AM
Majoritinya atas urusan dengan hospital atau U. Kalau pesakit selalunya ada appointment dengan d ...

Boleh tahu tuan homestay tuan iklan di mana?Lokasi homestay pula di mana?

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 02:30 AM | Show all posts
nahwal replied at 17-7-2017 01:03 PM
Boleh tahu tuan homestay tuan iklan di mana?Lokasi homestay pula di mana?

Setakat ni cuma iklankan di Mudah.my dan beberapa direktori homestay. Antaranya CariHomestay.com. Direktori lain sy dah lupa nama apa. Tapi dlm direktori tu sy cuma post iklan lepas tu tinggal. Tak pernah update sampai sekarang. Dalam airbnb pun ada. Apa2 yg percuma semua boleh try.

Selain tu sy ada buat website dan FB Page. Kebanyakan customer sy dtg dari Mudah.my dan website. Ingat nak try Google Adwords tapi rasa tak berbaloi kalau cuma ada sebuah je macam sekarang ni. Kalau sebelum ni sy ada 4 buah homestay termasuk yg sy JV dgn kawan sy. Tapi 3 daripadanya dah tutup terus/sementara. Tinggal homestay kepunyaan sy je sekarang ni.

Lokasi homestay sy di Kubang Kerian. Dekat dengan Hospital USM dalam 2km lebih kurang. Kalau musim USM anjur sukan memang penuh homestay area sini. Selalunya guest akan menginap paling kurang 5 malam...macam sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 brp kos utk dptkn lesen homestay ye? Rasa mcm berminat gak..
Seremban
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 07:12 AM | Show all posts
Berminat jugak... skrg tengah menyewa rmh je... maybe in the future...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:31 PM | Show all posts
dah dekat 3  tahun buka homestay,  kena highlight kelebihan homestay macam lokasi,  berdekatan dengan  bandar,  hospital, airport, uni,  atau pusat rekreasi.   Harga pula berbaloi dengan kemudahan.

bila dah terlalu banyak homestay dibuka berdekatan  rumah kita, sedikit sebanyak terkesan juga.  kali ni kena  lebih highlight kan pula kelebihan dalam homestay kita, contoh free wifi,  bilik aircon,   set kopi, teh untuk bancuh air.   Diskaun untuk tempahan lebih seminggu, dan washing machine  boleh tarik penyewa yang nak tinggal lama sikit sebab kursus dan kerja.

Selain homestay full house, boleh juga iklankan private room, bayar ikut bilik atau ikut kepala. Mereka yang datang seorang lebih suka cara macam ni sebab tak perlu bayar mahal untuk sebiji rumah, atau terpaksa sewa bilik hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 01:32 AM | Show all posts
boleh tengok contoh homestay http://homestayjb.net
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
assalam all
siapa ada buat condostay?
boleh share story anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2019 12:26 PM | Show all posts
Saya pun ada sebiji rumah apartment yg sekarang sedang disewakan untuk laburan, lokasi dekat Pahang. Saya juga nak tahu bagai mana cara nak buka homestay dengan ada apa procedue..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 12:30 PM | Show all posts
Baru ingat nak beli rumah satu kat melaka..nak buat homestay. Boleh upah adik untuk bersihkan semua sbb adik memang dok melaka. Nak beli kat kampung, tapi memandangkan kampung iols ni bukannya tourist destination..takut tak berapa nak laku pulak.

Kawan iols baru je buat homestay kat melaka dalam tahun ni. Mmg laku keras..marketing dia pun terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adeh kata rabun ingat topik baru... rajin awak jue... eh buat jeeee juee.. xcuba xtau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.075065 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list