CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

Tiada apa tinggal lagi - Messi

[Copy link]
Post time 2-2-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Messi melengkapkan koleksi bola sepak selepas membantu Argentina memenangi Piala Dunia.

PARIS: Seorang daripada pemain terhebat sepanjang zaman, Lionel Messi sudah memenangi hampir segala-galanya dalam dunia bola sepak.

Dengan tujuh anugerah Ballon d'Or, empat kejuaraan Liga Juara-Juara, satu trofi Copa America dan satu Piala Dunia FIFA, Messi dianggap sudah "melengkapkan koleksi bola sepak."

Satu-satunya kejuaraan yang terlepas daripada kabinet trofinya sebelum ini adalah Piala Dunia dan dia berjaya membawa pulang trofi itu apabila Argentina menewaskan Perancis pada aksi final di Qatar hujung tahun lalu.

Ketika Messi tidak memberikan sebarang jangka masa bagi persaraannya daripada bola sepak antarabangsa, dia kini mengakui "tiada apa lagi yang tinggal."

Dianggap sebagai "Pemain Terhebat Sepanjang Zaman" atau GOAT dalam kalangan komuniti bola sepak, Messi mengakui dalam satu temubual dia sudah meraih segala-galanya yang boleh dicapai bersama pasukan kebangsaan Argentina atau La Albiceleste.

"Ia penamat karier saya, menutup satu kitaran. Saya mencapai segala-galanya bersama pasukan kebangsaan seperti yang saya selalu impikan.

"Saya meraih segala-galanya dalam karier saya secara individu. Ia mengenai menamatkan karier saya dengan cara yang unik.

"Saya tidak pernah membayangkan semua ini akan berlaku kepada saya ketika saya bermula dan berada di saat ini adalah sesuatu yang terbaik.

"Saya tidak mempunyai sebarang rungutan lagi dan saya tidak boleh meminta lebih daripada itu. Kami memenangi Copa America (pada 2021) dan Piala Dunia, tiada apa-apa lagi yang tinggal," katanya dalam satu temubual dengan UrbanaPlay.

Dalam temuramah itu, Messi juga mendedahkan mengenai impiannya yang berjaya direalisasikan - menjuarai Piala Dunia FIFA. Pemain berusia 35 tahun itu berkata ia lebih hebat jika mendiang Diego Maradona menyerahkan trofi Piala Dunia itu kepadanya.

"Saya mahu Diego menyerahkan saya piala itu, atau sekurang-kurangnya melihat semua ini, untuk menyaksikan Argentina sebagai juara dunia, dengan segala yang beliau mahukan dan bagaimana beliau menyayangi pasukan kebangsaan," katanya.

Dalam satu temuramah lain bersama InfoBae, Messi menjelaskan: "Saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Saya tahu Dia akan memberikan saya Piala Dunia, saya tidak tahu tetapi saya merasakannya. Syukur kami dianugerahkan apa yang kami impikan.

"Mujurlah ia berlaku akhirnya. Sejak hari itu segala-galanya berubah buat saya. Sekarang kita boleh memperkatakan mengenainya."

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menyambung semula aksi bola sepak kelab di Perancis dan sedang berusaha untuk menjadikannya musim yang lebih berjaya berbanding musim lalu.

PSG kekal sebagai salah satu pasukan pilihan untuk mara lebih jauh dalam Liga Juara-Juara dan Messi kekal sebagai kunci kepada cita-cita mereka.

https://www.bharian.com.my/sukan ... -tinggal-lagi-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049198 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list