View: 687|Reply: 8
|
[Jenayah]
Keluar PEJUWANG, ke mana arah hendak ku tuju bila bertanding ilang deposit.
[Copy link]
|
|
Dr Mahathir, 12 lagi ahli umum keluar PEJUANG
Februari 10, 2023 @ 11:51pm
Tun Dr Mahathir Mohamad. - NSTP/ASWADI ALIAS
Tun Dr Mahathir Mohamad. - NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain, hari ini.
Menurut satu notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
"Keputusan PEJUANG memutuskan hubungan dengan GTA, secara langsung menyingkirkan kami daripada kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.
"Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang berprinsip serta berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.
"Atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA," menurut notis berkenaan yang ditandatangani 13 ahli PEJUANG.
Notis itu dimuat naik dalam Facebook bekas Timbalan Presiden PEJUANG, Datuk Marzuki Yahya yang turut menandatangani notis berkenaan.
PEJUANG ditubuhkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri, pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini, perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung kedua parti itu, 14 Januari lalu.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik berkata, keputusan itu juga membolehkan PEJUANG mempunyai sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara, sebelum ia benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.
Dr Mahathir sendiri kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, buleh buat parti baru banyakkkkkkk lagik, nanti ada jah yg masok join ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
macam org tak heran pun dia nak keluar parti apa ke tertonggeng terbalik lantak lah
ada thread baru pasal ni wartawan cari bukak pun sendu yach |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2023 11:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kepompong replied at 11-2-2023 09:35 AM
macam org tak heran pun dia nak keluar parti apa ke tertonggeng terbalik lantak lah
ada thread bar ...
Walatok dlm CI yg acah2 kata Tua Kutuk ni faktor PH menang PRU14 pun dah sembamkan muka dlm najis bila Tua Kutuk yg dia puja ilang deposit di Langkawi...kah kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
satgi kalau dia pulang ke rahmatullah baru la media nak angkat puji kenang bagai. Macam p ramlee…. bila era filem dah berubah dia masih takok sama, macam merundum teruk sgt hidup melarat tkde org pedulikan dia dah.. aleh2 meninggal femes macam apa |
|
|
|
|
|
|
|
tiber terigt pernah tengok rancangan “Detik” mediacorp interview siti … salah 1 ayat siti yg i igt sampai skrg ialah dia tknk la 1 hari nanti dia tak diperdulikan, dilupakan , di-who-are-you-s kan , kalau akan berlaku benda tu , dia bersara sebelum detik kejatuhan yg merundum teruk … dia tknk ada memory jatuh berdebuk, rela bersara masa tgh fames & fofular lagi dari terpaksa bersara terpaksa disebabkan org dah tolak, tknk & menyampah
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan tv tu entah zaman bila.. zaman2 sblm dia kawen , zaman sebelum ada semakfon, sebelum ada socmed… |
|
|
|
|
|
|
|
sorry ot |
|
|
|
|
|
|
|
izinkan ot lagi sikit, i ada kenal seseorg yg malaikat maut tak brp nak sudi jumpa dia… walaupun sakit & organ rosak , tetap juga hidup dgn keadaan kekurangan organ berfungsi… so dia hidup sehingga tkde lagi 1 organ pun yg berfungsi …. susah nak percaya … tapi berlaku depan mata i. Ini pengalaman i sorang2 kenal seseorang itu. Tidak ada kena mengena dgn thread ini. Sekadar suka-suka nak OT |
|
|
|
|
|
|
| |
|