CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarqis

[MERGED] Ekzema, Enzima, Eczema

[Copy link]
Post time 16-12-2008 08:28 AM | Show all posts
anak saya lak kat betis nya tu kering sangat, dan bersisik.... umurnya 11 bulan masih lagi breastfeeding...
saya sapu minyak kelapa dara.... macam x der perubahan.. asalnya mmg kulitnya kat kaki tu kering masa raya ari tu makciknya bagi makan daging... terus naik mcm kulit pecah n sisik kat betis nya tu.. tapi dia tak menggaru lah.... hubby saya mmg jenis kulit kering.. n familinya mmg asmatic dan alah pada seefood.

ada cadangan tak cream yang sesuai...saya mandikan Sarah dengan lactacyd.. tp sekarang saya x pakai dah takut kulitnya makin kering...

harap2 ada yang dapat membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 02:33 PM | Show all posts
ada sape2 penah try krim ezerra?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 04:40 PM | Show all posts
anak aku awal2 dulu diagnose eczema...sbb simptom2 dia sebijik....cuma anak aku x gatal aje....kalo bab rupe paras tu...mmg bersisik menggerutu la...terutama skali part lutut siku sume....perut pon menggerutu...sian aku tgk...tp dia rilex aje.....

aku sendiri mmg ade history athma....mak n aku sendiri pon ade penyakit gatal2 ni...lps dh referred kat paed HKL..kata doc bkn eczema tp penyakit kulit kering yg lain...aku lupa lak namanye....ade "sis"2 kat blkg tu....heheh.....

treatment dia doc bg aqueous cream utk jdkan sabun mandi n sapu utk kering tu la..pastu bila naik merah dia suh ltk lg satu cream hydrocortisone....so far dia x gatal aku ok la tp aku kesian kat dia kulit camtu....sebbaik muka dia x teruk......

tp lately jd allergic naik bengkak merah2 lak especially lps mandi....aku mintak cepatkan appointment hari rabu ni....nnt cek ngn doc nape lak....kata doc sakit tu bila anak makin besar dia makin ok...tp aku tgk x pon...lg teruk ade la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 03:15 PM | Show all posts

Balas #1 zarqis\ catat

Salam..trylah makan MELILEA GREENFIELD ORGANIK...pernah ada pesakit yang  teruk dah baik..Sesuai untuk semua peringkat umur...


http://melileaorganiclifestyle.b ... nfield-organik.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 04:02 PM | Show all posts

Balas #101 ayekatik\ catat

Cuba lotion Lea mind tak?
Maid saya guna ok,Alhamdulillah..If tak tangan dia pecah2...lotion ni tak bahaya sbb dia takde guna bahan kimia....
atau guna Melilea Revitalizing Cream ...Kakak ipar saya guna sekali je,Alhamdulilah bibirnya dah tak pecah2 lagi..Yang krim ni pun sume sumbernya dari tumbuh-tumbuhan..anak2 termakan pun takpe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 01:18 PM | Show all posts

Balas #102 mamanurulhasbi\ catat

anak saya memang guna cream ni since thn lepas sampai skrg.
memang sesuai dengan dia....kalau gatal-gatal or kulit kering memang elok
anak saya ada ekzema, doktor yg suggest pakai cream ni dan mandi pakai sabun french soap naem yg campuran dia daun bambu.Kat c4 ader jual sabun ni. Skrg kulit dia dah ok dan saya gunakan gak lotion french oli botol biru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by be_the_best at 4-2-2009 16:02
Cuba lotion Lea mind tak?
Maid saya guna ok,Alhamdulillah..If tak tangan dia pecah2...lotion ni tak bahaya sbb dia takde guna bahan kimia....
atau guna Melilea Revitalizing Cream ...Kakak ipar  ...


cream ni blh ubat ekzema?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 03:11 PM | Show all posts
Ekzema buat bayi resah

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.

Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

"Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.

"Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi," jelasnya.

Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.

Sensitif

"Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.

"Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi," jelas beliau lagi.

Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa bahawa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit tersebut.

Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.

"Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.

"Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas," katanya.

Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.

"Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.

"Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman," jelas beliau.

Rawatan asas

Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.

Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.

"Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.

"Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.

"Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor," jelas Dr. Syed lagi.

Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.

"Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua," katanya.

Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

l Bawa anak berjumpa doktor

l Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.

l Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.

l Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.

l Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.

l Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.

l Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

l Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Syarifah Zainon Syed Ahmad Malik, berkata, walaupun ekzema pada bayinya, Rayhan Al Imran tidak begitu teruk tetapi bayi tersebut kerap tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Justeru beliau mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor dan kini ekzema pada Rayhan terkawal dan tidak seteruk sewaktu dia baru dilahirkan.

Menurut Syarifah Zainon, bayinya mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas di mana ruam akan timbul di merata tubuh hingga ke bahagian pipi.

"Dengan mengikut nasihat doktor dan menjaga persekitaran rumah agar tidak berhabuk dan suhu tidak panas, sedikit sebanyak membantu anak saya menghadapi penyakit tersebut dengan lebih baik," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 11:30 AM | Show all posts
lately...my son...4months plus..selalu tarik2 telinga belah kanan...
kadang2...cam ada merah2 belakang telinga...
tapi jap je..dalam 5 minit camtue..ilang..
kat tgn pn pernah jadik cmtue...
nie..kira kategori ekzema gak ke??
me tak bawak g spital lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 06:14 PM | Show all posts
boleh cuba derma-x dari healin
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 04:41 PM | Show all posts
ada sape2 penah try krim ezerra?
mamanurulhasbi Post at 18-12-2008 14:33


Saya baru baca brochure pada ezzara ni, cam ok aje, katanya x de steriod.  Nanti check balik brochure tu.  Nak guna untuk baby 10 bln,. eczema kat badanya dah nampak kurang, tapi kat pipinya ada aje bertompok merah cam pakai blusher.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:13 AM | Show all posts
derma-x mmg takde steriod
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:59 PM | Show all posts
nak share pasal ekzema ni
anak i dapat eczema since kecil lagi, on n off
kulit dia kering sgt, paed kasi aqueos cream and kena mandi ngan cetaphil.
bila dah masuk 2 tahun makin nampak ekzema dia
esp kat area kaki kat pelipat kaki paling nyata
memang x cantiklah kulit dia kat situ
i n hubby bawak jumpa paed
so paed bagi H-cot (hydrocotisone), zyrtec n ada satu ubat lagi (ubat makan)
after pakai sekali je H-cot terus ok the eczema.
tapi masuk hari kedua, anak i garu, zapppp jadi balik
n mende ni even worse...anak i garu sampai berdarah
so our relatives recommend derma- x and immunol sebab anak dia pun kena eczema
so we all pun belilah mende tu
tapi tak tau apa yg salah,still tak jalan n lagi worse
sebab eczema tu dah j adi mcm campak
penuh satu badan n kena kat muka dah pun
so well refer kat another paed kat gleneagles
so dia bg the same ubat as the 1st paed
h-cot
zyrtec
cetaphil cream
QV bath oil
bactrobane

the paed suruh both of us 'focus' to ensure that the eczema ni hilang
he said my dotter nye eczema dah stage 'severe'
so dia refer my dotter to another paed+demartologist kat damansara specialist center (DSC)
actually after jumpa paed kat gleneagles tu dah nampak ok
tapi still kena jumpa the paed kat DSC, so dia adviced us to continue ngan ubat yg diberi
n dia ada bagi satu kain, mcm stokin lah for both hands and legs untuk elakkan anak i garu
so far so good
tapi i takut gak lah sebab kami masih bergantung ngan H-cot of which is a steroid based cream kan, yg ada side effect (based on wikipedia)
tapi nak wat camne nak pastikan kulit anak i sihat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 01:24 PM | Show all posts
hituff....kalo eczema ni berpunca dr allergic n kalo family ade history athma or penyakit kulit tu sendiri...so anak most probably akan ade la kan....sbb tu la bdk2 eczema ni kalo kene gigit nyamuk pon kulit dia blh jd teruk...bengkak lebih drpd bdk2 biasa yg xde penyakit ni....sbb tu la parents yg anak ade eczema kene btol2 pantau pemakanan n persekitaran la kan....lain bdk lain trigger dia....tp common mmg cuaca panas, berhabuk or persekitaran x bersih la...

biasanya makin meningkat usia anak...eczema dia makin ok....tp anak hituff ni lain kes plk ek....maybe ade bende2 yg dia allergic kot dr segi mkn ke ape yg hituf x aware.....mcm anak aku dia x severe la eczema dia tp still la kalo musim panas mcm ni naik mcm2....rashes la..bengkak la gegata la....dia mmg follow up kat paed hkl....treatment dia skrg mmg aqueous cream n satu lg steroid cream tp bkn cortisone la....yg ni lower dose than that...sbb eczema dia dh krg la drpd dulu.....even aqueous pon doktor ckp x perlu sgt skrg sbb kulit dia dh x kering.....tp mandi mmg drpd dulu aku guna oilathum n never pakaikan dia any lotion drpd ape2 brand pon selain aqueous tu....syampoo pon mmg stok dr paed...lupa lak ape nama dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 12:21 AM | Show all posts
emm my son during dry season ni kan
senang jek berpeluh then bile peluh mula la rash naik
jadi cam bintik2 yg kasar tau
kesian garu2 pastu hari tu doc kat opis tu cite anak dia ezcema then try dr klinik sampai ubat pakar tak elok so dia kaat dia try banana boat alor vera gel kaler ijau
so since anak bintik2 ni so i beli la
and mmg berkesan dlm 3 hari dah clear all rash n bintik
now maintain jek sapau gel pasal sejuk kan
cuba la try...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:35 PM | Show all posts
anak aku pon eczema sejak kecik. tp skrg dah kurang bnyk. aku amalkan sapuan minyak zaitun seluruh badan everytime lepas mandi. time lembab2 tu.. sapu terus. mmg mujarab. and stand by kt umah BDP cream dgn calamine lotion. sometimes dia main bole tak pkai kasut ke.. mula la tapak kaki dia kering n bole jadi pecah2. aku just apply BDP cream before tdo.. the next morning dah ok. continue smpai pecah2 tu hilang. then stop da cream. just continue apply minyak zaitun je.

klau agak2 tersalah makan.. so far udang dah mula bole mkn.. ketam tak test lg. dulu takleh. tp skrg.. pantang besar dia.. keropok lekor. taktaula sbb ikan tak fresh ke.. or jenis ikan yg digunakan. kopok tak abis lg dlm mulut... tangan dah start garu2. dasyat tol penangannye. then.. masa ni terus mandikan my son dgn sabun taharah... n pastu apply calamine lotion kt mane2 yg dia rasa gatal. then ok. takde masalah. tu je amalan setiap hari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 03:24 PM | Show all posts
116# talapia

tu la lain bdk lain trigger n treatment dia...tp kalo x silap aku calamine lotion content dia mmg mengeringkan kulit....mmg kalo baby kene rashes or ruam merah bintik2 tu sesuai pakai calamine lotion utk mengeringkan rashes tu....tp bila dh baik tu x digalakkan apply lg la.....kalo yg severe eczema kulit kering bersisik x sesuai la ni....mcm adam mmg aku pakai calamine lotion bila rashes merah2 tu aje la....after dh ok x bintik2 lg aku x apply dahla...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 05:05 PM | Show all posts
117# izati_abc

ha'ah.. calamine takleh amalkan selalu... makin kering jadi kulit tu. aku apply bila dia merah2 n gatal2 je. sbb calamine ni dia soothing. on da spot gatal2 tu ilang. sblm2 ni pernah gak try apply minyak anginla... cetaphil la.. tp dia continue garu2. tak ilang gatal. guna calamine ni ok. lepas sapu kt semua tempat gatal tu.. terus dia senyap. tp esok pg mandi.. jenuh gakla nk sabun sental2 sket.. sbb calamine ni susah gak nk ilang klau takat mandi simbah2 je.

dulu masa mula2 diagnose eczema ni.. mcm2 ku try.. pernah apply cetaphil cleanser seluruh badan. mahal tu.. tp tak tahan lama.. cuma bila naik merah2 tu cepat2 sapu cetaphil. okla. tp pastu try tukar apply minyak zaitun sbb pernah baca pendapat kata.. minyak zaitun tu kan sunnah nabi jugak.. tu yg try. so far berkesanla utk lembabkan kulit dia. budak2 eczema ni takleh kulit kering.

ingat lg masa dia umur dlm setahun camtu. klau nk pegi tesco.. aku siap bekal lotion dlm henbeg. aircon tesco tu buat kulit tengkuk anak aku mengelupas. kesian sangat. tengah2 org tu jugak aku applykan lotion. klau tak mesti dia mnggaru sbb gatal. klau balik kg.. main pasir lebih2 pon tak bole. kadang kesian tgk dia.. dia nk main mcm sepupu2 nye yg lain.. tp tak bole. mula la gatal 1 badan.

so far apa yg aku notice anak aku ni pantang2 dia..

aircon - skrg dah ok sket.. takdela mengelupas mcm dulu sbb dah pkai minyak after mandi
panas, peluh2... - smpai skrg takleh. klau dia main peluh2... mulala gatal sane sini
baju dr kain yg panas -  masa kecik dulu.. aku kene memilih beli baju dia. kene beli yg berkualiti aje. klau tak.. badan naik rashes. 100% cotton only. tp skrg ku ada gak beli baju2 murah2 tu.. dah bolela dia pakai. tp takleh bawak tido.

makanan - keropok lekor, udang yg tak fresh esp udang kering, ketam, telur klau bnyk sangat pon tak bole.

aku harap makin dia besar.. alahan dia makin kurang. aku taknakla dia nk lasak2 pon terbatas. ni nk biar anak main bola kt pasir2 pon aku risau. tak lasak sungguh. walhal anak jantan tu. camne...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:20 AM | Show all posts
118# talapia

tula talapia....doakan agar anak kita ni makin besar makin krg la allergicnye....anak aku pon...aku bersyukur xdela teruk mcm org lain..kdg2 org tgk dia pon x notice sgt dia ade eczema.....cuma skrg ni musim panas kan...menjadi2 la sket...kulit mula la nk naik mcm2.....anak ko xleh aircond ek...anak aku ngn aircond ok xde problem.....mcm aku jgk...aku athma kalo panas melampau aku xleh...sejuk ok je...kecuali terlampau sgt la sejuknye kan....tp sejuk jarang la menyebabkan aku kene attack...slalunye panas la blh trigger.....sbb tu aku ni pantang panas....manjang 24 jam aku ni berkipas...kalo x mula aku nk sesak nafas...heheh

aku beruntung jgk sbb bbsitter pon ade anak2 eczema n berpenyakit kulit ni...so dia phm la n tau camne nk jaga anak aku....Alhamdulillah la dia jaga bab mkn, ubat sume....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 04:41 PM | Show all posts
eczema jadi balik kat my handsome...die ni pulak kuat menggaru, dah baik die garu..sampai darah2...
finally, gi klinik..doc bg uclosone..me cakap nak bandage kaki die leh tak? sbb tak nak bagi die garu...doc cakap ok...after 2 days, nampak better sket....

dugaan betul....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.462332 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list