CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 1

Bukti Allah miliki kuasa bersifat infiniti

[Copy link]
Post time 17-2-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Bukti Allah miliki kuasa bersifat infiniti






MAHA Suci Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan di bumi dan DIA jua mampu mentadbir sesuatu yang bersifat infiniti di luar kefahaman akal manusia.
Israk dan Mikraj yang berlaku kepada Nabi SAW merupakan satu peristiwa luar biasa yang mencabar iman dan akal manusia di sepanjang sejarah dunia. Orang yang tidak beriman pasti menganggapnya sebagai mitos sahaja sebagaimana kaum kafir Qurasiy dahulu mendustakan baginda SAW. Seolah-olah perjalanan Nabi SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis, seterusnya merentasi alam dunia menerobos ke alam ghaib hingga sampai ke Sidratul Muntaha dan seterusnya pulang semula ke bumi dalam tempoh yang singkat itu menyalahi akal!

Setiap umat Islam wajib mempercayainya kerana hadis mengenai Israk dan Mikraj mencapai tahap mutawatir. Menurut al-'Allamah Muhammad bin Ja'far al-Kattani dalam Nazm al-Mutanathir, hadis Israk dan Mikraj diriwayatkan daripada 45 sahabat Nabi SAW. Jumlah sahabat RA yang ramai ini membuktikan peristiwa Israk dan Mikraj adalah mutawatir, iaitu mempunyai bilangan perawi yang ramai pada setiap peringkat sanad sehingga akal menolak kemungkinan mereka bersepakat untuk berdusta atau boleh berlaku pendustaan terhadap riwayat mereka. Ulama bersepakat, hadis mutawatir perlu diterima tanpa sebarang keraguan tentang kebenaran sandarannya kepada Nabi SAW dan menghasilkan ilmu yang benar-benar pasti serta mengingkarinya boleh menjadi kufur.

Bagaimanapun, musuh-musuh Islam sentiasa cuba menggoyahkan pegangan akidah umat Islam dengan berbagai-bagai cara, antaranya dengan menafikan sebarang mukjizat luar biasa pada diri Rasulullah SAW. Usaha ini gigih dilakukan oleh tokoh orientalis Barat seperti Gustav Lobon, August Comte dan Ignaz Goldzieher. Mereka sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah pegangan umat Islam melalui hujah dan fakta yang didakwa sebagai ilmiah bagi mengelirukan pemikiran. Antaranya mendakwa, hadis merupakan rekaan dan ciptaan para perawi dan bukannya datang daripada Rasulullah SAW.

Mereka mendakwa hadis Israk dan Mikraj adalah palsu dan tidak dapat dipercayai. Walhal penolakan mereka hanya berdasarkan teori dan akal semata-mata, melalui kaedah ilmu yang lemah serta mengenepikan kaedah ilmiah kukuh yang telah dibina oleh ulama Islam. Namun sayangnya, terdapat juga segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan dakwaan tersebut kerana kelemahan dan kejahilan mereka tentang disiplin pengajian Islam yang mantap.

Dari sudut sains, peristiwa Israk dan Mikraj juga sebenarnya tidak boleh dinafikan oleh akal manusia yang terbatas. Ini kerana peristiwa tersebut berkait dengan alam metafizik (alam ghaib). Metafizik ini pula melampaui hukum fizik kerana kegagalan manusia untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku secara emperikal, mantik dan bersistem yang telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden.

Dimensi metafizik ini melahirkan pula perbincangan mengenai fizik kuantum, yang kini penerokaannya mula mendapat tempat dalam kalangan ahli sains Barat. Fizik kuantum, atau dikenali juga sebagai mekanik kuantum, merupakan suatu penyelidikan sains fizik yang melibatkan interaksi antara jirim atau zarah yang wujud dalam alam mikroskopik, seperti elektron, proton, quark, meson, positron, foton dan sebagainya.

Dalam fizik kuantum, banyak perkara yang membingungkan ahli sains. Antaranya objek cerapan yang sama boleh bersifat zarah atau bersifat gelombang dalam waktu yang berbeza. Berdasarkan pandangan Morris Berman, terserah kepada kehendak kita bagaimana mahu menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah atau ia bersifat gelombang.

Davies & Brown dalam The Ghost in the Atom menyatakan bahawa pencerap tidak mungkin dapat memahami alam ini sehinggalah perilaku zarah dapat dirungkaikan terlebih dahulu. Menerusi fizik kuantum juga telah membuktikan kegagalan ahli fizik untuk menghuraikan secara matematik bagaimana berlakunya keruntuhan fungsi gelombang. Lebih bingung lagi, fizik kuantum sekadar membuktikan tingkat-tingkat tenaga sahaja, bukannya magnitud tenaga pada keadaan tertentu. (lihat Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik oleh Aqil Fithri)

Misalnya dalam fizik harian atau klasik, tiada objek berjisim yang boleh menembusi dinding konkrit atau kayu, tetapi dalam fizik kuantum, elektron boleh menembusi dinding, malah elektron boleh berada di dua tempat dalam satu masa. Dalam mekanik kuantum juga penerowongan oleh jirim dibenarkan, malah kebolehan perjalanan melebihi kelajuan cahaya menjadi kajian yang telah menarik kalangan ahli fizik sub-bidang, fizik tachyon dan isyarat superluminal. (Lihat Mekanik Kuantum dan Kesufian oleh Prof Dr Shahidan Radiman)

Jelasnya, perbincangan fizik kuantum membuktikan wujudnya Maha Kuasa yang memiliki hakikat realiti dan kemampuan tadbir urus yang bersifat infiniti di luar kefahaman akal manusia. Peristiwa Israk dan Mikraj hanyalah satu bukti fenomena di luar jangkauan akal yang tidak akan didedah sepenuhnya sebelum tiba masanya.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... a-bersifat-infiniti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2023 10:43 AM | Show all posts
Benar,
jika tidak, kita tidak panggil Tuhan pd yg selain yg dr itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069843 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list