CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

Misi kemanusiaan adalah suatu kemuliaan

[Copy link]
Post time 17-2-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Misi kemanusiaan adalah suatu kemuliaan


KERAJAAN Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bagi 10 wilayah yang terjejas di negara itu.



Gempa bumi dahsyat pada tanggal 6 Januari lalu di tenggara Turkiye dan sempadan Syria sehingga Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bagi 10 wilayah yang terjejas.

Kini, usaha pencarian dan penyelamatan mangsa menjadi fokus utama di Turkiye serta Syria kerana banyak lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan susulan gempa.

Bantuan kemanusiaan ialah bantuan keperluan dan barangan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Lazimnya ia bantuan jangka pendek sehingga digantikan dengan bantuan jangka panjang oleh pihak kerajaan dan institusi lain.

Objektif dan fokus utama bantuan kemanusiaan adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan mengekalkan harga diri dalam sesebuah misi kemanusiaan.

Bantuan kemanusiaan boleh lahir dan diusahakan sama ada daripada komuniti tempatan atau antarabangsa sebagai sebuah penzahiran asas terhadap nilai kebersamaan sejagat antara manusia dan sebuah kemestian moral.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah bertanggungjawab untuk setiap penyelarasan terhadap sesuatu kecemasan dalam menghulurkan bantuan kepada komuniti antarabangsa.

Islam sangat menggalakkan dan menekankan seluruh masyarakat Islam supaya memiliki sifat prihatin dan kepedulian untuk membantu golongan yang dilanda musibah, kesusahan dan sebagainya dalam misi kemanusiaan.

Nabi Muhammad SAW menggalakkan melakukan misi kemanusiaan melalui hadis yang bermaksud: "Sesiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah bersegera memberikan manfaat kepadanya." (Riwayat Muslim, no.2199)

Baginda turut bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain." (Riwayat Ibn Hibban)

Selain itu, Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: "Perkara yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain. Tingkah laku yang paling disukai ialah yang menggembirakan orang lain atau meringankan bebanannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya daripada kelaparan. " (Hadis hasan riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsath, no 6026)

Seterusnya, Nabi SAW memperincikan maksud sedekah dalam konteks misi kemanusiaan melalui hadis yang bermaksud: "Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam. Seorang sahabat bertanya: 'Jika tiada sesuatu yang hendak diberi? Jawab baginda: Hendaklah dia bekerja dan apabila dapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya. Sahabat itu bertanya lagi: Jika tidak boleh bekerja? Jawab baginda, tolonglah orang miskin yang dalam kesusahan. Kalau ini juga tidak dapat dilakukan? tanya sahabat itu lagi. Baginda menjawab: Beri nasihat untuk berbuat baik. Sahabat itu bertanya: Jika itu pun tidak dapat dilakukan? Jawab baginda: Janganlah melukakan hati orang lain, itulah sedekahnya.'" (Riwayat al-Bukhari, no 6022)

Hadis di atas menghuraikan bahawa sedekah tidak hanya terhad kepada maksud memberi wang, tetapi juga bermaksud membantu orang yang dalam kesusahan, memberi nasihat untuk kebaikan dan tidak melukakan hati orang lain.

Selain itu, ketiadaan wang bukanlah alasan untuk tidak bersedekah, bahkan Nabi SAW menuntut agar berusaha mencari kerja supaya sebahagian daripada hasilnya dapat didermakan.

Malah, terdapat dalam hadis yang lain menyatakan bahawa senyum itu juga satu sedekah. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Senyuman kalian bagi saudaranya adalah sedekah." (Riwayat Tirmizi)

Nabi SAW pernah mengingatkan bahawa perlu cakna atau prihatin terhadap masyarakat sekeliling yang sedang dalam kesusahan dan kesukaran sama ada dalam konteks komuniti dalam negara serta komuniti luar negara.

Ada hadis yang bermaksud: "Tidak termasuk orang yang beriman, mereka yang kenyang sedangkan jiran tetangganya kelaparan." (Riwayat al-Tabrani, no 12579)

Demikianlah, golongan yang ditimpa musibah dan bencana mempunyai hak dalam kalangan masyarakat seperti pesan Rasulullah kepada Qabishah bin Mukhariq, bahawa perbuatan meminta-minta tidak digalakkan kecuali dalam tiga situasi iaitu penanggung hutang sehingga hutangnya dilunaskan, orang yang ditimpa musibah dan kemusnahan harta sehingga keperluan asasnya dicukupkan serta orang yang ditimpa kemiskinan, bagi menampung kehidupannya.

Sinergi dan kerjasama pelbagai pihak seperti secara individu, berkumpulan, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangat diperlukan dalam menjayakan misi kemanusiaan untuk membantu sedaya upaya seadanya daripada aspek masa, tenaga, nyawa, wang dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa pihak yang melaksanakan misi kemanusiaan perlu mempamerkan nilai integriti tinggi bagi memastikan bantuan disalurkan kepada pihak benar-benar memerlukan dan tidak menjadikan penerima bantuan sebagai modal pelaris serta populariti di media sosial. Maruah dan kehormatan penerima bantuan perlu kekal terjamin kerahsiaan meskipun dalam situasi mendesak dan memerlukan.



Penulis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... lah-suatu-kemuliaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.088642 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list