CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64710|Reply: 376

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 24-11-2010 08:15 PM | Show all posts |Read mode

- 1-

Ruang bilik itu tegang.Sesusuk tubuh yang segak berbaju Melayu berdiri di penjuru hujung bilik sebelah situ,manakala sesusuk tubuh yang ayu berbaju pengantin berdiri di penjuru hujung bilik sebelah sana.Masing-masing yang memakai baju pengantin sedondon berwarna biru laut hanya memandang satu sama lain sambil berpeluk tubuh.


Lantak!Nak jadi apa pun jadilah!Dia dah tak peduli.Dah tak nak ambil tahu!


+Eh..kau ingat aku nak sangat ke kau jadi isteri aku?


-  Habis kau ingat aku nak sangat ke kau jadi suami aku?


Mata masing-masing saling berpandangan.Saling tak nak mengalah.Masing-masing kelihatan seperti “berperang”tanpa membuka mulut.Cuma membiarkan sahaja bicara berperang itu didalam hati.Hanya mata sahaja yang saling jegil-menjegil.


+ Ingat muka kau tu cun sangat ke?


-Macamlah kau tu pun muka macam Tom Cruise..


Grrr…Zakif membuntangkan biji matanya.Geram betullah dia.Sudah masuk sepuluh minit,dia bersambung pandang dengan makhluk Allah yang sudah pun sah menjadi isterinya ini.Tak takut langsung bertentang mata dengan dia.


Hana tidak berkelip sedikit pun membalas pandangan mata Zakif.Elehh..ingat orangtakut sangat ke tengok muka dia yang ala-ala tegang macam kena cucuk dengan botox tu?Tolonglah!Ini Hana tau!Setakat buat muka macam tu,ala tengok-tengok muka bungs bunny aje.


“Jangan nak melampau eh..”Zakif membuka mulut.Nada suaranya cuba dikawal sebaikmungkin.


“Siapa yang melampau?”Hana menyoal.


“Kalau orang kata pakai,pakai ajelah.Yang degil sangat ni kenapa?”


“Suka hatilah.Kaki I.Bukannya kaki you..”Hana membalas balik.Ikut suka hati aje nak arah aku buat itu ini.Mentang-mentanglah aku dah sah jadi isteri dia.Tapi agak-agaklah kalau yea pun.Tak pernah seumur hidup aku pakai stiletto 4 inci lebih tu.Mahu jatuh tersembam aku nanti.


Lagi sekali Zakif jegilkan biji mata.Keteqak!Keras hati!Kuat melawan!Nasib..nasib..Apalah yang ma dia pandang pada makhluk Allah dihadapannya ini pun dia tak tahu.


“Put this stiletto on..”Zakif  ulang  balik arahan yang sama untuk kali ke-dua.Ditunjukkan stiletto hitam yang berada dipenjuru bilik sederhana besar itu.Hana buat derk.Sedikit pun dia tidak membuang pandangan pada stiletto tersebut.Malah selamba sahaja dia buat-buat membelek kukunya yang memang sudah sedia pendek itu.


Zakif bengang.Aku cakap dengan dia,boleh dia buat selamba aje muka sambil belek-belek kuku.


“Hana…you jangan melampau.”


Lalalala..tak dengar.Tak dengar..


“You jangan nak uji kesabaran hati I..”


Eh?Ada bunyi macam orang bercakaplah.Tapi kat mana yea?


Okay!Zakif tarik nafas dan hembus.Perangai memang tak boleh blah betul!Zakif mara kehadapan.Lengan Hana terus dipegang kasar.Ditarik  menuju ke katil dan dengan sekali tolak sahaja,Hana sudah terduduk di atas katil.Gulp!Hana telan air liur yang terasa kelat.Dia terkejut.Pucat rasa muka bila Zakif buat tarikan ala-ala tarik tali.Dipandangnya Zakif yang melangkah menuju ke penjuru bilik,mengambil stiletto tadi dan kembali menghampirinya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2010 08:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 25-11-2010 22:22

Reply 1# aerolit_gurlz

Ahh sudah!Mamat ni nak katok aku dekat kepala dengan stiletto 4 inci tu ke?


Zakif memandang Hana yang sudah berubah riak mukanya.Dia tahu Hana cuak.Walaupun sedaya upaya mungkin dikawal,namun perubahan riak Hana memang ketara.Zakif berdiri dihadapan Hana dengan kasut stiletto di tangan kanan.


Tanpa berkata apa-apa,Zakif terus melutut.Hana semakin terkejut bila Zakif selamba badak sahaja menarik kuat kakinya supaya agak dekat dengannya.Tanpa berkata apa-apa juga,stiletto dipasangkan ke kaki Hana.Hana hanya mampu memandang.Sungguhlah dia tak tahu kenapa tiba-tiba mulut celuparnya tak terasa nak keluar aura memberontak.


Kaki kiri Hana pula ditarik kasar.Hana mengetap bibir.Kalau aku buat-buat tendang mamat ni..agak-agak aku terus masuk api neraka tak?


Agak-agaklah Hana ooi..Suami kau tu.Kalau tak masuk api neraka,mahu kau masuk hospital sebab dia sebat kau dengan tali pinggang dia.


“Pakai kasut pun susah ke?”Suara Zakif kedengaran.Hana pandang Zakif yang sudah berdiri.


“Now..stand up.”Zakif bagi arahan.Tegas.Hana mengecilkan matanya,cuba melawan pandangan mata Zakif.Pandangan matanya dibalas dengan pandangan “dingin”Zakif.Nak tak nak dia berdiri juga.


“Smile..”Zakif bagi arahan lagi.Hana muka ketat.


“Smile…”Zakif menyuruh sekali lagi.Mencerun nada suaranya.Memang minah ni uji kesabaran akubetul.Hana terus sengih terpaksa sesaat.


“Jangan sengih macam tu.Nampak macam popeye tak ada gigi.”


Terus mati sengihan sesaat Hana.Bibir bawahnya diketap.Memang rasa kaki dah ringan aje dah ni.


“Smile…”Zakif menarik kedua-dua belah pipi dengan tangan kanan dan kirinya.Membuat aksi senyum.


Hana paksa bibir mengorak senyuman nipis.Zakif angguk kepalanya,puas hati barangkali.

  

“Bolehlah daripada gaya popoye tak ada gigi tadi.Now!Listen what I say.Bila turun aje nanti,pastikan  you senyum.”


“Suka hatilah nak senyum ke tak.Mulut I..I punya sukalah.”Hana mengguman rendah,namun masih didengari oleh Zakif.


“Listen Hana.Kalau you tak buat macam apa yang I suruh,malam nanti you menyesal seumur hidup.”


Erk!Hana tergamam.Pancaran mata Zakif yang tajam mencucuk-cucuk ulu jantungnya.Debar didalam hati terasa kuat bergendang.Hana dah rasa macam perayaan tahun baru cina dengan mendengar bunyi gendang diketuk kuat berkali-kali sebelum tarian naga dipersembahkan.


“Now..let’s the drama begins”Zakif hulurkan tangan kanannya.Hana menyambut lemah huluran tangan Zakif.Senyuman penuh kepura-puraan dipaksa,sebelum dia dan Zakif menuruni anak tangga dengan kasut stiletto di kakinya.


            [ BAB 1 TAMAT ]



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 10:15 PM | Show all posts
Tamat dah?? alaaaa sambung la lagiiii{:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 10:21 PM | Show all posts
cite baru ek??
sambung lg plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 10:42 PM | Show all posts
tamat?? tamat untuk malam ni ke untuk selamalamanya??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 11:28 AM | Show all posts
aik...dah tamat.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2010 11:58 AM | Show all posts
uiksss..br ckit dh tamat ke....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 01:18 PM | Show all posts
eeee.... x kan dah tamat.. sikit sgt tu... :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 03:16 PM | Show all posts
kenapa tamat???? confius ni??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 04:34 PM | Show all posts
tamat dah! biar betul........
baru intro dah tamat. pening2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 10:12 PM | Show all posts
err...
bkn tamat..ada lagi sambungan dye..
yang tamat tu bab 1 aje..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:17 PM | Show all posts
err...
bkn tamat..ada lagi sambungan dye..
yang tamat tu bab 1 aje..
aerolit_gurlz Post at 25-11-2010 22:12


adeh... misunderstood rupa-rupanya.... lenkali jgn ltk tamat kat situ cik aerolit...konpius kami2 forumers nie... apa lagi... sambung laa utk next episod...kasik panjang2....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:24 PM | Show all posts
Reply 11# aerolit_gurlz
aduihhh...buat suspen je.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 08:09 AM | Show all posts
Reply 11# aerolit_gurlz


    Buat kami suspen aje kat sini.......
     Sambung le cepat2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 03:02 PM | Show all posts
wah..cite baru..ok2..next..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 06:45 PM | Show all posts
ee..cite baru..
cam kelakor je..
smbg aar lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 08:41 PM | Show all posts
citer baru..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 08:42 PM | Show all posts
bila nk smbung lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 11:38 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 11:53 AM | Show all posts
wah
crita bruuuuuuuuuuu
tp x kn dh tamat kot...
hehehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.099826 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list