CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
 Author| Post time 2-2-2011 12:51 AM | Show all posts

OKAY…HANA TARIK NAFAS.O..okay..Lagi sekali dia menyebut.Keliling rumah diperhatinya.Rumah teres dua tingkat.Corner lot.Sama aje dengan kawasan tempat tinggal dia dulu.Yang membezakannya,rumah dia bukan rumah corner lot.Bukan juga rumah teres dua.Tapi parking kereta dekat dalam porch pun dah kira okay.Mereka bukannya ada banyak kereta pun.

Aku rasa rumah ni macam besar aje untuk dua orang tinggal’Hana menggumam dalam hati.

“Apa yang you menungkan tu?”

Hana tersentak.Dipandangnya Zakif yang entah bila sudah berada di sebelah kanannya.Zakif turut sama seperti Hana,melihat kawasan luar rumah sebelum melemparkan kembali pandangannya pada Hana.

“Kalau you rasa nak duduk termenung lagi lama dekat sini,I boleh aje bawak dua cawan Nescafe dengan biskut Hup Seng.”

Hana terus melangkah ke deretan kotak-kotak yang bersusun di atas lantai.Kuat perli betullah mamat ni.

Zakif mengekori daripada belakang.Mahu terbeliak biji mata apabila melihat barang-barang Hana.Memang sah mereka kena sewa lori.Kalau tak,kena berapa kali ulang-alik.Dahlah Hana ni bukannya ada kereta.Yang dia ada,cuma skuter ego dia tu aje.Macam mana nak angkut barang-barang.

Bonet kereta Zakif buka.Lagi sekali dia mengelengkan kepala.Berpinar rasa mata tengok banyak-banyak barang.Entah apa yang Hana sumbat dalam kotak-kotak ni pun tak tahulah.

Kotak pertama Zakif buka.Beristighfar dia.Satu kotak penuh dengan komik aje?Satu komik dicapai.Naruto?

Zakif lemparkan pandangan pada muka pintu rumah,seolah-olah Hana ada disitu.Betullah aku memang kahwin dengan separuh dewasa separuh kanak-kanak.

Buku Naruto Zakif letakkan kembali ke dalam kotak.Dibukanya pula kotak disebelah kotak pertama.Lagi sekali Zakif beristighfar.DVD?Apa minah ni nak jadi pembekal DVD cetak rompak ke hapa?

Satu DVD Zakif ambil.Berkerut dahi Zakif.Aku langsung tak boleh nak baca tulisan dekat kotak DVD ni.Hana ni ambil kelas bahasa Cina ke?

Kotak yang ketiga Zakif dah tak sanggup nak bukak.Entah apa lagi entah yang dia akan jumpa agaknya.Entah-entah kotak ketiga penuh dengan poster kot.Lalu kotak pertama dan kotak kedua Zakif angkat,dan dibawa masuk kedalam rumah.

SEMUANYA BUAT MACAM dah biasa.Masing-masing macam dah tahu apa nak kena buat sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam rumah itu.Hana menaiki anak tangga.Terhenti dia diruang atas apabila melihat ada tiga buah bilik.Tanpa berfikir apa pun,dia terus masuk kedalam bilik yang berhadapan dengan bilik tidur utama.Dia tahu,Zakif mestilah ambil bilik tidur utama.

Barang-barangnya dibawa masuk ke dalam bilik tidur.Dia memperhatikan sekelilingnya.Boleh tahan besar juga bilik ini.Dia menuju pula ke tandas.Hmm..Diurut-urutkan dagunya apabila mendapati yang tandas itu berkongsi dengan bilik yang ketiga.Kalau nak kena guna tandas,kena kunci daripada dua-dua pintu.Tapi tak kisahlah.Dah sah-sah tandas ni dia yang guna sorang.Takkan Zakif nak guna tandas ni pula.Zakif kan dah ada tandas dalam bilik tidur utama.

Hana keluar daripada tandas.Dia duduk bersila di atas lantai,mengeluarkan barang-barang daripada kotaknya.Dia tak tahu Zakif ke mana.Selesai sahaja mengangkut turun barang-barang,Zakif terus hilang.

Pergi beli makananlah agaknya.

Tuala yang berada didalam beg Hana ambil.Dia nak mandi.Badan rasa melekit sangat.Kakinya menapak ke bilik air sambil membawa barang-barang mandinya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2011 12:52 AM | Show all posts

Pintu bilik air Hana tutup.Barang-barang mandinya di letakkan di atas singki.Tuala disangkutkan.Baru sahaja dia hendak membuka pili shower,pintu bilik air di pintu bilik ketiga terbuka.Muncul Zakif yang hanya bertuala aje.

Spontan Hana terjerit.Dia terus berpusing membelakangkan badannya sambil tangannya menutup dada.Turun naik dadanya.

Zakif pula,cepat-cepat menutup pintu bilik air.Dia bersandar di pintu bilik air.Tergamam seketika dia apabila melihat apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.Dia memejamkan matanya.

Zakif meneguk air liur selepas beberapa saat.

“Hana..”Jeritnya kuat.”Sorry.I tak sengaja.”

Diam.Tiada apa-apa respon.Zakif kerut dahi.Aik?Takkanlah minah tu dah jadi batu dalam tandas tu?

“Hana.You okey ke tak?Sorry.I tak sengaja okey.Mana I nak tahu yang you ada dalam tandas.”

Senyap lagi.Zakif berpusing.Dia teragak-agak hendak membuka pintu tandas.Terkejut dia apabila pintu biliknya diketuk kuat.Zakif melangkah.Pintu bilik dibukanya.Wajah Hana yang masam muncul di ruang mata.

Kelu lidah Zakif apabila melihat wajah Hana.

“Apa yang you buat dalam tandas i?”Hana menyoal bengang.

“Sorry?”Zakif terasa dia sudah mampu kembali bersuara.”Tandas rumah you?”Dia mengulang balik.

Hana mendengus.

“Fine!Rumah kita.Tapi itu tandas I kan?”

“Siapa cakap?”soal Zakif.Dia turut sama berpeluk tubuh.Kerek wajahnya memandang wajah Hana.

“I lah”Hana menjawab sepatah.”Bukan you ambil master bedroom ke?”

“Bila masa I cakap?”

“Dah tu?Siapa ambil master bedroom?”

Zakif jungkit bahu.”Kalau you ambil second room,I ambil third room,tak ada sape-sapelah yang ambil master bedroom.”

“Kenapa you tak ambil master bedroom?”Hana menyoal lagi.

“Eh?”Zakif mula bengang.”Suka hati I lah nak ambil ke tak.”

“Kalau you nak,you ambil ajelah master bedroom tu”Zakif menyambung lagi.

Hana diam.Barang-barang dia semua dah hampir siap kemas,lepas tu dia kena kemas balik semata-mata nak pindah bilik.Ahhh.Tak sanggup.Tak sanggup.

“I dah siap kemas.Malas nak pindah balik.Youlah yang pindah.”

“I lagilah malas nak pindah.I pun dah siap kemas juga.”

“Habis tu macam mana?”Hana menyoal.

“Buat macam biasa dahlah”Selamba Zakif menjawab.”Yang you pun satu,tak pergi kunci tandas kenapa?”

Berbahang rasa wajah bila Zakif mengungkit balik peristiwa tadi.

“Yang you pun satu,kenapa tak ketuk pintu dulu?”

“You ingat tandas tu pejabat ke nak kena ketuk pintu sebelum masuk?”sinis Zakif menyoal.

Hana terdiam.

“Habis tu sekarang macam mana?”Hana soal lagi.

“Macam mana apa?Kunci tandas kalau nak guna.Ketuk pintu sebelum masuk.”

Hana getap bibir.Dipandangnya Zakif.Cakap senang bolehlah.Dah nampak apa yang tak patut dinampak pun boleh buat muka selamba macam tu lagi.

“What?”Zakif menyoal saat dia melihat Hana memandangnya semacam.

Hana geleng kepalanya laju.Baru dia sedar yang Zakif hanya bertuala aje.Laju dia menapak masuk ke dalam bilik dan menguncinya.Muka dah rasa hangat semacam.Dia.Zakif.Suami isteri.Tinggal satu rumah.Berdua-duaan.Dan sekarang Zakif hanya bertuala di hadapannya.

Uhh..gila bahaya punya keadaan.Mampu membuatkan semua bulu roma dekat dalam badan meremang secara tiba-tiba.

Zakif yang melihat hanya mengerutkan dahi.Dia menunduk memandang badannya.

Spontan dia tersenyum.Ohh..patutlah.

                                                                               [ BAB 11 TAMAT ]


p/s - Saya budak baru nak belajar menulis.Kalau ada salah,tegur-tegurlah yea.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:51 AM | Show all posts
fazss nak tegur satu aje... tepek N3 byk2 boleh? hehee
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 10:25 AM | Show all posts
fazss nak tegur satu aje... tepek N3 byk2 boleh? hehee
fazss Post at 2-2-2011 08:51



betul...betul...betul....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 05:28 PM | Show all posts
fazss,
tu bukan tegur....
tu bagi pendapat...
pendapat yg pasti dapat persetujuan ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 09:57 AM | Show all posts
nextttttt!!

tengkiu..hihih..lama mnunggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2011 11:15 AM | Show all posts
Reply 205# merahsilver


    tentunya.. hahaha nangis la tuan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 12:55 AM | Show all posts
lama tggu smbngnyaa~ so chomellah!nk lg!hehee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply 207# fazss

tuan rumah nangis ok kot...
kalu kita ni yg ramai2 ni yang parah..

tuan tanah....
sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 03:40 PM | Show all posts
apa sebenarnya yg terjadi antara hamdan dan hana?
sampai zakif terlibat sekali...
dah duduk umah sendiri ni, ada harapan bunga-bunga cinta wujud dan berkembang mekar
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 01:03 AM | Show all posts
sungguh best..sila tepek pjg2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:21 AM | Show all posts
x der smbgn ag ke??????
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:16 AM | Show all posts
memang kelako diorg nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 10:57 AM | Show all posts
Salam.... nak lagi!!! nak lagi!!! nak lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 02:33 PM | Show all posts
huhuhuhu
xder ag la..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 11:16 PM | Show all posts

-12-




“SORRY LAMBAT..”Qai tersengih sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Amir.




Amir mencebik.Dia mengangkat tinggi tangan kanannya untuk melihat jam.




“Mana ada lambat.Awal lagi!Baru pukul 10.00.”




Qai tersengih lagi.”Perli nampak bro..”




“Dah tu?”Amir mendengus.”Janji lepas Isyak.Aku sempat tolong  pak imam dekat taman aku lipat sejadah.”




“Sorrylah..”Qai menarik senyum.”Bukan sengaja.Aku ada hal tadi.”




“Banyaklah kau..”Amir menarik lagi muka empat belas.”Sejak daripada dulu lagi kau memang macam ni.Perangai tak berubah-ubah.Sama jugaklah dengan si Kif tu.Aku ni jugak yang jadi tukang tunggu.”




Qai mengaru tengkuknya.Aiseh.Dia dah mula dahhh…




“Haa tengok.Aku bersyarah sikit mulalah nak tarik muka..”




“Sikit apanya?Banyak kau tahu.Kau tak kesian ke dekat aku?Aku dahlah baru turun daripada KL,datang sini ingatkan nak lepak-lepak release tension,alih-alih kau nak buat taik telinga aku cair pula..”




Amir getap bibir,bengang.




“Yelah..”Amir mendengus.Tangan kanannya diangkat tinggi untuk memanggil pelayan restoren.Selang beberapa saat,seorang pelayan Bangladesh datang sambil tersengih-sengih.




“Teh tarik gelas besar satu,sama dengan nasi goreng..”Amir membuat pesanan.Laju sahaja pelayan Bangladesh itu mencatit pesanan Amir.




“Sama..”ujar Qai juga apabila pelayan Bangladesh itu memandangnya.




Telefon di atas meja berbunyi tiba-tiba.Pandangan mata Qai terus terarah pada Amir yang sedang menjawab telefon itu.




“Haa okay.Aku tunggu..”




“Siapa?”soal Qai saat Amir menekan butang merah.




“Siapa lagi kalau bukan Kif.”




“Eh.Kau bagitahu dia ke yang aku turun Ipoh?”soal Qai lagi.




“Taklah..”Amir mengeleng dua kali.”Dia memang tiap-tiap malam lepak dengan aku.”




“Tiap-tiap malam?”Qai terkejut.”Habis isteri dia macam mana?”




Amir jungkit bahu.”Mana aku nak tahu.Malas aku nak masuk campur hal rumah tangga orang.Dah dia nak lepak,aku on aje..”




Qai diam.Dia memandang Amir kosong.Tersentak dia apabila bahunya ditepuk.Dia menoleh ke kanan.




“Kurang asam kau..Balik bukan nak beritahu aku!”ujar Zakif.Dia menarik kerusi bersebelahan dengan Amir.Amir tayang muka selamba apabila melihat Qai yang sudah menarik muka bengang.




“Aku sampai petang tadilah.Ingatkan nak lepak dengan kau esok.Tengok-tengok..”Qai sengih.




Zakif mencebik.”Alasan..”




“Eh…aku nak pergi tandas kejap.Perut aku tiba-tiba sakit”Amir terus bangkit.Qai dan Zakif mengerling dengan ekor mata.Pandangan mata Qai terancap pada wajah Zakif.




“Apa?”soal Zakif yang kurang senang dengan renungan mata Qai.




“Macam mana dengan hidup kau sekarang?”Qai terus menyoal.Straight to the point.




Riak wajah Zakif berubah seketika,namun pantas dilindungi dengan menghirup sedikit air teh tarik yang baru sahaja selesai dipesannya.




“Okay..”jawab Zakif sepatah,tersengih.




Qai diam.Dia merenung lagi Zakif.Zakif mengeluh.




“Okay..okay..”Zakif mendengus.”Kau jangan renung aku macam tu boleh tak?Pandangan membunuh betul!”





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2011 11:17 PM | Show all posts

“Sebenarnya kau ada sorok sesuatu daripada aku,kan?”Qai soal lagi.


Zakif diam.Tidak menjawab soalan Qai.




“Zakif..look..”Qai menarik nafas.”Kita kawan dah lama.Aku faham kalau kau tak nak cerita masalah kau dekat aku,tapi tolonglah weh.Kau tu dah jadi suami orang.”




“So?”Zakif pandang Qai.Senyuman sinis terukir di bibirnya.”Kalau aku suami orang,aku tak boleh nak keluar malam ke?Tak boleh nak hangout dengan kawan-kawan?”




“Bila masa aku cakap yang kau tak boleh keluar malam dan hangout dengan kawan-kawan?”soal Qai balik.




Zakif terdiam.




“Kif..Tak kisahlah apa masalah kau dengan isteri kau,kau patut sedar satu hal.Tempat suami adalah di samping isteri.Kau keluar malam lepak dengan kami,isteri kau dekat rumah macam mana?Walaupun isteri kau boleh jaga diri sendiri,tapi sejak kau jadi suami dia,tanggungjawab kau untuk pastikan dia okey.”




“Dia memang okey apa dekat rumah”bidas Zakif.




“Memanglah..tapi kau tak kesian ke dekat dia bila kau tinggal dia sorang-sorang dekat rumah waktu malam.Kalau jadi apa-apa,macam mana?”




Zakif mendengus.




“Kau membebellah Qai.Dia tak over,yang kau over tu kenapa.”




“Kau marahlah aku tegur kau ni?”Qai menyoal Zakif.




“Sure..”Mata Zakif bertentang dengan mata Qai.”Kau tak faham perkhawinan kami macam mana,sebab tu kau tak ada hak nak masuk campur.”




“Kenapa dengan perkahwinan kau?”Laju Qai menyoal.Berkerut dahinya.




Terpana Zakif seketika.Dia mengeluh.




“Siotlah kau Qai.Tengok,aku dah terlepas cakap.”




“Nak cerita ke tak nak sebenarnya ni?”






“APA MA?”ZAKIF menjerit kuat.Dia bangun terus daripada duduknya.Berdiri bertentangan dengan Pn.Salmah yang beraksi tenang itu.




“Kahwin?”Zakif pandang Pn.Salmah.




“Yea Kif.Kahwin..”Pn.Salmah menganggukkan kepalanya.




Zakif pandang Zainal-Alongnya  yang sedang duduk di atas sofa.Zainal hanya jungkit bahu.




“Duit Kif dalam bank pun tak cukup lagi ma,macam mana Kif nak bagi anak dara orang


makan?”




“Ma boleh tolong…”




“Eh ma!Ma tolong Kif aje ke?Mana aci..”Zainal menyampuk.Dia terus mengukir sengihan


serba-salah apabila mata Pn.Salmah dan mata Zakif memandangnya tajam.




“Kif..”Pn.Salmah memandang muka anaknya yang tidak puas hati itu.”Ma ada sebab kenapa ma suruh Kif kahwin.”




“Sebab apa?”Laju Zakif menyoal,inginkan jawapan.




Pn.Salmah terdiam.




“Kif jangan banyak soal,ikut aje cakap ma..”





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 10-2-2011 23:19

“KIRANYA KAU KENA kahwin paksalah ni?”Qai menyoal.




Zakif diam.Dia jungkit bahunya.




“Entah.Yang aku tahu,saat aku genggam tangan tok kadi,Hana tu dah jadi tanggungjawab aku.Kalau aku tak rela,tak ada maknanyalah kan aku nak genggam tangan tok kadi tu.”




“Sampai sekarang kau tak tahu lagi ke kenapa kau kena kahwin dengan Hana tu?”




“Aku dah tahu dah sebab dia”Zakif menjawab perlahan.Matanya kosong memandang ke hadapan.”Mula-mula aku bengang gila,rasa macam nak cekik aje Hana.Tapi lama-lama aku rasa mungkin ini takdir aku.”




“Kif..”Qai geleng kepalanya.”Aku tak tahu nak cakap apa.”




“Tak payah cakap apa”Zakif tersengih.”Anggap aku macam tak pernah cerita dekat kau.”




“Habis,kau dengan Hana macam mana?”




“Macam biasa.Dia buat hal dia,aku buat hal aku.Pagi pergi kerja.Balik daripada kerja,dia lepak dalam bilik dia.Aku lepak dalam bilik aku.Macam tu lah.”




“Kahwin tapi gaya tak kahwin.”




Zakif sengih kelat.”Habis kau nak aku buat apa?Kami tak macam pasangan lain.”




“Kenapa kau tak buat perkahwinan kau macam pasangan lain?”


                                             




ZAKIF MENEKAN BREK apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna merah.Dia mengerling sekilas jam di dashboard.Sudah pukul 12.00 pagi.




“Kenapa kau tak buat perkahwinan kau macam pasangan lain?”




Zakif terkenang kembali apa yang diucapkan oleh Qai.Dia mengetuk-ngetuk stering keretanya.Entah kenapa ayat Qai terngiang-ngiang di telinganya sejak dia melangkah keluar daripada restoren itu.




“Kif..Tak kisahlah apa masalah kau dengan isteri kau,kau patut sedar satu hal.Tempat suami adalah di samping isteri.Kau keluar malam lepak dengan kami,isteri kau dekat rumah macam mana?Walaupun isteri kau boleh jaga diri sendiri,tapi sejak kau jadi suami dia,tanggungjawab kau untuk pastikan dia okey.”




Tanggungjawab aku untuk pastikan dia okey?Zakif menggumam dalam hati.




Kalau jadi apa-apa,macam mana?”




Bulat mata Zakif saat teringat kembali ayat Qai.Kalau jadi apa-apa,macam mana?




Betul.Kalau jadi apa-apa dekat Hana,macam mana?Apa yang dia nak jawab dekat ibu dengan ma?Kalau dulu,Hana duduk serumah dengan Pn.Hanim,tapi sekarang.




Terus Zakif menekan pedal minyak apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna merah.




ZAKIF MEMATIKAN ENJIN  keretanya.Dada tiba-tiba diserang rasa berdebar-debar apabila melihat ada satu buah kereta polis di hadapan rumahnya.Pantas Zakif keluar daripada pintu kereta.Orang ramai yang berkerumun di luar rumahnya mendatangkan seribu tanda tanya pada dirinya.Dahinya tiba-tiba terasa berpeluh saat dia melangkah ke arah rumahnya.


                                                                                                        [ BAB 12  TAMAT ]



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:15 AM | Show all posts
suspenlah pulok........
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:02 PM | Show all posts
apahal lak ni??
nape ada keta polis??
rumah masuk pencuri ke?
xpun hamdan dtg mangacau....

aduh... byknya soalan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.830106 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list