CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
 Author| Post time 25-2-2011 07:16 AM | Show all posts

-13-




“Assalamualaikum encik..”Zakif menyoal seorang pegawai polis yang sedang bersembang dengan seorang pegawai polis yang lain.




“Wa’alaikumsalam”Dua orang pegawai polis itu serentak menjawab.”Ada apa-apa yang boleh kami tolong?”




Zakif diam sesaat.”Apa yang dah jadi ni?”Zakif soal lagi.




Pegawai polis itu berpandangan sesama mereka sebelum memandang Zakif.




“Encik ni suami Hana Zulaikha Binti Hamidi ke?”




“Saya..”Zakif angguk kepalanya.”Kenapa dengan dia encik?”




“Bawa banyak-banyak bersabar yea encik”Pegawai polis itu menarik senyuman segaris.Jantung Zakif bergendang semakin hebat.




“Isteri encik dalam perjalanan ke hospital sekarang.Dia hilang banyak darah.Kepalanya dihentak dengan pasu bunga dan lengannya dikelar.”




“Allah..”Zakif tutup mata.Wajah Hana terbayang di ruang mata.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2011 07:17 AM | Show all posts

"ENCIK..ZAKIF TERSENTAK.Dia membuka matanya.Anggota polis dihadapannya merenungnya pelik.




“Encik okey ke?”soal anggota polis itu prihatin.




Zakif beristighfar.Jauh benar dia mengelamun.Dia memandang anggota polis itu.”Ada apa ni encik?”soal Zakif sambil memandang sekeliling.




“Begini encik..”Anggota polis itu terhenti.




“Zakif”ujar Zakif bagaikan memahami apa yang berada di fikiran anggota polis itu.




Anggota polis itu tersenyum.”Saya Detektif Ridhuan.Kami ada terima laporan yang mengatakan ada rompakan berlaku dalam sejam tadi.Mangsa adalah jiran yang duduk satu buah rumah berselang dengan rumah Encik Zakif.Encik Zakif kenal mangsa?”




“Ohh..”Zakif terdiam.Tiba-tiba dia rasa macam lega sangat.”Kalau tak salah saya,rumah tu rumah En.Halim.Dia ke Langkawi kalau tak salah saya.”




Detektif Ridhuan terangguk-angguk.”Nasib baiklah isteri dia dalam pantang dan berada dekat kampung.Kalau tak,saya pun tak tahu apa yang akan jadi.”




“Encik Zakif berhati-hatilah yea.Zaman sekarang ni,perompak bukannya boleh diduga”Detektif Ridhuan berpesan.




Zakif angguk kepalanya.Dia bersalam dengan Detektif Ridhuan lalu melangkah untuk masuk ke dalam rumah.Belum sempat dia memulas tombol pintu,pintu rumahnya terbuka.Terjenggul wajah Hana memandangnya.




Tidak berkelip mata Zakif memandang wajah Hana.Teringat juga lamunannya yang entah


apa-apa itu.




Hana pelik melihat Zakif yang bagaikan kena sumpah menjadi patung di hadapan pintu


rumah.Dia melambai-lambai di hadapan Zakif.Tiada respon.




“Err..Hello..”Hana petik jarinya di hadapan Zakif.




Pun tiada respon.Hanya anak mata Zakif sahaja yang berkelip dua tiga kali.




“Hello..”Lagi sekali Hana mencuba.Kali ini volume suaranya dinaikkan sedikit.


Zakif tersentak.




“Yang you nak hello hello ni kenapa?”soal Zakif lalu melangkah masuk ke dalam rumah.Ditolak tubuh Hana supaya memberi laluan kepadanya.




Hana mendengus.Geram.Ditutup kasar pintu rumah.




‘Dahlah balik lewat tengah malam,lepas tu nak marah-marah pula’ngomel Hana sambil mengunci pintu.




Berderau rasa darah apabila dia menoleh aje dia melihat Zakif berdiri di belakangnya.Hana gigit bibir.Alamak.Dia dengar ke apa yang aku kutuk tadi?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 07:18 AM | Show all posts

“You okey tak?”soal Zakif.




“Err..”Hana semakin pelik mendengar soalan Zakif yang tiba-tiba itu.”Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?”




Zakif diam sesaat.




“You tahu tak,rumah En.Halim kena rompak?”




Terbuntang biji mata Hana.Dia memandang Zakif tidak percaya.




“Eh,betul ke dia kena rompak?Nasib baik tak ada orang dekat rumah dia kan?”Spontan Hana bergerak mendekati Zakif.




“You tak sedar ke ada kereta polis dekat depan?”




“Tak..”Hana geleng kepalanya.”I tengah reka layout.Lusa dah nak kena hantar.Lagipun,I pasang earphone.Memang tak dengar apa-apa”Jujur Hana menjawab.




Zakif memandang laptop yang berada di atas meja di hadapan televisyen itu.




“Habis kenapa you buka pintu rumah tadi?”soal Zakif.




“I nak kunci pintu grillah.Tak tahu pula yang you dah balik.”




Zakif diam.Dia terus melabuhkan punggung di atas sofa.Dia mengelengkan kepalanya sambil memejamkan mata.




“Nasib baiklah tak jadi apa-apa..”Perlahan Zakif menggumam.




“Sorry?”Hana pandang Zakif.”You cakap apa?”soalnya.




Zakif membuka mata.Dia memandang Hana yang merenungnya pelik.




“Tak..”Zakif geleng kepalanya.”Tak ada apa-apa.”




Hana jungkit bahu.Dia menutup laptopnya.Bersedia untuk naik ke tingkat atas.




“Hana..”Zakif memanggil Hana yang baru hendak menaiki anak tangga pertama.




Hana terhenti.Dia menoleh memandang Zakif.




“You okey kan?”soal Zakif buat kali kedua.




“Okeylah..”Hana tersenyum kecil.”Jangan risaulah.Perompak tu bukannya datang sini pun.”




Zakif diam.Dia memandang Hana lagi.’Aku tak tahu apa yang aku nak buat kalau benda yang aku berangan tadi jadi kenyataan.’




“Err..”Zakif menarik nafas.”Kalau ada apa-apa,you beritahu I okey.”




Hana kerut dahi.Kurang faham akan maksud Zakif.Namun dia cepat-cepat menjawab.




“Okey..”Hana angguk kepalanya.




“Good.Kalau macam tu,pergilah tidur..”Zakif kembali duduk di atas sofa.




Hana kembali berpusing untuk melangkah menaiki anak tangga.Baru dia menaiki anak tangga pertama,dia terhenti.Kembali berpusing memandang Zakif.




“Kif..”Zakif menoleh memandang Hana.




“Thanks”ucap Hana tersenyum.




Zakif membalas senyuman Hana.”No need.”




“Err..Good nite then.Assalamualaikum..”




“Wa’alaikumsalam..”Zakif menjawab salam Hana.Diperhatikan Hana yang menaiki anak tangga lalu hilang di dalam bilik.




Zakif menarik nafas dan menghelanya.




‘Good nite too.'


                                                                                                                                  [BAB 13 TAMAT]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 07:19 AM | Show all posts

-14-


ZAKIF MENGELUH.DARIPADA tadi dia serba tak kena.Tidur mengiring ke sebelah kanan rasa tak selesa.Tidur mengiring ke sebelah kiri rasa macam tak nak tidur.Akhirnya Zakif bangun.Dia meraup kasar rambutnya.Matanya dihalakan ke arah jam di dinding.


Heh!Punyalah lama aku baring baru pukul 9.40?’




Zakif memandang keliling biliknya.Apa aku nak buat ni?Bosan betullah..Zakif mengambil handphonenya yang terletak di atas meja disebelah katilnya.Dengan malas dia menekan-nekan butang keypad itu.




Hampir terbaling handphone di tangannya apabila handphone itu tiba-tiba berbunyi.Terus Zakif menekan butang hijau.




“Uiks…cepatnya kau angkat.Aku baru nak dengar caller ringtone kau.”




“Assalamualaikum..”Zakif ucap salam.




“Wa’alaikumsalam..”Amir ditalian terkulat-kulat.”Kurang asam kau kenakan aku.”




“Apa pula.Kau tu yang telefon tak reti-reti nak bagi salam..”




“Heh!”Amir mendengus.”Oit.Kau ke mana?”




“Ke mana apa?Ada aje dekat bandar Ipoh ni.”




“Dah tu,kenapa dah dua malam tak datang lepak dekat mampley?Anei dekat sini dah asyik tanya pasal kau,kau tahu..”




Zakif gigit bibir mendengar kata-kata Amir.




“Aku malaslah.Jemulah asyik tengok muka kau aje.”




“Oit!”Amir dah menjerit.”Mentang-mentanglah kau dah kahwin,tunjuk lagak pula dengan aku.Dulu muka ni jugaklah yang kau cari bila kau ada masalah.Sekarang..”




Zakif ketawa kecil.”Emolah kau.Nanti-nantilah lepak.Aku tak ada moodlah nak keluar.Kau tu bila nak bertaubat?Asyik jadi kaki lepak aje..”




“Aku tak apa.Aku bujang trang trang trang lagi.Lainlah macam kau..”




Zakif diam.




“Okaylah weh.Aku nak tanya tu aje.Apa-apa hal nanti,kau rogerlah aku eh.”




“Orait..”ujar Zakif.




“Assalamualaikum..”




“Wa’alaikumsalam..”Zakif terus tekan butang merah.Dia melemparkan handphonenya di atas katil.Haish..bosan betullah.Apa yang aku nak buat ni?




Zakif memandang dinding disebelah kanannya.




‘Apa dia ni tengah buat agaknya?’teka Zakif.




Zakif terus bangun dan membuka pintu bilik.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 07:20 AM | Show all posts

LANGKAH ZAKIF TERHENTI di anak tangga yang terakhir.Dilihatnya Hana sedang khusyuk menonton televisyen yang menayangkan cerita entah apa.Kehadirannya langsung tidak disedari.Hana kelihatan sedang menonton televisyen sambil mengadap laptop.Zakif sudah sedia maklum,ruang tamu dihadapan televisyen memang merupakan port Hana untuk buat kerja.




Zakif senyum nakal.Laju sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu.Dia duduk di single sofa sambil mengerling Hana sekilas.Terus diambil remote di atas meja dan ditekan ke saluran 611.




Mulut Hana tergangga apabila wajah Rain tiba-tiba digantikan dengan Hagemaru.Dia terus menoleh memandang wajah Zakif.




Zakif buat-buat khusyuk menonton Hagemaru.Sesekali,dia sengaja ketawa kecil walhal tak lawak apa pun.Dia mengerling Hana dengan ekor mata.Muka Hana yang masam mencuit hatinya.




Hana mengigit bibir.Rasa macam nak flyingkick aje Zakif sebab suka-suka hati tukar siaran.Dahlah tukar siaran tak bagi salam apa pun.Tahulah televisyen tu televisyen dia.Tapi kot yea pun bertimbang rasalah.Tak nampak ke aku tengah tengok abang Rain kesayangan aku tu?




Hana terus menutup laptopnya.Rasa bengang cuba dikawal.Dia mengemaskan barang-barangnya dan terus bangun.




Zakif memandang Hana yang sudah menaiki anak tangga.Dia mengaru kepalanya yang tak gatal.Aku ingatkan nak cari gaduh dengan dia,last-last dia blah macam tu aje.




Remote Zakif tekan-tekan.Bosannya…Harap aje kau ni kahwin Kif,tapi gaya macam tak kahwin.




Heh!Zakif mendengus dalam hati.Macamlah tak tahu yang perkahwinan mereka ni memang macam bukan perkhawinan pasangan lain.




Zakif memandang tingkat atas.Tak boleh jadi ni..Sampai bila nak macam ni?Mahu mati akal aku kalau macam ni tiap-tiap hari.






“WOO…”ZAKIF LEKAS-LEKAS berpusing ke belakang sambil mengangkat tinggi kedua-dua tangannya.




“Apa you ni?”soal Hana bengang.Dia turut sama memusingkan badannya.Mahu tak terkeluar biji mata bila keluar sahaja daripada bilik air,Zakif sedang berjalan hendak menuju ke katilnya.Dua-dua terkejut,tapi cuma dia seorang sahajalah yang menjerit kecil.




“Sorry..tak sengaja!”ujar Zakif.




“You nak apa masuk bilik i?Tak reti nak ketuk pintu dulu ke?”soal Hana lagi.




“Yang you berkembang tengah-tengah malam ni kenapa?”soal Zakif.




“I baru lepas mandilah..”




“Pukul 12.30 tengah malam?”




“Suka hatilah I nak mandi pukul berapa pun..”Hana gigit bibir bawah.Pegangannya pada tuala dikemaskan.”You nak apa ni?”




“I nak meggi..”




“Apa?”Hana menoleh ke arah Zakif.




“I nak meggilah.Lapar..”




“Pukul 12.30 tengah malam ni?”




“Suka hatilah I nak lapar pukul berapa pun..”Zakif ulang balik ayat Hana.Hana mendengus.




“Agak-agak bila I boleh jatuhkan tangan ni?”soal Zakif.




“I tak suruh pun you angkat tangan..”ucap Hana.




“Dah you menjerit ala-ala Deja Moss,macam mana I tak terkejut.”




Hana diam.Tubuh dah rasa mengigil sebab tak berbaju.




“I nak pakai baju ni.You keluarlah..”




“Pakailah.Bukannya I larang pun..”jawab Zakif.




“Yang you berdiri dekat almari I tu kenapa?Macam mana I nak ambil baju?”soal Hana.




Ohh..Zakif tersedar.Aku ingatkan aku menghadap pintu bilik,rupanya pintu almari.Patutlah lain macam aje warna dia.




Zakif bergerak setapak ke sebelah kanan.Hana mendengus melihat aksi Zakif.Dia ni saja aje nak main-main.




“Keluarlah..Nanti I masakkan meggi you tu..”




Bibir Zakif terus mengukir sengihan.




“Good..I tunggu.Cepat sikit yea..I dah lapar dah ni.Karang tak dapat makan meggi,I makan pula you..”




Grr..Hana rasa macam nak baling aje gunting yang terletak dalam set alat tulis di atas mejanya itu.Ketawa Zakif memang menyakitkan hati.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 07:21 AM | Show all posts

“SIAP…”HANA LETAK mangkuk meggi di atas meja.Pandangan matanya jatuh pada wajah Zakif.Siap juga meggi yang Zakif nak tu akhirnya.Mati-mati dia rasa meggi tu takkan jadi.Rasa serba tak kena bila Zakif duduk memerhatikan segala gerak gerinya.Hampir-hampir dia nak tertuang air panas dekat tangannya.




Zakif pandang mangkuk meggi itu.




“Bawa pergi depan..”arah Zakif.Dia sudah melangkah ke ruang tamu.Hana yang mendengar terlopong mulut.




Ni dah lebih dah ni…




“Hana..cepat sikit!”Zakif dah menjerit.Nak tak nak,Hana membawa juga mangkuk meggi itu ke hadapan.Diletakkan di atas meja.




“Okay.Semua dah siap.I nak naik,tidur..”




Belum sempat Hana melangkah,Zakif bersuara.




“Siapa suruh you naik?”soal Zakif.




Hana menoleh memandang Zakif pelik.”Esok I kena kerjalah..”




“I pun sama juga.”




“Dah tu kenapa tak bagi I naik?”soal Hana.




“Sebab..”Zakif mengacau megginya.”I nak you teman I makan..”




Heh!Hana dah tergangga mulut.”Teman you makan?Selalu you makan tak payah nak berteman pun..”




“Itu dulu..”Zakif pandang Hana.”Sekarang dah lain.You duduk boleh tak?I nak makan ni..”




‘Tapi i..”




“Degilnya you ni”Zakif mencerun pandang memandang wajah Hana.




Hana menarik nafas.”Okay..”Dia terus duduk di atas sofa.”I duduk..”




Zakif senyum puas hati.”Good…”




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2011 07:21 AM | Show all posts

HANA MENUTUP MULUTNYA.Dia memandang Zakif yang masih lagi sedang dalam usaha menghabiskan meggi itu.Rasa macam nak aje tolong suapkan untuk Zakif.Rasa bengang betul bila dia tengok sehelai-sehelai maggi tu Zakif suapkan dalam mulut.Makan jenis orang yang main-main aje padahal dia dah mengantuk sangat dah ni.




“Bila you nak habis makan ni?”Hana menyoal malas.




“Sabarlah..Panas you tahu tak!”ujar Zakif sambil meniup megginya.




Hana mendengus.Daripada lima belas minit tadi,panas tu ajelah alasannya.Dia memandang jam di dinding.Wuuaa..dah nak dekat pukul 1.00 pagi.




“I nak naik atas tidur boleh tak?”soal Hana.Dia menguap sekali lagi.Mata betul-betul dah mengantuk dah ni.




“Tak boleh.You kena teman I makan sampai habis.”




Hana menarik nafas.Rasa geram dengan perangai Zakif yang berubah mendadak ni cuba ditahannya.




“Tak apelah.You makanlah.Dah habis nanti,kejutkan I eh..”Hana menyandarkan badannya di sofa.Aku tak larat dah nak bercakap,apatah lagi nak cari gaduh.




Zakif meletakkan sudu dan garfunya.Dia bangun dan melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Hana.




Senyuman terus terukir di bibir Zakif.Kejam sungguhlah aku ni.Dera dia sampai macam ni sekali.Tapi betul dia ni penyabar.Terima aje apa yang aku suruh.




Zakif melabuhkan punggungnya di sebelah Hana.Rambut Hana yang jatuh berjuntaian itu diselak.Dia turut sama menyandarkan badannya ke sofa.Perut dah rasa senak.Idea makan meggi tu sebenarnya idea sengaja aje nak kenakan Hana.Nak tengok respon dia samada dia nak ke tak tolong masakkan meggi walaupun dah tengah malam.Tak pernah-pernah pun selama ini dia makan tengah-tengah malam buta.




Tersentak Zakif apabila terasa bahunya berat sebelah.Dia menoleh.Kepala Hana dah terjatuh ke bahunya.Kaku Zakif tidak bergerak.Dia rasa macam nak bernafas pun tak boleh.Bimbang dengusan nafasnya itu akan menyedarkan Hana.




Zakif memandang Hana.Jantungnya terasa berdegup laju.Dia memandang tangannya.Teragak-agak dia meliarkan tangannya ke bahu Hana.Perlahan-lahan dia memeluk bahu Hana.




Zakif memejamkan matanya apabila terasa tangannya sudah memeluk bahu Hana.Hana yang tidur nyenyak itu dipandang lagi.




‘Oit Zakif!Apa yang kau buat?’Kedengaran suara hatinya menyoal kuat.




Zakif tersentak.Terus dia beristighfar.Tangannya dilarikan daripada bahu Hana.Dia terus bangun mendadak,menjauhkan diri daripada Hana.Tindakannya itu menyebabkan Hana terus jatuh tersemban ke atas sofa.




Hana terpingga-pingga.Dia membuka matanya.Rasa silau apabila matanya terkena panahan lampu.Dia mengosok matanya.Benda pertama yang terdampar di hadapan matanya adalah Zakif yang berdiri tegak di hadapannya.




“You pergi naik tidurlah..”ucap Zakif.




Hana diam.Dia yang masih lagi mamai memandang sekeliling.Muka Zakif yang tidak dapat ditafsirkan itu dipandang.




“I tertidur eh?”soal Hana.




Zakif angguk kepalanya.Hana bingkas bangun.




“You dah habis makan ke?”soal Hana lagi.




“Dah..”Zakif angguk lagi kepalanya.




“Okay..”Hana angguk kepalanya.Dia mula melangkah.




“Hana..”panggil Zakif.




Hana menoleh.




Zakif teragak-agak.Dia memandang Hana yang masih menanti butir bicaranya.




“Thanks eh temankan I makan..”




Hana angguk kepalanya malas.Ingatkan benda apalah yang dia nak cakap.Hana melangkah ke anak tangga.




Zakif mengetuk dahinya berkali-kali apabila Hana sudah menaiki anak tangga.Bodohnya kau Kif!Kau bangun mendadak macam tu aje.Nasib baik tak terhantuk kepala Hana.




Perlahan Zakif mengeluh.


                                                                                             [BAB 14 TAMAT]

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 08:48 AM | Show all posts
... memang kelako diorg nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 09:53 AM | Show all posts
akhirnya ade juga n3..tt jgn tgl lama2 ye..nanti umah bersawang..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 11:46 AM | Show all posts
bila nak jadi rumahtangga yg sebenar2nya
ni....... lambat tul la Zakif bertindak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 02:18 AM | Show all posts
suci yer zakif.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 12:02 PM | Show all posts
bila lah nak ok org berdua ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 04:36 PM | Show all posts
alahai zakif, malu2 kuceng lak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:23 PM | Show all posts
Zakif apa lagik tunggu halal tuuuuuuuuuu ekekek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 01:35 PM | Show all posts

-15-




“KAU TIDUR PUKUL berapa semalam ni?”soal Erni.Dia menarik kerusi beroda lalu terus duduk disebelah Hana.




Hana mengangkat kepalanya daripada meja.”Pukul 1.00 lebih kurang..”




“Lambatnya..”Erni terkejut.”Kau buat apa tidur lambat sangat?Marathon dvd korea?”




“Tak..”Hana menutup mulutnya.”Aku..”Dia terdiam sebentar.




“Aku apa?”soal Erni laju.




Hana terus menarik sengihan.Takkanlah nak cakap yang aku teman Zakif makan meggi.Mahu kena giat dengan Erni.




“Aku tak boleh tidur..”




Erni terangguk-angguk.”Kes minum kopilah ni.Itulah kau..dah tahu tak boleh minum kopi,nak juga minum.Tengok sekarang siapa yang susah.Nasib baik boss tak ada.Kalau tak..”




“Aku dah siapkan semua kerja aku dahlah.Kenapa dia nak marah-marah pula”Hana mencebik.




“Kau bukan tak tahu,dia tu pantang kalau orang curi tulang waktu kerja.”




Belum sempat Hana menjawab,handphonenya berbunyi.Hana terus mengambil handphone yang terletak di atas meja.




I nak jumpa you sekarang.




Berubah wajah Hana apabila membaca message itu.




“Kau kenapa?’soal Erni yang menyedari perubahan wajah Hana.




Hana menarik senyuman kelat.Handphone flip itu ditutup.




“Hamdan..”ujar Hana sepatah.




“Dia dah balik daripada Sabah ke?”




“Dahlah kot.Hari tu kan dia kena pergi Sabah.”




“Untung dia kan,baru aje balik daripada luar negara,dah kena pergi Sabah pula.Untung nasib badan.Dia tahu kau dah kahwin kan?”




Berat Hana angguk kepalanya.Mujurlah sangat dia tak pernah terserempak dengan Hamdan.Habis sahaja cuti kahwin dia,dia dapat tahu yang Hamdan ada kerja dekat Sabah.Nasib baik sungguh.Kalau tak,dia tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Hamdan.Waktu Hamdan datang rumah hari tu pun dia dah kelu tak mampu nak bercakap apa-apa,inikan pula bila terpaksa bertentang mata dengan Hamdan dekat pejabat.




“Kau..”Erni memandang Hana.”Ingatkan Hamdan lagi ke?”




Hana terdiam.Dia membalas pandangan mata Erni.




“Aku tak tahu..”




“Hana..”Erni mengeluh.”Kau dah kahwin.Kau patut tahu limit kau.”




“Aku tahu”Hana angguk kepalanya.”Tapi kau tak faham apa yang aku rasa.”




“Memang aku tak faham,tapi aku nak kau tahu,benda yang dah lepas..dahlah.Jangan nak dikenang lagi.Apa perasaan Zakif kalau tahu kau masih simpan perasaan dekat Hamdan?”soal Erni.




‘Dia takkan kisah Erni..’jawab Hana dalam hati.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 01:36 PM | Show all posts

Tersentak mereka berdua apabila handphone Hana berbunyi.Hana pandang Erni.Laju Erni hulurkan tangannya.Bagaikan memahami apa yang Erni minta,lambat-lambat Hana mengambil handphonenya di atas meja.Melihat Hana yang ragu-ragu,terus handphone Hana Erni rampas.




“Assalamualaikum..”Erni bagi salam.




“Tak.Dia tak nak cakap dengan awak.”




“Yea..saya faham.Tapi awak pun kena faham satu hal..dia dah kahwin.Lupakanlah dia.”




“Kenapa awak tak nak faham?”




Hana berkerut dahi apabila melihat Erni mula melenting.




“Dah dah.Jangan nak kacau dia.Tolong professional sikit boleh tak?Kami nak lunch sekarang..”




“Assalamualaikum..”Dan terus Erni tekan butang merah.Handphone diserahkan kembali kepada Hana.Hana memandang Erni.




“Tak reti bahasa..”gerutu Erni.




Hana menarik senyuman pahit.




“Aku tak fahamlah dengan dia ni,apa yang dia nak?Dia tak boleh nak terima hakikat ke yang kau dah kahwin?”




“Dahlah..”Hana bangun.Malas hendak memanjangkan cerita.”Jomlah kita lunch.”




Melihat Hana yang sudah bangun,Erni turut sama bangun dan mencapai beg tangannya.




HANA TURUN DARIPADA anak tangga.Dia menjenguk ke bawah.Kelihatan Zakif sedang menonton televisyen.




Kaki Hana melangkah ke ruang tamu.Dia duduk di single sofa sambil pura-pura membelek majalah.




“Dah masak?”soal Zakif.




Hana angkat wajahnya.Dia memandang Zakif tidak percaya.




“Apa you cakap?”soal Hana.




“I cakap..”Zakif mengalihkan seketika pandangan matanya ke wajah Hana.”You dah masak ke?”




“Bukan you selalu tak makan malam ke?”soal Hana lagi.Perkara pertama yang dia sangat senang dengan Zakif ialah Zakif tak pernah makan malam selama mereka duduk di rumah baru ini.Waktu mula-mula dulu,pernahlah dia masak makan malam untuk mereka berdua.Tapi Zakif pula asyik cakap;




“Tak payah masak banyak sangat.I tak makan malam.”




“I keluar kejap.Makan dekat luar terus.”




“I tak ada selera nak makan.Tak payah masaklah..”




“Masak untuk you sorang aje..”




Dan lama-kelamaan dia terus ambil keputusan untuk masak ikut suka perut dia.Kalau dia lapar,dia masak.Kalau tak..dia tak masak.




“Tak.I lapar sekarang.I nak makan..”ujar Zakif lagi.




“You tak nak keluar?”soal Hana lagi.




Zakif memandang tajam wajah Hana.Hana menutup majalahnya.




“Okay..”Perlahan-lahan Hana bangun apabila menyedari pandangan tajam Zakif masih tidak


hilang.”I masak.”




Zakif memandang Hana tidak lepas sampailah Hana menghilang di sebalik dapur.Dia kembali menumpukan perhatian kepada kaca televisyen.Tanpa disedarinya,sekuntum senyuman kecil mula terukir di bibir.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2011 01:39 PM | Show all posts

“DAH SIAP KE belum?”soal Zakif.




Hana terperanjat apabila Zakif tiba-tiba muncul.Dia yang baru hendak mengangkat penutup tudung periuk yang masih panas terus membukanya tanpa berlapik apa-apa kain pun.Berdenting bunyi penutup periuk jatuh apabila Hana spontan melemparkannya ke atas lantai.




Seketika,suasana sepi sesaat.




Hana mengangkat wajahnya memandang wajah Zakif.Dia sendiri pun terperanjat macam mana dia boleh terbaling penutup tudung periuk itu.




“You okey ke?”soal Zakif.Dia mengangkat penutup tudung periuk yang jatuh diatas lantai itu.Diletakkan di atas meja makan.Langkahnya menghampiri Hana yang berdiri kaku itu.




“Okay..”Hana terangguk-angguk berulang kali.Merah rasa muka.Mesti Zakif kata aku ni perempuan yang tak pernah masuk dapur.




“Tengok tangan..”ujar Zakif.Dia terus memegang jemari Hana.Hana tersentak apabila terasa


tangan Zakif menyentuh jemarinya.




“Macam mana you buat kerja?Cuai betul..”ucap Zakif.Dia meniup jemari Hana.Hana tergamam.Kelu rasa lidah apabila melihat tindakan Zakif.




“Sakit lagi tak?”soal Zakif sambil memandang wajah Hana.




“Haa..”Hana buat muka keliru.Berdebar rasa hati apabila matanya menatap anak mata Zakif.




“Sakit lagi tak?”soal Zakif.




“Tak..”Terus Hana tarik jemarinya daripada pegangan Zakif.”Tak sakit dah.”Hana terus menuju ke rak pinggan mangkuk.




“You duduklah.I ambil pinggan kejap”ucap Hana.




Terdengar bunyi kerusi ditarik.Hana menarik nafas dan melepaskannya sekaligus.




Relax Hana..Relax.Letak pinggan lepas tu kau cepat-cepat naik atas.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 01:40 PM | Show all posts

Hana meletakkan pinggan di atas meja.




“You masak apa ni?”soal Zakif.




Hana memandang deretan lauk yang terdapat di atas meja.Ahh sudah!Dia nak jadi juri masakan pula ke?




“Kari telur aje?”soal Zakif sambil memandang wajah Hana.




“Ayam dengan ikan tak ada”jawab Hana.




Zakif diam.Dia memandang pula lauk lain.




“Ini apa?”soal Zakif.




“Kacang botol..”




“Makan macam ni aje?”soal Zakif lagi.




Hana angguk kepalanya.Mamat ni tak pernah makan kacang botol ke?




“Yang ni pula apa?”




“Sardin..”ucap Hana.Sabar sahaja melayan setiap soalan Zakif.




“Nasi I mana?”




“Tu..”Hana tunjuk ke arah mangkuk nasi yang berada disebelah Zakif.




“I tak makan banyak macam ni lah..”




Memanglah.Itu semua orang tahu.Mana ada orang makan nasi dalam mangkuk nasi.




“Letaklah berapa banyak nasi yang you nak”ucap Hana.Dihulurkan pinggan kepada Zakif.




“Letakkan untuk I”arah Zakif.




Hana memandang sahaja Zakif geram.Letak nasi pun nak suruh orang ke?Namun dia buat juga macam apa yang Zakif suruh.Diletakkan nasi dihadapan Zakif.




“You nak pergi mana tu?”soal Zakif.”Duduk sini makan dengan I..”




“I nak ambil airlah”ujar Hana.Nasib baik aku tak keluar lagi daripada dapur ni.Dia melangkah pula mengambil air.Diletakkan disebelah Zakif.




“Masin..”komen Zakif saat dia sudah duduk berhadapan dengan Zakif.




“Masin ke?”soal Hana.Berubah riak wajahnya.Aku masak memang tak berapa nak lulus lagi ni.




“A’ah.Memang masin..”Zakif angguk kepalanya.”Cuba you rasa..”Diletakkan kari telur ke dalam pinggan Hana.




Perlahan Hana merasa kari telur itu.Dia mengangkat wajahnya memandang Zakif.Zakif angkat kening,bagaikan menanti jawapan Hana.




“Okay aje.Mana ada masin pun..”




“Macam ni tak masin?”soal Zakif.”You kena kurangkan garam okey.Tak baik makan garam banyak sangat.Tak elok untuk kesihatan”Zakif bukak ceramah kesihatan dekat meja makan.




Hana diam.Dia mengigit bibirnya.Sungguhlah rasa janggal bila makan berdua-duaan dengan Zakif.Dulu,dia selalu berangan-anggan,yang duduk di tempat Zakif sekarang adalah


Hamdan,bukannya Zakif.Tapi sekarang?




‘Hana..buat apa nak kenang benda yang dah lepas’bisik hatinya.




“I ada hal sikit nak bincang dengan you lepas ni”ucap Zakif,memecahkan suasana sepi di antara mereka itu.




Tidak tertelan nasi yang hendak dikunyah Hana.




“Perkara apa?”soal Hana.




“Nantilah.Kita makan dulu..”ujar Zakif sambil kembali menyambung menyuap nasinya.


                                                                                                 [BAB 15 TAMAT]

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 04:00 PM | Show all posts
nak lagiiii....heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 07:49 PM | Show all posts
Humorous and funny
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.147887 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list