CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 5-12-2010 02:25 AM | Show all posts
salam....wah best2....citer kesah mlm pertama panten yg tak jadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 01:09 PM | Show all posts
habihlah....gaduh dimalam pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 01:27 PM | Show all posts
best ni... mau perang bantal mcm ni...
sambung lg aero....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 05:39 PM | Show all posts
nk lagii...dan lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 06:53 PM | Show all posts
Wow bestnya citer ni sempoiiiii nak lagiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 11:21 PM | Show all posts
macam budak2 jer diorg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2010 10:14 AM | Show all posts
cepat la n3 baru........
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 11:34 AM | Show all posts
sambung lagi .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 02:46 PM | Show all posts
nak lagi...tt sambung cpt..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:24 PM | Show all posts
lagiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:34 PM | Show all posts
mesti ZAKIF tidur bawah...
beralaskan bantal kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:22 PM | Show all posts
so... next????
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 05:01 PM | Show all posts
ehemmm...sabar ya!
cmf_blingblings Post at 4-12-2010 00:58


off topic jap...

kaka bling2..bila umah baru nk di bina..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 08:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 7-12-2010 20:09


“Eh!Apa yang you buat ni?”


“Tak nampak?”Zakif pandang Hana.


“I tengah tanam pokok durian.”


Belum sempat tangan Zakif mencapai lagi bantal untuk dibawa turun,Hana bangun dan terus menarik hujung bantal.Tidak membenarkan bantal itu di bawa turun.


“I dah kata,jangan ubah sempadan ni kan?”


“Like I care..”Zakif senyum sinis.


“Eh!You ni kenapa?Tak faham bahasa Melayu?Nak I cakap bahasa apa?”


“Just shut up..”Zakif tarik bantal daripada pegangan Hana.


Hana tarik balik bantal daripada pegangan Zakif.


“Shut up apanya?I penat-penat masuk semua bilik dalam rumah ni sebab nak cari bantal,penat-penat susun bantal ni,you suka-suka hati nak robohkan pula.Over my dead body.”


Suara Hana cuba kawal sedaya upaya mungkin.Tak boleh tinggikan suara pada suami.Pesan ibu yang pertama.Dia ingat.Tapi ibu..Hana minta maaflah sangat-sangat..Dia tak rasa yang dia boleh berdiam diri aje lagi.Aura melawan dalam diri dia tiba-tiba dah bangun.Sejak Zakif pandai-pandai cium pipi dia tanpa minta izin,memang dia tak boleh nak kawal diri.Tambah-tambah,bila Zakif suka-suka hati aje main ugut-ugut.Untuk menjaga keselamatan diri,terpaksalah dia buat semua ni.


Okay..dia tahu.Dia milik Zakif.Hak Zakif sepenuhnya.Daripada hujung rambut sampailah ke kuku kaki,semua itu adalah hak Zakif.Dia tak ada hak nak melarang sikit  pun.Tapi bertimbang rasalah sikit.Kot yea pun nak cium,bagilah apa-apa isyarat dulu.


Ini tak..selamba aje belasah peluk bahu terus cium.Dahlah peluk bahu kasar ya amat.Yang si Qai tu,sempat pula dia tangkap gambar.Konfem tersangatlah hodoh raut wajah dia dalam tu.Dengan mulut tergangga,mata terbeliak.Mahu setahun pun malu dia tak hilang bila tengok muka Qai.


Zakif pandang wajah Hana.Hana balas balik pandangan mata Zakif.


“Lepas..”Zakif bersuara.


“No way..”Hana geleng kepalanya.


“Lepas!!”ujar Zakif .Dia menarik sedikit kuat hujung bantal,namun Hana turut sama menarik hujung bantal.Enggan mengalah.


“Hana..you ni memang degil dan kepala batu kan?”


“Nope..”Hana geleng kepalanya.


“I ni kepala konkrit dengan kepala simen.So En.Zakif yang budiman..lepaskan tangan you boleh tak?”Hana memaniskan muka.Pura-pura dia tersenyum sambil kelip-kelipkan mata.Tolonglah..Takkanlah mamat ni teringin nak main tarik-tarik bantal waktu malam-malam macam ni.


Zakif mendengus.Loyar buruk!Dipandangnya hujung bantal yang ditariknya.Dipandang pulaHana yang sudah duduk ala-ala melutut di atas katil,menghadapnya.Tangan Hana juga daripada tadi tidak lepas memegang hujung bantal.


Aaahaa!!Zakif sengih jahat.Tiba-tiba aje rasa macam mentol dalam kepala menyala terang.


“Hana..i ulang balik.Lepaskan bantal-bantal ni.”


Hana geleng kepalanya laju.Walau apa pun jadi,aku takkan sewenang-wenangnya biarkan sempadan bantal aku roboh.Tak boleh!!!


“Orait..”Zakif angguk kepalanya.Dia menarik sekali lagi hujung bantal,kuat.Dan sebagai disangka,Hana turut sama menarik hujung bantal.Zakif sengih.Terus hujung bantal sengaja dilepaskan.


Dan Hana terus jatuh ke belakang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 08:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 7-12-2010 20:13


“Isk..isk..isk…”Zakif geleng-gelengkan kepalanya.Ditahan ketawa didalam hati.


“Kesian..ada orang jatuh!”Zakif buat muka kesian.Kepalanya digelengkan lagi.


Hana getap bibir.Asalehe betullah perangai dia ni.Nasib aku jatuh atas katil,kalau aku jatuh tergolek ke bawah,mahu terkeluar tulang pinggang aku.


Hana bangun.Zakif dipandangnya.Geram.Sakit hati.Marah.Rasa macam nak menjerit.Semua cukup.Nak bagi flying kick pun ada juga.


“Sakit yang?”soal Zakif,tersenyum sinis.


Siot!Hana gigit lagi kuat bibir bawahnya.Malu besar aku.Jatuh tergolek macam ni depan dia.


“Itulah..i dah kata,lepas.You tak nak lepas.Tengok apa dah jadi?Nasib baik jatuh atas katil,kalau jatuh bawah katil..tak ke malu besar?Malam pertama-isteri jatuh katil.Isk..isk..”


Shut uplah lelaki!Hana genggam penumbuknya.Aku boleh rasa darah aku naik mendadak aje ni.


Senyuman sinis masih lagi tidak hilang daripada bibir Zakif.Melihat muka Hana yang cemberut itu,terasa mengelikan hatinya.Rasa seronoklah buat macam tu.Lain kali nak buat lagi lah.


Zakif terus ambil satu lagi bantal yang masih berlambak-lambak di atas katil.Dah jadi satu kerja pula,aku nak kena angkut bantal-bantal yang bertimbun ni.


Grrr..Hana bengang melihat Zakif lagi sekali memindahkan bantal-bantal ke atas lantai.Terus dia pegang hujung bantal.Zakif jungkit keningnya.Eh eh?Dia ni tak serik lagi ke?


“Susun balik bantal-bantal ni”ujar Hana.


“No way..”Zakif pula geleng kepala.


“Eh..”Hana kecilkan matanya.”Yang you degil sangat ni kenapa,you tahu kan untuk apa I buatsempadan-sempadan ni semua?”


“Sebab apa?”terus Zakif menyoal.Keningnya diangkat,meminta jawapan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2010 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 7-12-2010 20:18

Hana terdiam.Akalnya ligat mencari alasan.Err..Apa aku nak jawab?Takkan nak jawab macam ni :


1.Sebab you cium pipi I petang tadi.


2.Sebab I tak nak you sentuh i.


3.I memang tak boleh tidur kalau bantal tak banyak.


4.Suka hatilah.Bilik I..


Hanamenimbang-nimbang dalam kepala keempat-empat alasan yang terlintas difikirannya.Alasan 1 nampak macam okay.Tapi sumpah!Hana langsung tak nak ingatdah perkara petang tu.Buang jauh-jauh peristiwa tu.Jadi..alasan no 1 secara automatiknya gagal tanpa bertanding.


Alasan no 2 lagilah gila.Takkan dia nak cakap macam tu.Buat kena gelak aje.Tak pasal-pasal nanti Zakif cakap;


“Owh..you ada keinginan nak I sentuh you ke?”Siap sekali dengan muka senyum sinis.


Grrr…Tolonglah.MulutZakif ni lasernya bukan main lagi.Alasan no 2 pun reject.


Alasan no 3.Hahaha!Banyaklah kau Hana.Tidur tak boleh kalau bantal tak banyak?Tak pernah dibuat dek orang.Kalau ada pun..setakat lima enam biji bantal aje.Yang kau belasah sampai berpuluh-puluh,tak muat katil ni apa kes?Nak nak aje Zakif dengan senang hati telefon hospital bahagia,daftarkan kau masuk sana,dengan alasan kau ada penyakit ganjil.


Hmmm..Alasan no 4 macam lojik.Pakai aje alasan no 4.


Baru aje Hana nak membuka mulut,pintu bilik diketuk.Hana dan Zakif sama-sama menala pandangan pada pintu.


“Hana..Hana..”Terdengar suara di luar bilik.


Zakif memandang Hana.Kepalanya diisyaratkan supaya Hana membuka pintu bilik.Berat Hana melangkah menuju ke pintu bilik.Perlahan pintu dibukanya.Terjenggul wajah Pn.Hanim,tersenyum memandangnya.


“Ibu menganggu yea?”Pn.Hanim senyum.Hana sengih.


“Mana ada bu.”


“Ibu cari bantal.Ada nampak bantal tak?”


Err..Hana teragak-agak.Dia menjeling ke dalam bilik.Tolonglah jangan mamat ni masuk campur.


Namun..sengihan Hana padam apabila Zakif datang menghampiri.


“Ibu cari bantal ke bu?”soal Zakif.


Bang it!


                                                                         [ BAB 3 TAMAT ]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 08:34 PM | Show all posts
abes la si hana
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:49 PM | Show all posts
berebut bantal lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:54 PM | Show all posts
pendeknya...x puas lagi ni aero....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:33 AM | Show all posts
ala..dah xde...
ade lg ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069289 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list