CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 8-12-2010 08:27 AM | Show all posts
hahaha...hana2... so what next??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 10:10 AM | Show all posts
wah..sambung lagi tt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:04 AM | Show all posts
lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:14 PM | Show all posts
petang pun tak ada lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 08:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 8-12-2010 20:20

-4-            


SEBAL…SEBAL..SEBAL..Hana menarik muncung.Geram betullah dia.Bengang sampai tahap rasa macam nak menjerit aje.Kalau nak diikutkan hati,dah lama dah dia tumbuk Zakif macam tumbuk bantal Spongebob Squarepants dia.Biar sampai patah semua tulang-temulang dia.


Zakif sedang berbaring sambil menengadah siling mengerling sekilas ke arah Hana.Senyuman kecil cuba ditahan.


Berubah gila raut muka Hana tadi bila tiba-tiba dia menyampuk.


“Ibu cari bantal ke bu?”soal Zakif.


Hana mencerun tajam memandangnya,memberi amaran “jangan gatal-gatal bagitahu.”Namun Zakif buat-buat tak nampak.Pintu bilik dibuka lagi lebar.Tangan Hana yang tadinya memegang kejap pintu bilik itu dijentik sekuat hati.Terus terlepas pautan tangan Hana pada pintu bilik.


‘Adoi..sakitlah siot!’Hana membuntangkan biji mata.


“Masuk bu..masuk..”Zakif membukakan pintu lagi lebar.Hana yang sedang berdiri bersebelahan dengannya,selamba sahaja ditolak berdiri di belakangnya.


Hana mengetap bibir.Kurang asam betul.Dahlah jentik tangan aku.Lepas tu,ikut suka hati aje tolak aku.


Pn.Hanim teragak-agak.Dia memandang muka Hana yang tidak dapat dibaca riaknya.


“Tak payahlah.Ibu cari bantal aje.Bukannya nak menganggu pun.”


Zakif tersenyum.Lengan Pn.Hanim ditariknya perlahan,mengajak Pn.Hanim masuk ke dalam bilik.


“Ala ibu.Nak menganggu apanya.Masuk aje bu.Semua bantal yang ibu cari,semua ada dalam bilik ni..”ujar Zakif.Zakif memimpin Pn.Hanim masuk ke dalam bilik.Sempat dia senyum sinis pada Hana,sebelum angkat tangan tanda thumps up.Matanya seolah-olah memberi isyarat..


‘Padan muka!Habislah you lepas ni..!’


Terbeliak biji mata Pn.Hanim melihat bantal yang bersepah di atas lantai-juga di atas katil.Dia mengalihkan pandangan pada Hana.Dia tahu apa yang Hana cuba lakukan.Benteng yang menjadi penghalang di tengah-tengah,cukup untuk membuatkan dia tahu apa yang sedang berlaku.


Hana mengigit bibir bawah.Dia menjeling Zakif dengan ekor mata.Habislah..ibu dah mara.


“Macam mana bantal ni boleh ada kat sini?”soal Pn.Hanim lembut.Pandangan tajam dilemparkan pada Hana.


Gulp!Hana teguk air liur.Dia tak tahu nak  jawab apa.Dalam hati,berbakul-bakul kutukan Hana lemparkan pada Zakif.Zakif yang berdiri di belakang Pn.Hanim dipandang seimbas lalu.Nampak Zakif sengih panjang siap dengan thumps up yang kini dengan tangan kanan dan kirinya.Bibirnya digetap.


Pn.Hanim mengeluh di dalam hati.


“Dahlah.Hana dengan Zakif tolong bawa bantal ni dekat ruang tamu.Saudara-mara semua dah mengantuk dah tu”ujar Pn.Hanim.Dia berlalu sambil membawa lima buah bantal.Sebelum itu,sempat juga Pn.Hanim  memberikan pandangan tajam pada Hana.


Hana menjeling Zakif  lagi tajam.Kalaulah jelingan dia boleh bertukar menjadi balingan pisau-pisau tajam,mahu putus kepala Zakif ketika itu.


Berat Hana mengambil bantal-bantal yang berada di atas katil.Habis musnah aku punya benteng pertahanan.


“Kesian…ada orang kena marah ke?”perli Zakif yang entah bila sudah berdiri di sebelah Hana.


Hana memandang Zakif.Bibirnya diketap.Zakif jungkit kening.Muka kerek dipamerkan.Hana beristighfar.Hati..sabarlah.Sabarlah banyak-banyak.


“Itulah.Masa buat tak nak fikir.You ni pun satu,tetamu punya ramai dalam rumah ni,takkan  semua bantal you nak bolot sorang.”


Diamlah!Hana rasa macam nak menjerit aje waktu tu.


“Sia-sia aje usaha you buat benteng semua ni kan?”


Orait.Cukuplah tu.Aku dah tak tahan dah ni.Hana pandang Zakif tajam.Namun Zakif hanya buat muka selamba.Bantal-bantal yang sudah siap untuk diangkat,Zakif betulkan kedudukan di dadanya.


“Sudah-sudahlah buat muka macam tu yang.Selamat angkut bantal-bantal ni yea..”Zakif berlalu.Dia tersenyum plastik sesaat.


Ahhhhh!!!Hana terus menjerit geram selepas Zakif pergi.Sempat dilemparkan bantal spongebob squarepantsnya ke pintu.


Eeeiii…kenapalah aku tak campak aje bantal ni tadi kat muka dia?

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 08:27 PM | Show all posts
thanx...nnti kasi lg ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2010 09:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 8-12-2010 21:10



Hana tekup kasar mukanya dengan bantal.Zakif tersentak.Kus semangat…Hilang terus peristiwa tadi.


Hana alihkan bantal daripada mukanya.Uhh..lemas..lemas..Rasa tak boleh bernafas.Rasa  tak selesa betullah.Entah dah berapa jam dah dia terbaring tegak aje macam ni.Rasa macam badan kena gam aje.Nak bergerak ke kanan atau ke kiri pun rasa macam dah tak mampu.Rasa macam dah lumpuh satu badan.Ini semua sebab kena tidur sekatil dengan mamat ni lah.


Walaupun hakikatnya,mereka dipisahkan oleh bantal peluk panjang di tengah-tengah,namun Hana tetap rasa tak selesa.


“I tak nak tidur bawah.Kalau you nak tidur bawah..you tidurlah”ujar Zakif yang sudah kembali masuk ke dalam bilik,selepas menghantar bantal.


Hana tercenggang.Dipandangnya Zakif yang sudah enak berbaring di atas katil.Siap mengeliat lagi.Zakif memandang Hana yang berdiri tercegat macam jaga dekat muzium.


“Kalau you takut,you tidur aje dekat bawah.”


Memang Hana dah tak boleh nak cakap apa-apa.Air liur terasa kering.Suara rasa macam tak nak keluar.Zakif selamba aje boleh suruh dia tidur atas lantai yang hanya berlapikkan karpet ni?Kejam sungguh..


Pilih Hana.Tidur yang nyenyak ataupun tidur yang seksa?


Dah tentulah tidur yang nyenyak.


Dah tu?Tidur ajelah atas katil.


Tapi dia?


Hana masih bermain-main dengan soalan dalam hatinya.


“Agak-agak kalau you nak jadi jaga malam ni,boleh tak you tolong tutup lampu?I dah

ngantuk dah ni”lagi sekali Zakif bersuara.


Hana ketap bibir.Melampau betullah dia ni.Buat macam rumah sendiri pula.Rasa macam  betul-betul nak bagi flying kick.Perlahan Hana melangkah menuju ke suis lampu.Dimatikan lampu.Bilik tersebut terus bertukar warna menjadi romantik.Perlahan-lahan juga Hana melangkah menuju ke arah katil.Dia duduk di atas katil.


Betul ke apa yang aku buat ni?


Zakif di sebelah hanya memandang Hana yang masih ragu-ragu.


Redah ajelah Hana.


Dan Hana terus membaringkan badannya,tegak di atas katil.


“Tak boleh duduk diam-diam ke?Bergoyang katil ni..”ujar Zakif tiba-tiba.Sengaja dia cakap macam tu.Dia sendiri naik rimas bila Hana sekejap-sekejap tekup muka dengan bantal,sekejap-sekejap mengeluh.Dia tahu Hana tak selesa.Mana nak selesanya,kalau berbaring tegak aje macam tu.Zakif berani jaminlah,nak bergerak seinci pun Hana tak berani agaknya.


Hana tersentak.Dia terus pandang Zakif yang selamba mukanya itu.Zakif mengalihkan pandangannya pada Hana.


“Apa?”soal Zakif sepatah.Keningnya diangkat.


Allah!Hana terus alihkan muka ke arah lain.Walaupun suasana bilik itu yang kelihatan romantik,namun Hana masih mampu melihat anak mata Zakif.Mata dia..Mata dia hitam pekat betul.


Zakif kerutkan dahi.Apa ke halnya dia ni?


“Oit!”Zakif memanggil.Hana pandang balik Zakif.


“Apa?”malas Hana menyoal.


“Tak boleh nak tidurlah..”


Ingat you sorang aje?I pun samalah.Hana hanya diam.Habis tu nak buat apa?Jam dekat

tangannya dah menunjukkan pukul 2.00 pagi.


“Nak buat apa ni?”soal Zakif.Dipandangnya Hana lagi.


Mata Hana terbuntang.Spontan dia ambil bantal,dan diletakkan di atas dadanya.


“You jangan nak buat yang bukan-bukan..”Hana memberi amaran.


Zakif sengih dalam hati.Kelakar rasa hati bila tengok Hana macam tu.Entah kenapa,dia suka bila Hana cuak.Mata Hana akan terbuntang luas.Pipinya akan jadi merah perlahan-lahan.Nampak macam comel aje.Kira okeylah daripada dia buat muka cemberut dia tu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 09:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 8-12-2010 21:11

Ahaa..Zakif sengih nakal.Dia terus memusingkan badannya,menghadap Hana.


Hana rasa macam nak putus nafas,melihat Zakif buat pergerakan macam tu.Dia terus bangun,namun pantas Zakif memegang lengannya,dan terus ditarik kuat.Hana kembali terbaring.


“Nak pergi mana?”Zakif sengih jahat.


Makkk!!!Hana betul rasa macam dah tak boleh nak bernafas.Jantung betullah rasa macam nak tercabut keluar.Dia terasa macam nak rentap aje lengannya daripada pegangan tangan Zakif.


Zakif  cuba sembunyikan sengihannya.Alaa…gurauan sebelum tidur.Tak salah kan sesekali nak menyakat?Tangannya tak lepas memegang lengan Hana yang berlapik dengan t-shirt labuh lengan panjang itu.Keras semacam aje badan Hana.


Sengaja aje bantal peluk panjang Zakif campak ke bawah.Hana yang menyedari perbuatan Zakif semakin cuak.Pucat terus mukanya.Zakif hanya sengih jahat.Hana cuba menarik lengannya,namun pegangan tangan Zakif yang kuat itu memang membuatkan dia tak boleh nak buat apa.Terasa macam lengannya dah kena lock.


Allah!Kau selamatkanlah hambaMu ini.


“You..you..nak buat apa ni?”soal Hana.Nada suara dikawal sebaik mungkin,


Kening Zakif terjungkit.


“Selalu orang bila kahwin buat apa?”


Erk!Hana telan air liurnya.Takkan..takkanlah..


Zakif menarik lagi lengan Hana,merapati dirinya.Erk!Hana terkaku.Terasa tubuhnya bergerak merapati Zakif.


“Dah..pejam mata.Jangan bukak sikit pun.Kalau bukak..siaplah..”Zakif memberi amaran.


Hana pantas tutup matanya rapat-rapat.Tak bukak sedikit pun.Zakif tahan ketawanya.Dipandang sahaja Hana yang menutup mata itu.


Masa berlalu.Zakif kerut dahi.Eh?Lama betul dia ni tutup mata.Zakif bangun daripada pembaringannya.Dia melambai-lambaikan tangan di hadapan mata Hana.Tiada apa-apa respon.


Laa…Dia betul-betul tidur dah ke?


Muka Hana yang tenang dipandang lagi.Comel juga kalau dia tidur.Dalam takut-takut macam tu pun,boleh pula dia tidur.Zakif mengelengkan kepalanya.Senyuman kecil ditarik.Selimut yang berada di hujung kaki di tarik.Diselimutkan Hana.Terus dia kembali ke posisi asalnya.Tidur menegak.


                                                                             [ BAB 4 TAMAT ]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 11:22 PM | Show all posts
sweetnye.. zakif dah suke kat hana.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:02 AM | Show all posts
hehehe...good boy.. tapi kesian..tak ada merasa mlm pertama.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:08 AM | Show all posts
la...igt kn ape!!!!
nk suh tido rupanya....hehehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:15 AM | Show all posts
zakif tu dah tangkap cintan
kat hana tu.......
Hana kan aksinya kiut miut
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 12:30 PM | Show all posts
zakif tu dah tangkap cintan
kat hana tu.......
Hana kan aksinya kiut miut
uda08_za Post at 9-12-2010 10:15



    yes..itu yang kita harapkan.. heheehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:07 AM | Show all posts
gaduh-gaduh manja di awal cite..

then end up with..hidup bahagia hingga hujung nyawa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 01:49 AM | Show all posts
me likeyyyyy!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 07:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 10-12-2010 22:20

-5-


“HANA NAK BUAT apa bantal banyak-banyak semalam?”soal Pn.Hanim yang ketika itu sedang membancuh air kopi.Hana yang sedang menyusun cawan-cawan didalam dulang mengangkat muka,sebelum sengih sesaat.

“Err..main perang-perang bantal?”jawab Hana teragak-agak.Hana tarik sengihan kelat lagi sekali.

Pn.Hanim gelengkan kepalanya.

“Hana..Hana dah jadi isteri orang sekarang.Hana patut tahu apa yang patut Hana buat,apa yang tak patut Hana buat.”

Hana diam.Dia mengigit bibir bawah.

“Tanggungjawab ibu pada Hana dah lepas.Sekarang ni..semua tu terpikul pada bahu Zakif.Macam mana dia nak didik Hana.Macam mana dia nak ajar Hana.Macam mana dia nak bentuk diri Hana.Your future children.”
Hana diam lagi.

“Grow up Hana.Berhenti main-main.Hana dah jadi isteri orang .Walaupun Hana dengan Zakif kahwin bukan atas dasar cinta,but now he is your husband.Hana kena hormat Zakif”lembut Pn.Hanim memberi nasihat.

Wajah Hana Pn.Hanim tenung.Dia tahu perasaan anak gadisnya itu.Dia faham apa yang sedang difikirkan oleh anaknya itu sekarang.
Sebagai seorang ibu,dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya itu,meskipun dia tahu,perkara yang dia minta merupakan perkara yang paling berat untuk Hana lakukan.Berkahwin tanpa cinta bagi Hana adalah sesuatu yang mustahil,tetapi tidak bagi Pn.Hanim.Dan Pn.Hanim bersyukur sangat,sebab walau sekeras mana pun hati Hana,Hana masih sanggup untuk ikut kemahuan dia.

“Bu..”Hana pandang Pn.Hanim.

“Sorry?”ujar Hana sepatah.

“Accepted.”Pn.Hanim tersenyum.

“Sekarang pergi panggil Kif.Ibu nak ajak besan ibu dengan saudara-mara kita makan”Pn,Hanim tersenyum manis.Dia menepuk perlahan bahu Hana sebelum melangkah keluar daripada dapur.


PINTU BILIK  HANA  buka.Zakif yang sedang membaca di atas katil dipandang.



“Turun.Breakfast.”Hana menuturkan saat dia berdiri dihadapan Zakif.

Zakif mengerling Hana sekilas,sebelum kembali memandang buku dihadapannya itu.Pura-pura membaca.Helaian demi helaian diselak.Hana dibuat ala-ala patung Negara di tengah-tengah bilik.Hana gigit bibir melihat aksi Zakif.

Eeeiiii…sakit hati betullah aku dengan mamat ni.





“Turunlah sarapan”ujar Hana lagi.Nampak tak ikhlas aje cara dia mempelawa Zakif.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2010 07:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 10-12-2010 19:55




Mak aih…Macam nak tertanggal telinga Zakif mendengar bahasa Hana.Zakif masih buat tak tahu.Masih pura-pura khusyuk membaca.





Hana gigit bibir.Kurang asam betullah mamat ni.Terus buku ditangan Zakif dirampas.Zakif terkejut.Dia menatap wajah Hana.Bengang.




Hana buat muka derk.Sekali imbas dia melihat tajuk buku di tangannya.




Pride and Prejudice


Jane Austen.




Ehhh?Mata Hana macam nak terkeluar.Biar betul.Dipandang sekali lagi.Jane.Austen.Sah!Hana lemparkan kembali pandangan pada wajah Zakif.Ketawa cuba ditahannya.Zakif angkat kening.




“What?”Tidak beriak muka Zakif.





“Jane.Austen.”Hana menyebut sepatah-sepatah.





“What a romantic guy…”





         Merah muka Zakif apabila melihat senyuman sinis Hana.





“Well Mr.Romantic…”Hana bersuara.





“Or should I call you Mr.Darcy…marilah kita pergi bersantap.”Hana ketawa.Entah kenapa tiba-tiba dia rasa macam lucu pula.Yelah..selama dia bernafas dekat dalam muka bumi ni,belum pernah dia tengok lelaki baca buku karya Jane Austen.Yang selalu dia tengok,komik adalah.Nampaknya,hari ni boleh jadi hari dalam bersejarah.





What the..Zakif bengang.Sakit telinga tiba-tiba bila dengar gelak ketawa Hana yang jelas menyindir.Apa?Dia ingat kaum lelaki tak reti ke nak baca buku jenis macam tu?Pandang rendah pada kaum  sejenis dia yea?





Terus Hana yang masih ketawa ditarik kuat.Hana terpempan.Terkejut.Tubuhnya jatuh  terus ke atas katil.Dia terperangkap apabila tangan Zakif kiri dan kanan menghalangnya.Allah!Hana telan air liur.Jantung terus terasa macam paluan kompang pada waktu kenduri kahwin.





Zakif sengih dalam hati melihat muka cuak Hana.I know where is your weakness.





“Let me go…”Hana bersuara takut-takut.





“What?”Zakif dekatkan mukanya pada Hana.





Maakkkkk!Hana rasa macam nak menjerit.Mangkuk belacan punya mamat.C++ punya perangai.





“Let me go…”Lagi sekali Hana bersuara.





“Sorry.Tak dengar…”Zakif dekatkan lagi mukanya.Anak mata mereka bertentang sebelum Hana terus larikan anak matanya ke arah lain.Deru nafas Zakif terasa hangat menampar mukanya.Ini namanya pencabulan ni.





        Zakif memang nak ketawa apabila muka Hana sudah berubah kemerah-merahan.


Padan muka!Main-main lagi dengan aku.





Hana rasa tekaknya sakit tiba-tiba.Lehernya terasa lenguh.Tolonglah.Tolonglah ubah tangan.Tolonglah ubah muka.Jarakkan muka kau dengan muka aku.Nafas kau aku tak tahanlah…Tolonglah.





“Eeee…blushingnya muka.You pakai Loreal eh?Pagi-pagi lagi dah bermekap.Untungnya I ada isteri macam you..”Zakif buat muka syaitan.





Cengkodok!Perli akulah tu.Hana menjeling wajah Zakif yang masih tersengih.





“Lepaslah!”Hana bersuara lagi.





Zakif ketawa.Hana rasa macam nak bagi aje penendang pada Zakif.Dia tahu yang Zakif sengaja main-mainkan dia.Tapi untuk menolak tubuh Zakif,rasa macam tak sanggup.Kalau nak bertentang mata pun rasa macam nak lumpuh badan,inikan pula nak memegang tubuh Zakif.Terus koma rasanya.





“Ehemmm…”satu suara menyentakkan mereka.Zakif terus membuang pandangan pada pintu.Hana mengangkat kepalanya.





Ibu?Hana terus tolak tubuh Zakif.





“Opss..sorry for interframe..”Pn.Hanim sengih nakal.





Hana gigit bibir bawah.Merah mukanya.Zakif sengih kelat.





“Jom breakfast.Ke nak breakfast kejap lagi?”Pn.Hanim soal nakal.





Zakif terus bangun.


       “Kita breakfast sekarang bu…”

                                                                                             [ BAB 5 TAMAT ]

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 02:23 AM | Show all posts
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 03:12 AM | Show all posts
next..next..yay..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:37 AM | Show all posts
hahaha....
terkontoi la lak....;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057774 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list