CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 18-12-2010 04:04 PM | Show all posts
next .............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2010 04:39 PM | Show all posts
so sweet......
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 05:57 PM | Show all posts
Wakakakak comel jerk 2 org ni next pleaseeeeee ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 09:42 PM | Show all posts
macam2 hal budak berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 02:15 AM | Show all posts
sambung lagi girl......

derang ni xlama lg masuk la fasa i lap u...u lap me....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 09:42 AM | Show all posts
tuk ari x der ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 12:54 PM | Show all posts
SAMBUNG LG
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 09:39 PM | Show all posts
nexttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 10:10 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu ke fasa seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 08:33 AM | Show all posts
comelnya..............
nak tau apa akan jadi seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:53 AM | Show all posts
comel sangat2... i like... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:25 PM | Show all posts
Takde en3 ke hari ni rindu lak kat Zakif and Hana huhuhuhu ketagih lak daku kat board ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 09:08 AM | Show all posts
zakif n hana ke mana ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:33 AM | Show all posts
asl x muncul2 la zakif n hana ni......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:36 PM | Show all posts
Patutlah cam kenal gaya penulisan...
Rupanya penulis sudah menghasilkan novel  3 +1 terbitan JS.......

memang sudah dijangka masih single lagi he he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 02:34 AM | Show all posts
mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 08:46 AM | Show all posts
sweet couple...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 08:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by aerolit_gurlz at 22-12-2010 08:51

-8-


Terjengket-jengket kaki Hana melangkah.Dia menjenguk ke dapur.Tidak nampak kelibat sesiapa.Lalu dia melangkah ke ruang tamu.Juga sunyi.Hana kerut dahi.Mana semua orang dalam rumah ni pergi?


Terdengar bunyi riuh-rendah di beranda.Hana melangkah ke situ.Daripada muka pintu,dia sudah dapat melihat Alias,Dania dan

Daniel sedang duduk bersila di atas lantai.


“Lias..”Hana memanggil.”Mana semua orang?”soal Hana.


Alias yang sedang menunduk mengangkat wajahnya.Dia kerut dahi.


“Semua orang?”soal Alias.


“A`ah!”Hana angguk kepalanya.


“Saudara-mara yang lain kan dah balik pagi tadi..”


Hana sengih.Aiseh.Aku lupa.Patutlah rumah rasa sunyi aje.


“Opah dengan ibu mana?”soal Hana.


“Pergi surau.Ada gotong-royong hari ni.Malam ni kan ada ceramah agama..”


Hana angguk kepalanya.Perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi.Dipandangnya Alias yang sedang berkerut-kerut merenung tudung tin yang tersusun di atas lantai itu.


“Abang Kif mana Kak Han?”soal Alias dengan matanya yang masih dihalakan pada tudung tin.


“Mandi..”Malas Hana menjawab.


“Cepatlah Abang Lias.Surrender ajelah..”Daniel menyampuk.Dia menguap.Aku dah bosan tunggu giliran aku ni.


“Iskk..Sabarlah.AbangLias tengah fikir strategi ni..”


“Strategi apanya?”Daniel mencebik.”Memang tak ada chancelah.Tudung tin tu rapat sangat.Kalau jentik pun mesti kenalah..”


“Aaahh…Takde takde.Pantang menyerah sebelum berjuang..”Alias semangat.Hana senyum sinis.Cuba kalau budak ni ada semangat macam ni waktu belajar,mesti sure dapat no 1 aje dalam kelas.


“Tepi tepi..”Hana menolak lembut bahu Daniel.”Kak Han nak main pula..”


Dania,Daniel dan Alias pandang Hana tidak berkelip.”Mana boleh Kak.Kaki kak tu sakit lagi.Tak boleh nak banyak bergerak..”


“Dah okey dah.Tok Ya kan dah urut akak hari tu.Dah baik dah.”Hana terus duduk diatas lantai.Dilunjurkan kakinya.Tak boleh lagi nak duduk bersila.Takpe..takpe..Aku pakai seluar,tarak hal nak duduk macam mana pun.


“Kak Han janganlah.Karang kalau Mak Uda tahu,mesti Mak Uda marah”Alias masih lagi cuba menghalang.


“Iskk..Bisinglah kau ni.Macam mak nenek..”Hana mengomel.Ala..setakat main tudung tin,apalah halnya sangat.Bukannya nak kena guna banyak tenaga pun.Aku ni champion dulu bab-bab permainan atas lantai ni.


“Permainan ni untuk orang lelaki ajelah kak”ujar Daniel pula.Mukanya dah berubah bimbang.Biar betul Kak Han ni.Macamlah dia tak tahu main tudung tin ni gaya duduk selalu berubah.Silap-silap kalau terterajang kaki dia,macam mana?Dahlah aku ni main ganas.


“Habis Dania ni apa?Dua alam ke?”Dania menyampuk.Terkebil-kebil dia merenung wajah abangnya itu.


Hana tersengih.Alias pun sama.Daniel buat-buat pandang tempat lain.Aiseh!Salah cakap.Lupa pula si kecik ni ada kat sini.


“Kak Han tengok ajelah.Jadi pengadil cukup.Karang sakit lagi kaki tu kang..”Alias mencegah.


Hana sengih jahat.Beria-ria kau tak bagi akak main yea.Takpe..takut kalahlah tu.Pantas tudung tin di atas lantai Hana selerakkan.Alias dan Daniel sama-sama terlopong mulut.


“Kak Han!!”Daniel dan Alias serentak menjerit.Grrr..aku bengang.Bengang.Hana buat muka evil.Sengihan jahatnya sengaja

dibiarkan.Keningnya dijungkitkan.


“Korang nak bagi kak Han main ke tak?”soal Hana.


“Yelah yelah..”Alias mendengus.”Nak main sangat.Mainlah.Kalau kitaorang terterajang kaki Kak Han tu,jangan nak menjerit pulak..”


Hana mencebik bibir.


“Main balik semula..”Hana bagi arahan.


“Alaa..”Dania merengek.”Dania dah nak masuk seratus dah ni..”


Alias dan Daniel sama-sama memandang Dania.


“Banyakcantik seratus.Kira pun tak pandai ada hati kata markah dia seratus..”


Dania jelir lidah.”Suka hatilah.Sibuk nape?Cakap ajelah yang abang tu dah kalah kat tangan Dania..”


Hana geleng kepalanya.Budak-budak ni kan?


“Dah dah!”Hana mencelah.”Cepat timbang.Sape markah banyak dia jalan..”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2010 08:54 AM | Show all posts

ZAKIF KELUAR DARIPADA bilik air.Sebelah tangannya mengosok-ngosok rambutnya yang basah itu.Zakif melihat ke sekeliling bilik.Tidak nampak kelibat Hana.Dia terus duduk di atas katil.


Tuala dicampakkan ke atas katil.Dia menuju ke meja solek.Melihat-lihat penampilan dirinya itu.Rambutnya yang panjang itu disisir dengan menggunakan jari-jemari.


‘Guna jari aje pun boleh kan Kif?’Zakif tersengih di depan cermin.Bagus betullah shampoo yang Hana pakai ni.

Jam digital di atas meja dicapai dan dipakainya.Tuala yang basah itu digantungkan.


We'll fly together free wherever you want (wherever you want)
Cause you're my everything (my everything)
Every single thing (every single thing)
Everything (oh oh oh oh oh)


Baru sahaja Zakif hendak melangkah,handphone di atas meja solek itu berbunyi.Pada mulanya,Zakif hendak membiarkan apabila deringan itu sudah terhenti.Namun,deringan itu berbunyi sekali lagi.Zakif kerut dahi.


Sape yang telefon?Beria-ria benar.


Zakif melangkah menuju ke handphone itu.Dikerlingnya sekilas nama pemanggil.


(@-@ ) calling.


Tiada nama pemanggil.Hanya itu yang tertera di skrin handphone.Tidak jadi Zakif hendak menekan butang hijau apabila nada dering itu terus mati dengan sendirinya.Handpone kembali diletakkan lalu dia melangkah keluar.








“GOYANGLAH KAK HAN..”beritahu Daniel.Kepalanya ditundukkan rapat ke atas lantai,untuk melihat samada tudung tin yang hendak dijentik Hana akan mengenai tudung tin lain ke tidak.

“Mana ada..”ujar Hana.Matanya tidak lepas memandang tudung tin.

“Goyanglah tadi.Kak Han ni main tipulah..”Daniel peluk tubuh.Masam mukanya.Hana angkat mukanya.

“Goyang ke?”soal Hana sambil tersengih.

“Goyanglah..”Alias pula menyampuk.”Dah dah.Turn Lias sekarang.Kak Han ni kalau main bukannya nak ingat kat orang lain.Dia ingat kita ni mozek ke apa..”

Hana mencebik.Pot pet pot pet aje kerjanya.Tudung tin diserahkan kepada Alias.Giliran Alias sekarang.

Alias merenung tudung tin di atas lantai.Mak aih..susahnya.Dahlah dekat-dekat pula tu.Hana dah tersengih jahat.Dia angkat-angkat keningnya.Hee..turn akulah pula lepas ni.

Pandangan Alias memandang Hana yang masih tersengih itu.Tahu sangatlah dia yang Hana sekarang tengah seronok sebab Alias konfem tak dapat nak gerak punya.Alias pandang tudung tin di atas lantai.Dia berpeluk tubuh.Macam mana aku nak buat ni?

Spontan mata Alias terpandang Zakif yang berdiri di muka pintu.Alias tersenyum.Dia angkat kening pada Hana.Sengihannya terus bertukar menjadi sengihan jahat.Perlahan-lahan sengihan Hana mati.Apa ke halnya budak ni sengih gaya evil macam tu?

“Abang Kif?Nak main tudung tin bang?”jerit Alias sedikit kuat.Zakif tersentak.Hana dah tergangga mulut.Tak sangka yang Zakif berada di situ.Zakif memandang mereka berempat yang sedang duduk di atas lantai.Langkahnya diatur menuju ke arah mereka.

“Meh bang..Meh.Duduk sebelah Kak Han..”ajak Alias.Sekali lagi mulut Hana tergangga.Aku sumbat juga tudung tin ni dalam mulut budak ni karang.Suka-suka hati aje ajak dia ni main.

“Main apa?”soal Zakif.Dia berdiri di belakang Hana.

“Tudung tin..”jawab Daniel.Dia mendongak memandang Zakif.

“Tudung tin?”Zakif kerut dahi.”Berapa orang main?”

“Dua orang aje.Kak Han lawan dengan Abang Lias.Dania dengan Daniel jadi pengadil aje”beritahu pula Dania.
Terangguk-angguk Zakif.

“Abang Kit duduklah.Lenguhlah tengkuk Dania.Abang Kit ni dahlah tinggi..”runggut Dania.Zakif tersengih.Dia terus duduk di sebelah Hana.

Hana gigit bibir.Grrr…punyalah luas beranda dekat rumah ni,sebelah aku juga yang dia nak menempel.Lututnya berlaga dengan lutut Zakif yang terdedah itu.

“Bang..bang..”Dania mendekatkan mulutnya ke telinga Daniel.

“Abang Kit dah tak cacak dah kan bang?”soal Dania.Daniel kerut dahi mendengar apa yang adiknya cakap.Aku tak berapa nak dengarlah apa yang Dania ni cakap.Pelat dia ni kadang-kadang tak hilang lagi.

“Eh..abang Kit kacak apa..”Daniel pandang adiknya itu.

“Pekak!”Dania tepuk dahinya.Lagi sekali dia merapatkan mulutnya ke telinga Daniel.

“Cacaklah..bukan kacak.Rambut Abang Kit tu dah tak cacak macam selalu kan?”

Ohhh..Daniel terangguk-angguk faham.Dia memandang rambut Zakif.A`ah.Dah tak cacak dah.

“Korang kutuk apa tu?”soal Alias.Ditepuknya bahu Daniel.

“Tu..”Daniel memuncungkan mulutnya pada Zakif.”Dania kata rambut Abang Kit dah tak cacak..”

Alias tersengih.Dania pun turut sama tersengih sebelum menjeling Daniel tajam.Orang bisik sebab tak nak bagi orang dengar,dia pula sengaja aje cakap sampai satu dunia ni dengar.

“Mana lagi hensem,cacak ke tak?”soal Alias.

Zakif gelengkan kepala apabila dirinya tiba-tiba menjadi topic perbualan.Hana peluk tubuh.Iskk..bila nak habis sembang pasal makhluk Allah ni?Dahlah jiwa raga aku terseksa duduk sebelah dia ni.Dia ni dalam rumah pun nak pakai minyak wangi ke?Wangi semerbak aje.Dahlah rambut tu bau shampoo aku.Sah sah dia curik shampoo aku tadi.

Dania dan Daniel sama-sama berfikir.Berkerut-kerut dahi mereka.

“Cacak lagi hensem..”ujar Dania.

“Taklah.Macam ni lagi hensem..”beritahu pula Daniel.

“Kak Han?Mana lagi hensem?Cacak ke tak?”soal Alias tiba-tiba.Pandangan matanya terancap pada Hana.Bukan setakat
Alias,malah Dania dan Daniel turut sama memandang Hana.Inginkan jawapan.

Hana teguk air liur.Apa ke halnya aku pula yang kena?Dikerlingnya Zakif sekilas yang sedang memusing-musingkan tudung tin.Nampak tenang sahaja raut wajah itu.

“Entah..”Hana jungkit bahu.”Botak lagi hensem kot..”selamba Hana cakap.

Erk!Tiga pasang mata pandang Hana tidak berkelip.Zakif yang mendengar mengulum senyuman kecil.
Seumur hidup aku,tak pernah pun aku bayangkan aku botak.Dia ni sampai dah fikir yang aku botak?

“Err..”Dania pandang Daniel.

“Teruknya taste Kak Han kan?”kutuk Dania.

Daniel angguk kepalanya.”A`ah.Teruk betullah.Ada ke botak?Kalau dia cakap rambut punk pun okey lagi.Ini botak…”

“Taste Kak Han memang teruk pun.Sebab tu sampai sekarang dia tak pandai masak..”Alias pula menyampuk.

“Lias!!”Hana dah terjerit.Bengang.Terbuntang biji matanya.Zakif disebelah memalingkan wajahnya.Cuba untuk mengawal ketawanya yang terasa nak terlepas.Ambik!Bila nak bercakap pakai main cakap aje.

Info pertama yang dia tahu pasal Hana.Tak pandai memasak rupa-rupanya.Macam manalah nanti aku nak hidup dengan dia ni?
Alias tarik sengih.Dania dan Daniel dah ketawa.

“Bila nak main ni?”soal Zakif.

“Abang Kif pandai main ke?”soal Alias pula.

Zakif gelengkan kepalanya.”Tak berapa nak pandai sangat.Lias ajarlah nanti..”

“Orait..”Alias angguk kepalanya.

“Kalau tak pandai main,tak payahlah main..”Hana bersuara.Eee dia ni kan?Pergilah masuk rumah,tengok tv ke,mop lantai
ke,jogging satu kampung ke.Ini mana aku ada dia mesti ada juga.

“Kenapa?”Zakif pandang Hana.”Takut kalah eh?”Senyuman sinis dah terukir di bibir Zakif.

“Mana ada!”Hana buat muka selamba.”Sikit pun tak heranlah..”Bongkak nada suara Hana.

“Kak Han nak main tak?Kalau takut cakap ajelah takut..”Alias pula menyampuk.

Ini lagi sorang.Kata aku takut.Muka aku nampak aku takut sangat ke?Sorry okay.Ini champion tudung tin tau.Diulang sekali lagi,champion tudung tin.Main permainan ni setakat pejam mata ajelah.

“Sape takut?”Hana berpeluk tubuh.”Sape kalah belanja makan aiskrim kelapa okay”Hana buat pertaruhan.

Alias mencebik.”Apa barang aiskrim kelapa.Kasi up choki-choki sebungkuslah..”

“Beres..”Hana angkat thumps up.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:33 AM | Show all posts
...kelakolah diorg nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060332 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list