CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

Ronaldo terus cetak gol

[Copy link]
Post time 26-2-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Ronaldo semakin menyesuaikan diri di Arab Saudi dan kini mengejar gelaran penjaring terbanyak.

LONDON: Cristiano Ronaldo meledak hatrik pada babak pertama buat Al-Nassr dan kini mengejar gelaran penjaring terbanyak liga.

Pemain berusia 38 tahun itu hanya memerlukan beberapa perlawanan untuk menyesuaikan diri di Arab Saudi dan kini semakin kerap menemui gawang.

Hatrik pada aksi semalam bermakna dia kini mencetak lapan gol dalam empat perlawanan terakhir.

Semua gol Ronaldo hadir pada babak pertama apabila dia mudah menguasai lawannya, Damac.

Gol pertama hadir daripada sepakan penalti selepas 18 minit permainan.

Bekas pemain Real Madrid itu menggandakan kelebihan Al-Nassr hasil sepakan kaki kiri lima minit kemudian.

Dia melengkapkan hatrik pada penghujung babak pertama menerusi serangan balas pantas Al-Nassr.

Awal bulan ini Ronaldo meledak empat gol menerusi persembahan menakjubkan di Al-Wehda.

Jaringan dibuat Ronaldo membawanya berkongsi kedudukan keempat terbanyak Pro League Arab Saudi.

Anderson Talisca mendahului dengan 13 gol daripada 15 penampilan ketika Ronaldo menjaringkan lapan gol dalam hanya lima perlawanan.

Al-Nassr kini dua mata mendahului Al-Ittihad di persada liga selepas 18 perlawanan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... ldo-terus-cetak-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list