|
PAS nampaknya dah tak pegang pintu syurga dan nampaknya perlu bersedia berlawan fatwa dengan geng ulama terbaru di Malaysia.
MUUUUU dari UMNO..Diminta mengulas tentang penubuhan Majlis Ulama Umno (MUU), Hadi berkata bahawa partinya perlu tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.
"MUU baru sahaja ditubuhkan. Baru tunjuk rangka. Dia buat apa pun kita tak tahu."Kita tengok dulu. Tunggu dan lihat. Tak boleh komen sekarang. Dia belum buat kertas lagi," katanya.
Mesyuarat pertama MUU diadakan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam. Mesyuarat selama dua jam itu dipengerusikan Dusuki Ahmad selaku pengerusinya dengan dibantu oleh bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Khairuddin Aman Razali.
Mengulas lanjut, Hadi berkata bahawa PAS adalah kumpulan Islam yang terbuka dan sentiasa memperjuangkan penyatuan ummah. "Kita pernah ajak ulama-ulama Umno bermuzakarah buka al-Quran dan hadis. Tapi, dulu kita ajak muzakarah mereka tidak mahu. "Yang sekarang ini tidak tahu kalau mereka nak datang muzakarah.
"Kita bersedia, buka al-Quran, pada yang asal kita ini untuk menyatukan ummah. Ini sangat penting," katanya. sumber: https://www.malaysiakini.com/news/656872
|
|