View: 404|Reply: 0
|
Azlan kekal berentap di ARRC
[Copy link]
|
|
AZLAN Shah Kamaruzaman. FOTO Luqman Hakim Zubir
Kuala Lumpur: Pelumba otai negara, Azlan Shah Kamaruzaman mengakui dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kariernya apabila mewakili pasukan ONEXOX BMW TKKR Team di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2023.
Pelumba berusia 38 tahun itu berkata, dia akan berusaha memberikan saingan sengit kepada pencabarnya kali ini dengan menggunakan jentera BMW model baharu.
Azlan Shah yang pernah meraih gelaran juara kelas perdana sebelum edisi 2019 iaitu SuperSports 600cc pada 2013 dan 2017 berkata, dia juga memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukannya sendiri AS25 Honda Racing Team di Kejuaraan Cub Prix Malaysia dalam kelas WIRA.
"Syukur pada tahun ini saya masih diberi mandat untuk berlumba lagi walaupun umur yang semakin menjelang 'maghrib'. Saya diberikan kepercayaan untuk berlumba di ARRC bersama pasukan ONEXOX TKKR dan saya masih menguruskan pasukan saya sendiri di Cub Prix untuk kelas WIRA.
"Ini adalah satu platform untuk saya mencungkil bakat muda untuk menjadi pelumba profesional pada satu hari nanti," kata Azlan yang pernah mewakili negara di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 secara musim penuh pada 2014 dan 2015.
Untuk rekod, pada musim lalu, Azlan Shah menamatkan kempen bagi kelas ASB1000cc ditangga ketujuh dengan mengumpul 82 mata.
"Setiap tahun, saya sangat positif. Walaupun ada sedikit kesukaran tetapi pada tahun ini, kita akan menggunakan jentera model baharu... M Spec.
"Jadi dengan model baharu ini, saya harap kita dapat memberi saingan lebih sengir di kelompok depan dan cuba bersaing mendapatkan gelaran keseluruhan," ujarnya.
Ujian rasmi pra musim 2023 dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand dari 21 hingga 22 Mac ini sebelum pusingan pertama membuka tirainya dua hari kemudian di litar sama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... al-berentap-di-arrc |
|
|
|
|
|
|
| |
|