Edited by dudaberhias at 15-3-2023 10:30 PM
Che Ta pindah ke banglo mewah RM10 juta
Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta baru-baru ini meraikan ulang tahunnya ke-50 pada 9 Mac yang lepas.
Lebih bermakna apabila Che Ta dan keluarga meraikan ulang tahunnya di kediaman baharu mereka yang bernilai hampir RM10 juta.
Menurutnya, banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya siap selepas empat tahun menanti selain mereka terpaksa menghadapi masalah kontraktor pembinaan yang tiba-tiba menghilangkan diri.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sikit wang Ringgit saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Gambar takde ye, kaka buka thread ni sebab nak porumer2 semua hapdet kejadian rhoper yistana kokdiang tu macam mana. Sekian. |