Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
60918
View
319
Reply

Amanah hartanah bumiputera

  [Copy link]

Author: aristotle85       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-11-2010 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by aristotle85 at 10-1-2011 12:32

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz RM1 bilion


2010/11/29KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.

Skim pelaburan itu yang dilancarkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.
"Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.

"Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB," katanya.

Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.

Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.

"Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan," katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.
Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang.  - BERNAMA

Atas cdangan en queenhua, aku dh wat summary based on pe yg aku bce dr 1st page smpai abis...kalo ade pe2 yg aku summarize ni slh....tlg bgtau aku

  • untuk bumiputra sahaja
  • syariah compliance
  • seelok2nye ade akaun maybank utk bkak akaun AHB ni sb kalau pkai akaun bank lain, mse dpt dividen nnti kene caj
  • walk in ke kaunter maybank jek utk bkak akaun AHB ni
  • initial investment = RM 500
  • dividen = min 6% setahun
  • dividen dibayar 2x setahun - terus dikreditkan dlm akaun
  • dividen akan ditolak zakat siap2
  • bookless - statement by pos akan dihantar 2x setaun (masa dpt dividen)
  • bole topup duit tp dlm gandaan ratus (cth RM 100, RM 200. tak boleh masuk RM 50, RM 70)
  • pengeluaran bole dibuat skali sebulan je - min RM 500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 10:58 PM | Show all posts
mcm best...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:12 AM | Show all posts
salam semua..

tu arr pasall..
mmg menarikk..sedang mencari info gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 10:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by queenhua at 30-11-2010 10:14

Kalau nak info yg lebih, boleh melawat mana2 Maybank untuk collect brochure dan prospectus..

in short, skim ni mcm ASB which untuk bumi dan skim ini juga syariah-compliance. Backed by property asset which was acquired by PHB.

Dividen akan dibayar 2 kali setahun, dikreditkan terus dlm bank account..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 11:36 AM | Show all posts
maknanya kna ada account maybank la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 12:39 PM | Show all posts
Reply 5# cubbeey

Tak semestinya.. cuma kalau ada akaun maybank lg senang la.. kalau akaun bank lain nanti adala servis chargenya..

ni FAQ untuk AHB

http://www.phb.com.my/eng/ahbfaq2.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 12:56 PM | Show all posts
Reply 6# queenhua

ic.ic...tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:20 PM | Show all posts
Apa aset hartanah PNB ekkkk...

1. Menara PNB
2. Menara TIMA
3.
4.
5.
6.

boleh sesapa cuba listingkan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:34 PM | Show all posts
Thank you for the info
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by queenhua at 30-11-2010 15:11

Reply 8# amirul_nazri


PNB:

Bangunan PNB kat Jalan Tun Razak, Bangunan PNB Damansara, Setia 2 or Setia 1 (not sure which one) Damansara jugak...

but then PNB dan PHB 2 entiti yg berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:52 PM | Show all posts
pada pendapat aku, skim ini adalah satu peluang utk orang2 berada spt datok2 & anak datok yg mampu nak beli hartanah komersil di KL ni

p/s: gud luck bumi putra semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 11:40 PM | Show all posts
great...kena beli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:25 AM | Show all posts
Mana lagi untung, melabur dalam ASB atau AHB ni yek? Need advise please.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 11:56 AM | Show all posts
Reply  amirul_nazri


PNB:

Bangunan PNB kat Jalan Tun Razak, Bangunan PNB Damansara, Setia 2  ...
queenhua Post at 30-11-2010 15:07



    tgk prospectus dia...

1. 3c4 putrajaya
2. CP tower
3. Logistic warehouse
4. Tesco Setia Alam
5. Wisma Consplant
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:58 PM | Show all posts
aku x paham..apa yg kita dpt selain dividen? hartanah ape yg kita boleh dpt & mcm mn plak boleh dpt hartanah...x paham aku....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 02:16 PM | Show all posts
Aku berpandangan..sistem ini diwujudkan bagi memboleh bumiputera memliki hartanah di kawasan yang strategik....duit yang terkumpul ini akan digunakan sebagai modal untuk membina hartanah bernilai tinggi.... hasilnya nanti kita bumitera kan untung melalui dividen.. memang kita tak mampu untuk memiliki hartanah dibandaraya..tetapi dengan duit yang terkumpul membolehkan kita juga ada bangunan sendiri di KL sebagai contohnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 02:40 PM | Show all posts
yang ni macam REIT (real estate investment trust) kan?
serupa gak cam unit trust tapi this one invested kat property.
the dividend maybe dapat dari rental income & harga hartanah berkenaan..

anibodi care to clarify pls
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 04:16 PM | Show all posts
Reply 17# rhae

Yup.. dia mcm REIT.. cumanya REIT tak boleh fixed kan price RM1.. oleh sebab itu SC advised to change it to unit trust.

Dividen akan dapat dr rental building2 yg ada dlm portfolio PHB.. size fund akan bertambah bila PHB inject new building dlm fund tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 04:18 PM | Show all posts
Reply 16# tempur


ye betul tu... tujuan PHB ditubuhkan pun untuk meningkatkan pemilikan bumiputera dalam hartanah komersil di bandar2 utama di Msia... so bukan takat kat KL saja.. mungkin akan berkembang ke Penang dan JB.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:23 AM | Show all posts
Reply 13# mamahuda


pasal untung tk boleh nk ckp sangatla
tapi hatini berat  rasa yg asb tetap give higher div
tapi yg ahb nih kena cepat sbb peruntukan hanya 1 bil
kalo habis....tk daptla....
sdgkan asb sentiasa ada tuk every bumi rm200k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086718s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list