CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aristotle85

Amanah hartanah bumiputera

  [Copy link]
Post time 11-4-2011 04:57 PM | Show all posts
ada hint tak agak2 brapa % dividen 1st time ni?

dah tak sabar nunggu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 12:28 PM | Show all posts
ikut maybank tu juga... tak semua cawangan maybank dah abis...

sebelum nak pergi maybank, cu ...
girlphg Post at 8-4-2011 16:19


Minggu lepas aku cuba nasib, saja try call Maybank Center, Kulim..minah tu cakap..try la masuk dulu, kot-kot boleh submit.
So, Jumaat lepas aku pun isi borang dan letak RM10K, masuk tak masuk belakang kira, janji cuba dulu.
Lepas tunggu dekat 15 min, akhirnya aku berjaya submit application sebanyak RM10K dalam AHB ... aik boleh la pulak...
Takde dengar diaorang cakap apa-apa masalah pun... hmmm... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 10:12 PM | Show all posts
Reply 242# Abg_Naz

Units tu floating.. so kalo dalam masa tu ada orang jual, so boleh la kita beli.. tapi kalo takde org jual, kira xde unit la..

Esok announce dividen wei...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:05 AM | Show all posts
wah esok announcement dividen ke
tunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:18 AM | Show all posts
ari ni la tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by queenhua at 14-4-2011 11:50

Dividen 2.17 for the first quarter.. kalo nak yearly 2.17/4 x 12 = 6.5% (kira2 kasar aaa.. tatau aaa kot prestasi meningkat/menurun pasni )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 246# queenhua


    eh, dah annouce ek?katne ek?dlm web phb blom ada pun. ke sumber dalaman ni?hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by queenhua at 14-4-2011 11:53

Reply 247# cubbeey


    dah ada press conference pagi ni.. oarng yg attend press conference la yg bgtau   maybe malam ni br masuk news la kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 02:16 PM | Show all posts
adeh sikit sgt ni...  
kalu gitu lebih baik la asb, at least 8%...

dividen debit terus masuk akaun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:06 AM | Show all posts
Reply 249# garlicOil


    aah, kalau ikut statement kat paper, dividen akan dikreditkan ke akaun savings isnin minggu depan...2.17% untuk 4 bulan,mmm berbaloi ke pada yg dah buat loan?ke ngam2 leh cover loan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:28 AM | Show all posts
lepas ni, ramai la kot yg pull out dari ahb ni. so, byk la unit yg floating kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:27 AM | Show all posts
apsal thread ni senyap jek, padahal dividen dah umum dalam paper
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:05 PM | Show all posts
senyap sbb div blum kredit dlm akaun kot...
camner depa nak beat at least 12% div per year mcm yg diwar2 dulu

fund manager kene keje kerasla kan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:08 PM | Show all posts
nak pull out ke, stay.... ada suggestion? currently not meet the expectation ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:09 PM | Show all posts
AHB beri dividen 2.17 sen seunit

Oleh FAIRUS KASSIM
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Dana unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan agihan pendapatan pertama yang menarik sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir 31 Mac lalu.

AHB yang menawarkan dana berjumlah RM1 bilion sebelum ini telah habis dilanggan dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan.

Jumlah agihan AHB itu mewakili pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus sekiranya berdasarkan penanda aras 12-bulan Akaun-i Pelaburan Am Maybank Islamic Bhd..

Pengarah Urusan Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB), Datuk Kamalul Arifin Othman berkata pengagihan itu melibatkan pembayaran RM19 juta yang akan dikreditkan terus kepada 60,000 pemegang unit amanah pada 18 April ini.

''Berdasarkan pertumbuhan nilai hartanah semasa, kami akan mengekalkan momentum pengagihan pendapatan untuk pengagihan seterusnya apabila tempoh berakhir 30 September depan.

''Kami merancang menambah saiz dana sebanyak RM500 juta unit lagi pada suku keempat tahun ini.

"Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga hartanah yang akan dimasukkan ke pelaburan AHB dalam masa terdekat pada November ini, '' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman pengagihan pendapatan pertama AHB, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Mayban Investment Management Sdn. Bhd., Nor' Azamin Salleh.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini mempunyai simpanan tanah sebanyak 60.7 hektar dan merancang menambahnya dengan membeli hartanah di kawasan-kawasan utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Iskandar Malaysia.

Katanya, PHB akan menggunakan pendekatan membangunkan sendiri hartanah miliknya bagi meningkatkan margin keuntungan kepada pemegang unit amanah.

''Pelaburan kami tertumpu kepada kawasan komersial bernilai tinggi kerana pada peringkat awal PHB harus mencari pelaburan yang mendatangkan keuntungan dalam tempoh jangka pendek.

''Antara projek yang sedang dilaksanakan adalah New Central terletak di KL Sentral dan dijadualkan siap akhir tahun depan. Selain itu PHB juga mempunyai projek usahasama dengan MRCB di Pulau Pinang melibatkan pembinaan Penang Sentral,'' jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PHB menambah, pelaburan hartanah merupakan peluang terbaik kepada golongan Bumiputera menambah pendapatan tahunan mereka.

"Nilai hartanah di kawasan utama meningkat 50 hingga 100 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas dibeli,''ujarnya.

Tambah beliau lagi, AHB yang ditubuhkan kerajaan untuk meningkatkan pegangan hartanah oleh bumiputera, telah mencapai matlamatnya apabila hampir 70 peratus pemegang unit melabur antara RM500 hingga RM1,000.

"Sarawak merupakan negeri ketiga terbesar pelabur AHB dikuti Sabah dengan peratusan sebanyak 10.5 peratus dan 8.5 peratus. Peneraju adalah Selangor diikuti Wilayah Persekutuan,'' katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:10 PM | Show all posts
18 april, senin ni duit masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 12:11 PM | Show all posts
Reply 253# garlicOil

rasanya mmg dari awal lg dah dibgtau expected dividend is 6% p.a. cuma pengumuman dividen tu dibuat 2 kali setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:15 PM | Show all posts
Hmm...kalau masuk 10K...dividen 2.17%.... berapa ye..? RM27 ? RM270 ? atau RM2.70 je ... Aku ni lemau sungguh matematik ...isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:10 PM | Show all posts
6.5%  lebih kurang macam REIT lain punya dividen la .. mostly around 7%.. tapi property mmg long term investment. Lagipun baru 4 bulan dah dapat dividen that much, okay la for me..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply 258# Abg_Naz


    masuk 10k dapat rm217 aaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.859793 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list