CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8260|Reply: 0

THT, NS lakar kejuaraan 'treble'

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) menjulang Piala TNB 2023 selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan keputusan 2-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemain import dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun muncul wira Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila meledak gol kemenangan bagi membantu pasukan itu menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 dalam aksi final Piala TNB, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan THT menyapu bersih semua trofi saingan musim ini selepas turut muncul juara Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL).

Terdahulu, aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan THT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Faizal Saari pada minit ke-20 sebelum TNB bangkit menyamakan kedudukan melalui Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal minit ke-43.

Bagaimanapun, THT yang dibimbing Seo Jongho mengesahkan kemenangan menerusi jaringan kedua daripada Jong Hyun yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada suku terakhir permainan.


Maybank menamatkan saingan Piala TNB di tempat ketiga selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas UiTM HA-KPT dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung petang tadi.

Sementara itu, saingan wanita pula menyaksikan Negeri Sembilan (NS) turut merangkul gelaran treble selepas muncul juara Piala Vivian May Soars dengan menewaskan KPT-Uniten Thunderbolt 3-2 menerusi penentuan shootout selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Negeri Sembilan sebelum ini turut memenangi Piala Sumbangsih sebelum meraih kejuaraan berganda dengan mengungguli saingan liga sekali gus mencatat sejarah tersendiri selaku pasukan wanita pertama meraih tiga kejuaraan dalam satu musim.

Lebih manis, kemenangan ke atas KPT turut mengakhiri dominasi pasukan itu yang telah menjulang trofi sama untuk tiga musim berturut-turut.

Tempat ketiga Piala Vivian May Soars menjadi milik Ladies Hockey Team Terengganu (TLHT) selepas menundukkan Young Tigress 4-2 menerusi penentuan shootout selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

https://www.bharian.com.my/sukan ... ar-kejuaraan-treble
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list