CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155468|Reply: 2485

Piala Suzuki AFF-Final 26/12/2010 di Bukit Jalil!! (update Malaysia 3 - Indon 0)

   Close [Copy link]
Post time 30-11-2010 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Muntz at 26-12-2010 21:35

Amri terkejut dapat panggilan

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/11/30





SKUAD bola sepak negara bergambar kumpulan di Balai Perlepasan KLIA sebelum berangkat ke Jakarta bagi membawa cabaran negara dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF, semalam.


‘Selama ini saya tidak jangka akan dipanggil sertai skuad kebangsaan'


SEJAK sekian lama diketepikan oleh K Rajagobal, pemain tengah, Mohd Amri Yahyah sudah beranggapan bahawa kerjayanya sebagai pemain kebangsaan sudah terkubur begitu saja.

Namun, panggilan mengejut Sabtu lalu mengubah segala-galanya apabila kapten Selangor itu mendapati dirinya tersenarai dalam skuad akhir 22 pemain ke Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) merebut Piala Suzuki di Indonesia, bermula esok.


Pemain berusia 29 tahun kelahiran Tanjung Karang itu tidak berada dalam senarai awal 30 pemain tetapi memanfaatkan kesempatan yang diberi ekoran musibah kecederaan melanda beberapa tonggak yang menyaksikan mereka diketepikan bagi Piala AFF dan Sukan Asia sebelum ini.

“Saya terkejut mendapat panggilan Sabtu lalu. Selama ini saya tidak jangka akan mendapat panggilan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Kali terakhir saya bermain buat pasukan kebangsaan sebelum ini adalah ketika menentang Uzbekistan,” katanya sebelum berlepas bersama rakan ke Jakarta, semalam.

Perlawanan menentang Uzbekistan pada kelayakan Piala Asia 2011 pada pertengahan November tahun lalu itu adalah penampilan terakhir Amri buat pasukan kebangsaan, namun kelibat Amri kembali menjadi sebut-sebutan selepas meledakkan dua gol cantik ketika gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United bertandang ke tanah air tiga bulan sebelum itu.

Kecederaan yang melanda pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan S Chanturu sewaktu kempen membanggakan Malaysia pada Sukan Asia di Guangzhou di samping ketiadaan dua kembar Abd Radzak, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan serta pemain tengah inspirasi, Baddrol Bakhtiar, menyaksikan tanggungjawab berat terletak pada Amri mengemudi barisan gabungan pemain muda dan lama.


INFO

Skuad negara

Penjaga gol:
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Sharbinee Allawee

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mat Sabre Abu, Mohd Faizal Muhamad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Khairul Helmi Johari, Asraruddin Putra Omar, Mohd Razman Roslan

Tengah: Amar Rohidan, K Gurusamy, Safiq Rahim, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri, Mohd Amirulhadi Zainal, S Kunanlan, Ashaari Shamsuddin, Faizal Abu Bakar

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Izzaq Faris Ramlan


JADUAL

Kumpulan A


1 Disember - Malaysia mln Indonesia
4 Disember - Malaysia mln Thailand
7 Disember - Malaysia mln Laos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2010 01:52 PM | Show all posts
Jangan layan provokasi
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



pemain skuad bola sepak Malaysia serta pegawai sebelum berlepas ke Jakarta untuk menyertai saingan bola sepak Piala Suzuki AFF dari KLIA, Sepang semalam. – UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH





SEPANG – Jurulatih K. Rajagobal mengingatkan pemain supaya tidak melayan provokasi penyokong fanatik pasukan tuan rumah, Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, esok.

Sebaliknya, Rajagobal menggesa pemain agar memberi fokus kepada permainan, dalam usaha memburu kemenangan pertama sebelum bertemu juara tiga kali, Thailand dan Laos pada dua perlawanan berikutnya.

‘‘Jika pemain gagal mengawal tekanan yang akan diberikan oleh penyokong pasukan tuan rumah, saya bimbang mereka boleh hilang tumpuan, seterusnya melakukan kesilapan mudah yang mungkin memberi ruang kepada lawan menjaringkan gol.

‘‘Sebenarnya itulah yang dimahukan oleh penyokong lawan. Oleh itu, saya harap para pemain menampilkan aksi seratus peratus dalam 90 minit aksi, jangan ambil kisah dengan ejekan atau provokasi penyokong lawan, ’’ kata Rajagobal yang ditemui di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Jakarta, semalam.

Sokongan padu para penyokong Indonesia boleh menjadi senjata tambahan buat skuad Garuda itu untuk memburu kemenangan ke atas Malaysia.

Ini ditambah hubungan kedua negara yang sedikit tegang beberapa bulan lalu, mungkin mendorong penonton tuan rumah lebih beremosi dalam perlawanan itu nanti.

Lantaran itu, pemain Malaysia harus memperkuatkan ketahanan mental menghadapi kerenah penyokong Indonesia, jika berhasrat mengutip tiga mata dalam pertemuan sulung Kumpulan A, dan seterusnya membuka langkah ke separuh akhir.

Bercerita mengenai peluang skuad negara, Rajagobal lebih selesa jika mereka dilabelkan dengan status underdog sambil menyifatkan kelebihan banyak berpihak kepada tuan rumah.

‘‘Dalam mana-mana kejohanan, sudah tentu pasukan tuan rumah mendapat sedikit kelebihan.

“Namun, itu tidak menggusarkan saya kerana yakin dengan kemampuan semua pemain, selagi mereka bermain mengikut arahan yang diberikan, ’’ katanya.

Nada Rajagobal begitu yakin, walaupun skuad yang terbang ke Jakarta semalam, sedikit tempang tanpa beberapa pemain utama.
Antaranya Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha, Baddrol Bakhtiar, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd. Nasriq Baharom dan Azmi Muslim.

Ia ditambah dengan faktor kehadiran saat akhir ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah mampu menambah sengatan di bahagian serangan.

‘‘Saya terfikir mahu mengambil Amri selepas melihatkan aksinya ketika perlawanan persahabatan berdepan Selangor pada Jumaat lepas. Dia adalah seorang pemain yang saya amat perlukan di dalam pasukan ini, kerana mampu bertindak sebagai perancang dan membuka serangan.

‘‘Skuad ini sudah ramai pemain muda seperti Izzaq Faris Ramlan dan Faizal Abu Bakar. Oleh itu, kehadiran Amri amat diperlukan bagi mengimbangi skuad ini. Harus diingat, semua negara pada kejohanan ini kebanyakannya menampilkan pemain senior. Jadi amat penting kita membawa masuk pemain seperti Amri.

‘‘Sasaran ke separuh akhir tidak mustahil jika kita berjaya menampilkan aksi yang baik ketika bertemu Indonesia dan Thailand,’’ katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 01:53 PM | Show all posts
Amri, Safee sedia gempur tuan rumah

PEMAIN skuad bola sepak negara berbaris ketika pemeriksaan bagasi sebelum berangkat ke Jakarta untuk menyertai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF dari KLIA, Sepang semalam.





SEPANG - Beberapa hari sebelum pengumuman senarai akhir 22 pemain ke Piala Suzuki AFF, nama ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah langsung tidak kedengaran untuk terpilih ke Jakarta.


Tambahan pula dia tidak berada dalam perancangan awal jurulatih K. Rajagobal bagi menggantikan tiga pemain yang cedera ketika Sukan Asia XVI iaitu Indra Putra Mahayuddin, A. Thamil Arasu dan Mohd. Razman Roslan.

Bagaimanapun, rezeki berpihak kepadanya setelah mempamer aksi mantap ketika perlawanan persahabatan Selangor dan pasukan kebangsaan, yang memikat hati Rajagobal untuk menyerapkan khidmatnya.

Justeru itu, Amri, yang kali terakhir menyarung jersi kebangsaan pada perlawanan 18 November lalu ketika Malaysia tewas 1-3 kepada Uzbekistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia, berjanji akan cuba memenuhi harapan Rajagobal yang dipertaruhkan ke atas dirinya.

''Memang terkejut kerana sehari selepas perlawanan persahabatan itu, Rajagobal telah memanggil saya dan mahu saya melaporkan diri ke Wisma FAM.

''Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada beliau kerana masih percayakan kepada keupayaan saya. Saya kini sudah bersedia membantu skuad negara melangkah jauh pada kejohanan Piala Suzuki AFF dan menjuarai trofi buat kali pertama, '' katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Walaupun hanya menjalani latihan sehari bersama skuad kebangsaan, Amri berkata, ia tidak menjalani masalah buat dirinya, kerana telah mengenali kebanyakan pemain dan boleh menyesuaikan diri secepat mungkin.

''Saya juga mungkin boleh memberikan sedikit tip atau nasihat kepada pemain muda ketika berhadapan dengan skuad tuan rumah, kerana kali terakhir Malaysia beraksi di sana pada tahun 2004 di pentas separuh akhir AFF, saya ada beraksi di sana.
''Saya lihat pemain muda dalam skuad sekarang begitu bersemangat dan itu menambahkan keyakinan saya bahawa kita boleh mencapai keputusan positif di Jakarta nanti, '' katanya.

Dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno pada enam tahun lalu, Malaysia menang 2-1 hasil dua jaringan Liew Kit Kong, tetapi tewas 1-4 dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, penyerang Selangor, Safee Sali berkata, dia bersedia menjadi penggerak jentera serangan negara, jika mendapat kepercayaan Rajagobal untuk berada di dalam kesebelasan utama.

''Semangat saya begitu berkobar-kobar selepas tidak beraksi pada Sukan Asia dan inilah medan buat saya menebus kehampaan dengan menjuarai trofi sulung Piala Suzuki AFF buat negara, '' katanya.

Dijangka akan bergandingan bersama Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan, Safee berhasrat mahu menjaringkan gol dalam tiga perlawanan yang akan dilalui oleh skuad negara.

''Kalau boleh, saya mahu bantu skuad negara dengan menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan atau membuka ruang kepada rakan sepasukan mendapatkan jaringan, '' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:53 PM | Show all posts
susah ni nak menang..dah la byk player injured..indon pun byk player import skang..mamat uruguay dgn belanda..penyokong indon kompem cam haram punya..apapun forza malaysia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 01:54 PM | Show all posts
Tak gentar Indonesia guna import

SEPANG - Biarpun kelibat penyerang berbahaya Indonesia, Boas Salossa telah digugurkan oleh jurulatih, Alfred Riedl atas masalah disiplin, skuad Garuda masih mempunyai rahsia sulit untuk berhadapan Malaysia, esok.

Pemain yang dimaksudkan ialah Cristian Gonzales, penyerang berasal dari Uruguay yang baru sahaja diserapkan ke dalam skuad kebangsaan Indonesia, selepas mendapat taraf kerakyatan pada 1 November lalu.

Pemain yang beraksi tujuh tahun dalam Liga Indonesia dan kini bersama kelab Persib Bandung, Gonzales jelas mampu memberikan ancaman tambahan kepada pertahanan Malaysia, selain kehadiran penyerang veteran, Bambang Pamungkas.

Namun, jurulatih K. Rajagobal tidak gusar dengan kehadiran penyerang setinggi 1.7 meter itu, yang menjaringkan 32 gol musim lalu.

''Adakah perlu saya berasa takut kepada pasukan Indonesia hanya kerana dia seorang? Saya rasa tidak perlu, kerana permainan bola sepak bergantung kepada kemampuan 11 pemain, bukannya terletak pada seorang pemain sahaja.

''Mereka juga ada kelemahan yang mungkin kita boleh dieksploitasi. Apa paling penting kita kena yakin dengan kemampuan sendiri.

''Apa yang saya mahu fikirkan adalah mengenai strategi pasukan ini daripada terlalu memikirkan bagaimana aksi Gonzales, '' katanya.

Rajagobal berkata, pertahanannnya tidak akan memberikan tumpuan khusus kepada Gonzales, sebaliknya menyifatkan semua pemain Indonesia mampu memberi ancaman.

''Para pemain saya sudah bersedia menangkis serangan bukan daripada Gonzales sahaja, tetapi semua pemain mereka yang mara ke kubu kami.

''Kami akan beraksi seperti biasa dan tidak mahu berasa tertekan kerana tekanan sebenarnya lebih terbeban kepada tuan rumah dalam memenuhi harapan penyokong mereka,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:56 PM | Show all posts
mm,,susah nak menang ngan indon kali nie,,sebab ramai pemain utama yg injured...yg bawak pulak byk budak2 backup.....amri ni bawak masuk ok gak...tak leh aa player indon tu nak ngan bebas nye speaking jawa masa game...sebab amri pun boleh speaking gak,,,hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2010 01:56 PM | Show all posts
import berbatov la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:58 PM | Show all posts
indon pun dah cam s'pore, bawak import bagi karakyatan........

kalau la marlon main kat s'pore, boleh la nampak kelibat dia.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 7# satusembilan

dgr cite byak mamat tu score aritu....
mmg elok sgt la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 01:59 PM | Show all posts
geng bendera musti tgh tunggu org m'sia.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:00 PM | Show all posts
malaysia la hebat...... pernah kalahkan korea selatan................... duluuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:14 PM | Show all posts
Amrey YAHyah toure....leh x tlg score cm Vs Man U aritu...leh x??plzzz....ktwg nk sgt hendon2 buluh rncing kek sno menggelupur tgk gol shantek d alam fana ini...plzzz hamrey...go go go...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 02:16 PM | Show all posts
penah jugak menang... daripada tak penah menang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:04 PM | Show all posts
good luck.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:08 PM | Show all posts
hantar team bola mesia ke indon cam hantar askar pbb ke bosnia je
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:10 PM | Show all posts
piala mishubitshi takde ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 03:13 PM | Show all posts
KOMEN Figure_return

Tak ada apa yang patut dirisaukan sangat tentang team Indonesia ni. Walaupun mereka ada Gonzales pemain Uruguay tu, yakin bahawa keupayaan pemain itu tak jauh beza sangat dengan player2 indonesia yang lain.

Dulu masa semifinal tahun 2004 kat Jakarta, macam ni jgk la harapan orang malaysia, kata kita takboleh menang dengan indonesia. Sekali malaysia buat upset menang 2-1. Terdiam fans indonesia waktu tu. Tapi macam biasa, dorang takkan diam saje2, lepas game habis rusuhan berlaku. Sampai sorang fans malaysia berdarah kat dahi kena balingan objek dari fans indonesia.

So harap kalau fans malaysia yang pergi ke jakarta nak tonton game ni, berhati-hati la, kalau nak jalan, jalan ler dgn berkumpulan, jgn sorang2.. karang tak pasal2 kena taro kat situ. fans indonesia ni bukan betul sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:19 PM | Show all posts
kene gangyang laaaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:23 PM | Show all posts
kumpulan tough neh ada indon n thailand
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:25 PM | Show all posts
esok pukul brape ar live kat astro?
espn or star sport?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067477 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list