CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20560|Reply: 97

PIALA SUZUKI AFF 2010.

[Copy link]
Post time 30-11-2010 02:45 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum, aku tauw ramai yg semangat kendur bila tgk malaysia kalah aritu

takpa, saja je bukak utk piala AFF nie.

di bawah , jadual nooo....


Indonesia vs Malaysia
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

Thailand vs Laos
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta

4 Disember

Thailand vs Malaysia
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta

Indonesia vs Laos
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

7 Dismber

Malaysia vs Laos
7.30 mlm

Jakabaring Stadium,Palembang



Indonesia vs Thailand
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 05:55 PM | Show all posts
Malaysia Team

After their success in last year's South-East Asian Games, Malaysia arelikely to pin their hopes largely on the young guns for the 2010 AFFSuzuki Cup.

National coach K. Rajagopal, who guided the team to victory in the SEAGames which is restricted to players aged under 23, believes theyoungsters can hold their own at the senior level and make a strongchallenge for the title in two years time.

Several more established players will likely bolster the squad for the2010 AFF Suzuki Cup as Malaysia bid for their first triumph in thetournament.

Their best performance to date was in 1996 when they went down 1-0 to Thailand in the inaugural final.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:55 AM | Show all posts
jaga jaga dia ni



christian gonzalez - nama islam mustafa habibib
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 11:25 AM | Show all posts
Nak beri pendapat, sebagai peminat bolasepak aku rasa apa yg K.Rajagopal buat nie betul. Dia buat team around player2 yg muda. Aku rasa dia ada reason dia sendiri. Kalo korang tgk cara team Malaysia main skang ada beza skit daripada yg dulu2. Ini cuma pendapat ok :
1. Pertama yg aku perasan cara diorg passing dah lain, diorg tak main long ball sgt. More short and direct passing. Player mcm Nasriq and Gurusamy lebih byk wat short and direct passing.
2. Striker/attacking mildfielder  kita yg laju2...contoh diorg guna Zaquan/badrol bakhtiar/Talha or Safiee Ali (antaranya laaa....)
3. Defender yg bijak skit.....kalo korang pasan 2-3 tahun lepas, defender kita asyik ler clear bola ke tepi...ke tengah....!!! tak da pun try nak launch counter attack. Skang nie aku tgk si Aidil nie kira bijak skitlaa...dia agak berhati2 nak clear bola (sayang tak main pula dgn kembarnya)
4. Semangat diorg agak lain skit. Lebih bersemangat laaa aku tgk

Walaupun pasukan kali nie tempang tanpa pemain2 yg regular. Aku rasa Malaysia still ada peluang. Rata2 saiz badan, teknik dan taktik kita tak jauh sgt dgn pasukan lain. Yg penting mentaliti pemain kena kuat. Go...Malaysia.!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 12:28 PM | Show all posts
Reply 3# lordvoldemort
player negara mana? singapore?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2010 12:28 PM | Show all posts
Reply 4# mertzxx
yup, aku harap lepas nie makin lama makin lain laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 01:00 PM | Show all posts
Reply 6# ussopp



    Harap2 laaa bro. Christian Gonzalez tue player dari Uruguay dah dapat passport main utk Indonesia. Lagi sorang kalo tak silap player dari Holland, Indonesia amek main utk Piala Suzuki nie. Singapura dah tentu laaa....ramai btol pemain importnya. Sampai dah lupa nama2 diorg....kekkekeke. Yang paling menarik skang nie ialah Filipina (tak sure layak tak masuk ke Piala Suzuki) utk pengetahuan semua negara mcm Brunei, Filipina, Timor leste dan sebagainya kena main pusingan kelayakan dulu kalo lepas baru masuk undian utama. Yang menarik  Filipina skang nie....dulu diorg ada adik beradik Younghusband ex-chelsea player (youth and reserve team) main utk diorg. masa main dulu muda belia lagi 19/20 tahun. Skang nie dah matang. Kalo tak silap ada 2-3 player lagi yg ada kaitan parents/grandparents diorg from Filipina akan diambil main. So, tunggukan kejutan mereka !!!
 Last week, Abu Bakar Atan dlm buletin TV3 ada mention sorang player Australia (parents from Malaysia) main kat A-League sana yg sanggup main utk Malasyia. Rasanya dlm thread lain pun ada mention benda nie. Tapi mcm biasa FAM tak awat apa2 tindakan. Majulah bolasepak negaraku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by LimaWira at 1-12-2010 13:15

Safiq Janji Kawal Emosi

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my




KUALA LUMPUR - ''Selaku ketua pasukan, saya berjanji akan cuba mengawal emosi saya pada perlawanan berdepan Indonesia dan berharap tragedi di Guangzhou, China tidak akan berulang''.

Itu azam ketua pasukan Malaysia, Safiq Rahim sebelum turun berjuang bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF, hari ini.

Walaupun Safiq wajar tidak dipersalahkan atas insiden kad merah ketika berdepan dengan China, pemain tengah Selangor itu mengakui ketika berdepan dengan skuad tuan rumah, pelbagai keputusan kontroversi boleh dilakukan oleh pengadil kerana berdepan tekanan penyokong.

Justeru itu, Safiq yang akan memakai lilitan kapten sekali lagiberazam akan bersikap lebih tenang jika berhadapan situasi tegang supaya tidak menjejaskan tumpuan pasukan dan perancangan taktikal juru latih.

''Apa yang paling penting buat saya selaku ketua pasukan, saya perlu memperkuatkan mental dan tidak hilang konsentrasi supaya kami semua boleh beraksi sebagai satu unit esok (hari ini),


''Bertemu Indonesia, kami semua tahu tiada layanan istimewa akandiberikan oleh para penyokongnya kerana mereka semua sudah tentu mengenakan tekanan berganda semasa kami sedang memegang bola.

''Saya akan memberikan peringatan kepada rakan-rakan agar menumpukantaktikal permainan dan tidak menghiraukan segala cemuhan atau ejekan para penyokong Indonesia, apa yang penting adalah mengutip kemenangan pada perlawanan pertama,'' jelasnya bersemangat.

Pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Sukan Asia, SafiqRahim menjadi mangsa mutu pengadilan yang lemah oleh pengadil Australia, Ben Williams. Dia dibuang padang selepas bertanyakan pengadil mengenai pemberian kad merah kepada seorang lagi pemain, Mahalli Jasuli.

Selain itu, Safiq secara jujur mengakui motivasinya kini adalah mahu mencipta sejarah membantu Malaysia membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah penganjuran 14 tahun lalu.

''Tiada apa yang mustahil, jika tahun lalu kami semua menidakkan ramalan semua pihak dengan membawa pulang pingat emas di Sukan SEA Laos selepas 20 tahun, kali ini kami semua mahu mencipta satu lagi sejarah baru dalam arena bola sepak negara.

''Tiada tekanan buat saya dan rakan-rakan, walaupun tahu Thailanddan Indonesia merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan ini kerana kami tahu bagaimana tahap kekuatan sebenar pasukan ini mampu menewaskan kedua-dua pasukan itu.

''Sasaran pertama adalah membawa Malaysia ke separuh akhir terlebih dahulu dan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana para peminat skuad negara boleh turun memberi sokongan padu kepada kami, ''ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 04:52 PM | Show all posts
ni link rasmi:  http://www.affsuzukicup.com/
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 07:23 PM | Show all posts
SENARAI PEMAIN NEGARA
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee
Pertahanan: Mahalli Jasuli, Mohd. Razman Roslan, Mohd. Sabre Mat Abu, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Asraruddin Putra Omar, Mohd. Faizal Mohammad
Tengah: Safiq Rahim, Mohd. Amri Yahyah, K. Gurusamy, Amar Rohidan, Khyril Muhymeen, Mohd. Amirul Hadi Zainal, S.Kunanlan, Mohamad Ashari Samsudin
Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan, Faizal Abu Bakar
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 07:26 PM | Show all posts
bincang pasal players Malaysia yg bermain di luar..ada skit list aku dapat...
Titus James Palani = FC Villenoy ( France)
Tadashi Takeda = Fagiano Okayama FC (Japan) ***
Brendan Gan = Sydney FC (Australia) ***
Shaun Maloney = Celtic FC (Scotland) ***
Mohd. Naim Ahmad = Birmingham Football Academy (England)
Stanley Bernard Stephen Samuel = Sporting Clube de Goa( India)
Azwan Hasahar = Fulham Academy (England)
Wan Kuzain Wan Kamal = SIFC/Force Soccer Club (United States)
Tam Sheang Tsung = Yokohama Under-15 Youth Team (Japan) **

*** Players qualified to play for Malaysia national football team
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:36 PM | Show all posts
dh bungkusss jah la
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:37 PM | Show all posts
kena 5 - 1
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:47 PM | Show all posts
dah bungkuih daah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 11:12 PM | Show all posts
pertahanan malaysia menunjukkan super power dgn aksi2 badut..
paling x tahan gol ke-3 indon.
lg satu mcm mana sharbinee tu boleh main pulak??
tangkap bola rendah pon boleh muntah balik..bukan sekalik dua
bungkusss btol lwn indon ni. ferass sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:03 AM | Show all posts
ape pasai KingGopal x bagi Khairul Fahmi maen?...dia kan ngah konsisten...ngah bermotivasi tgi...xkan sume game nak harapkan si Aidil jek...huh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 07:36 AM | Show all posts
Lagi janji kosong...hampeh tol lh...bile lh corak permainan malaysia ni nk berubah agknye...btol2 dh boring tgk..FAM pls lh buat sesuatu...terima teguran dr org...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:01 AM | Show all posts
defence hancur bagi la casillas ka buffon ka jadi goalkeeper tetap bolos banyak jugak...
lima gol indon semua salah defence...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:51 PM | Show all posts
kt msia neh 2 je ke defend pling power??? nk2 yg sarung no 4 tuh...pekename asra....hehehe oooowwwhhh die player SELANGOR...xpe2...boleh d maafkn... wt la lg....HEBAT!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 04:05 PM | Show all posts
hancusssss..........

last game nak berharap pun lawan thai laaa....

kalau lwn thai pun bungkusss, bye-bye laa....

tp hold dulu sokongan kita....rilek dulu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110213 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list