CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 0

Southgate cabar pemainnya menang setiap perlawanan

[Copy link]
Post time 22-3-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

GARETH Southgate. FOTO AFP

Manchester: Usaha England untuk memenangi kejohanan utama buat kali pertama sejak 1966 bermula semula awal pagi Jumaat ini pada kempen kelayakan Euro 2024 bertemu juara bertahan, Itali.

Selepas mengambil masa untuk mempertimbangkan masa depannya sebaik England tersingkir di suku akhir Piala Dunia kepada Perancis, Disember tahun lalu, Gareth Southgate kekal membimbing England untuk percubaan keempat meraih kejayaan.

Southgate sudah melakukan transformasi kepada skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Tetapi selepas mara ke suku akhir, separuh akhir dan final dalam tiga kejohanan utama terakhir mereka, kegagalan menjulang trofi utama selepas selama 58 tahun di Jerman pada tahun depan akan dilihat sebagai mengecewakan.

The Three Lions menguasai pertemuan dengan Perancis di suku akhir dekat Doha tiga bulan lalu, namun masih gagal meraih kemenangan ketika detik penting.

"Kami perlu menunjukkan bahawa kami boleh beraksi di mana-mana tempat dan menang. Itu adalah langkah seterusnya untuk kami sebagai satu pasukan," kata Southgate mengenai prospek menentang Itali di Estadio Diego Armanda Maradona dekat Naples, awal pagi Jumaat ini.

England gagal dalam penentuan sepakan penalti menentang Itali pada aksi final Euro 2020 di laman sendiri dan gagal menewaskan anak buah Roberto Mancini dalam dua pertembungan di Liga Negara-Negara sebelum Piala Dunia.

The Three Lions tidak memenangi satu perlawanan pun dalam kempen Liga Negara-Negara mereka tetapi masih mampu bangkit menghampiri tahap terbaik sebaik sahaja bermulanya Piala Dunia.

Southgate juga perlu berwaspada terhadap penurunan prestasi semasa proses kelayakan kali ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-setiap-perlawanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.127109 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list