CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5131|Reply: 0

Bintang Chelsea jadi tukang baik pulih rumah

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Bintang Chelsea jadi tukang baik pulih rumah


Bintang Chelsea, Thiago Silva sedang membaik pulih kerosakan rumahnya. - Foto ihsan The Sun


LONDON: Bintang Chelsea, Thiago Silva menukar kerjayanya sebagai tukang baik pulih kediamannya ketika dalam proses pemulihan daripada masalah kecederaan.

Pemain berusia 38 tahun itu diketepikan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan lutut ketika The Blues tewas 2-0 di tangan Tottenham.

Namun Silva tetap berada di Stamford Bridge sekalipun tidak beraksi demi memberi sokongan kepada rakan sepasukannya.

Dia kekal produktif di rumahnya walaupun perlu berehat ketika ini.

Isterinya, Isabelle berkongsi videonya sedang memanjat tangga di rumah.

Silva ketawa selepas menyedari isterinya mengambil video ketika dia sedang melakukan sedikit kerja pembaikan di rumahnya.

Isabelle menulis dalam bahasa Portugis 'dia berehat di rumah tetapi dijangkiti penyakit Bob The Builder.'

- AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-baik-pulih-rumah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.444186 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list