CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5231|Reply: 0

Kapten NS kini fokus Sukan SEA

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Kapten NS kini fokus Sukan SEA


Kapten NS, Noraini Abdul Rashid (kiri) ketika beraksi dalam final Piala Vivian May Soars 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini. - Foto ihsan FB MHC


SEREMBAN: Selepas berjaya membantu pasukan hoki Negeri Sembilan (NS) mencipta sejarah menjulang kejuaraan trebel tahun ini, kapten pasukan Noraini Abdul Rashid kini memberi fokus kepada persiapan menghadapi Sukan SEA di Kemboja pada Mei ini.

Menurutnya, dia akan melaporkan diri kepada pasukan kebangsaan Ahad ini, sebelum menjalani latihan persiapan mengikut perancangan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

"Saya antara beberapa pemain yang terbabit dalam persiapan menghadapi temasya Sukan SEA di Kemboja dan sentiasa bersedia untuk beraksi dalam skuad kebangsaan.

"Saya yakin akan terpilih ke temasya berprestij itu sekali gus bakal menjadi Sukan SEA kelima yang akan saya sertai," katanya di sini, hari ini.

Noraini berkata, dia perlu memastikan tahap kecergasannya berada dalam keadaan yang terbaik untuk membantu pasukan hoki wanita kebangsaan memberikan cabaran bermakna di Kemboja nanti.

"Dari segi rekod, pasukan hoki wanita kebangsaan kekal konsisten dalam menyumbang pingat emas buat kontinjen negara.

"Pastinya pencapaian terbaik itu akan menjadi sasaran utama apabila pasukan memulakan perjuangan di Kemboja nanti. Malah secara peribadi pun, saya mahukan pasukan kami kekal menyumbang pingat emas buat negara," katanya.

Terdahulu, Noraini adalah antara tonggak penting dalam membantu pasukan NS menyapu bersih tiga trofi iaitu Piala Sumbangsih, Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) dan Piala Vivian May Soars 2023.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ini-fokus-sukan-sea

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058823 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list