CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5198|Reply: 0

Malaysia mara final Piala Merlion 2023

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia mara final Piala Merlion 2023


Pemain pasukan B-22 kebangsaan meraikan jaringan mereka pada aksi Piala Merlion 2023 menentang B-22 Kemboja di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi. Malaysia menang 4-2 dan sekali gus layak ke final. - Foto ihsan FB FAM.


KUALA LUMPUR: Pasukan Bawah 22 tahun (B-22) negara mara ke final Piala Merlion 2023 selepas menundukkan B-22 Kemboja 4-2 pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Pada aksi final yang dijadual berlangsung Ahad ini, anak buah E Elavarasan akan berdepan sama ada Singapura ataupun Hong Kong di venue sama, bermula 8.30 malam.

Dalam perlawanan itu, pasukan Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di depan yang bermula daripada gerakan sebelah sayap kiri dan hantaran Aiman Afif Md Afizul, sebelum disudahkan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-13.

Malaysia terus garang dengan gol kedua pada minit ke-29 menerusi gerakan hampir sama, cuma kali ini daripada sebelah sayap kanan apabila R Ruventhiran menyudahkan hantaran Aliff Izwan Yuslan.

Bagaimanapun, skuad negara memberikan ruang untuk Kemboja bernafas selepas kesilapan Rahadiazli Rahalim yang gagal menangkap bola dengan kemas pada minit ke-36 yang berjaya 'dicuri' Lim Pisoth bagi mengurangkan defisit kepada 2-1.

Kemboja kemudian kembali bangkit dalam perlawanan, enam minit selepas rehat menerusi Sieng Chantea yang bijak memperdaya seorang pertahanan Malaysia sebelum melepaskan rembatan menewaskan Rahadiazli untuk kedudukan 2-2.

Pemain gantian, Fergus Tierney meraih penampilan sulung impian apabila kemas menyudahkan hantaran Azam Azmi Murad pada minit ke-62 sekali gus meletakkan Malaysia memimpin perlawanan.

Malaysia kembali berkelebihan dua gol selepas hantaran Ruventhiran gagal dibaca dengan kemas oleh penjaga gol Kemboja, Vireak Dara dan peluang itu disempurnakan Najmudin Akmal Kamal Akmal untuk gol keempat pada minit ke-72.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -piala-merlion-2023

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.395001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list