CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9919|Reply: 0

Euro 2024: Itali akui silap sendiri punca tewas

[Copy link]
Post time 25-3-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

RETEGUI (kanan) yang membuat debut bersama Itali berjaya meledak gol saguhati buat pasukan itu ketika mereka tewas berdepan England awal pagi semalam. – AFP


NAPLES – Ketua Jurulatih Itali, Roberto Mancini percaya mereka sepatutnya mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri ketika tewas 1-2 kepada England pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 di Stadium Diego Armando Maradona awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Itali ke­tinggalan 0-2 kepada The Three Lions menerusi jaringan Harry Kane dan Declan Rice sebelum penyerang kelahiran Argentina, Mateo Retegui menjaringkan gol saguhati buat The Azzurri.

Walaupun sedar ia satu perlawanan sukar, namun Mancini menganggap dua gol yang dilepaskan adalah berpunca daripada kesilapan sendiri ke­rana gagal merantai pergerakan pemain-pemain England.

“Kami semua tahu pertemuan dengan England akan menjadi satu perlawanan sukar, namun dua gol mereka berpunca daripada sepakan penjuru. Itali juga menguasai separuh masa kedua, jadi paling kurang kami sepatutnya dapatkan satu mata.

“Keputusan ini memang mengecewakan, tetapi perjalanan masih panjang. Kami hanya bangkit di separuh masa kedua, sekiranya kami tampilkan aksi sama di separuh masa pertama, mungkin ia cerita berbeza,” katanya.

Pada masa sama, bekas pe­ngendali Manchester City itu juga memuji aksi ditampilkan Retegui meskipun pertemuan dengan England merupakan penampilan pertamanya bersama juara Piala Dunia empat kali itu.

“Dia agak bergelut di separuh masa pertama kerana perlu berdepan barisan pertahanan England yang memiliki kelebihan fizikal. Retegui masih muda, jadi dia ada banyak masa untuk berkembang,” ujar Mancini.
–AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... endiri-punca-tewas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.241183 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list