CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

Pelik Orang Yang Benci Ngan Kucing

[Copy link]
Post time 3-12-2010 05:32 PM | Show all posts
aku pon suka tego kucing kalo tejumpa kat memana. lantak aa org nak kata apa. aku suka sgt tengok gelagat diorg.
dulu2 masa kecik2 aku suka gak menyepit telinga kucing ngan sepit baju. hehehe. tapi siap aa kene kejar ngan mak aku n dia sepit telinga aku plak ngan sepit tu soh rasa sakit ke x. padan muka aku.
kucing2 aku plak, kalo aku marah diorg sbb main tisu abes sekotak ke, begurau sampai tungganglanggang umah ke, sat lagi diorg ramai2 pakat datang gesel2 kat kaki. tengah marah terus x jadi marah. pandai tol main psiko.

kalo diorg kencingkan bantal sofa, laki aku lak kene marah sbb ni mesti kes dia x bersihkan potty diorg. aku peknen, xleh nak handel pasir diorg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2010 05:37 PM | Show all posts
Reply 100# MACD


  itu masalah manusia bukan kucing, takkan sebab orang yang letak makanan tapi kucing yang dibenci.. aku mengaku memang ada orang yang buat camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 05:43 PM | Show all posts
Takde saper yg benci kat kucing la.
Korang ni tinggal kat mana sampai byk sgt jumpa org berhati kejam ni.

Aku x leh manja2 dgn kucing sbb aku allergi bulu dia. Selagi kucing tu x kacau aku makan, no problemo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 10:28 AM | Show all posts
aku pon jenis alergik ngn abuk n bulu...asek nak bersin je kalu terkena..tapi kalu jumpe kucen dulik ar selamba je ak pluk cium hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 02:39 PM | Show all posts
x suke cmne skali pon, jgn la wat smpai die terseksa. die pon mau idop jgak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:39 AM | Show all posts
oh sebelum terlupa..dek sebab komen ku terdahulu,meh nak tumpang tanya sikit...

lagi 1 benda yg aku tak tahan ngan kucing adalah,derang suka kencing merata...umah aku jadi port plak tu

aku tau,kucing tu nama pon binatang...aku dah cakap dah kat empunya kucing tu,sila ajar kucing anda kencing di umah anda atau tempat lain selain umah kami!malu tau org datang umah bau hancing semacam je kat depan tu...kadang2 tu sbb tak tau mana tah dia kencing,tetiba je naik bau hancing tapi masalahnya,dah dicakapkan pada tuan punya kucing pon,benda sama berulang...tu belom kira habis dicakarnya kete

jadi,aku gugel2,camne takmo kasik umah dikencing kucing,salah 1 cara curah minyak tanah...tapi aku takmo amek risiko...kang nak malang,terbakar lak umah aku

maka,tolong la aku overcome this problem

aku tgk,bangsa lagi 1 tu,petang2 bawak anjing derang jalan2,kasik buang segala tepi2 jalan  tapi in a way,benda tu tak mengotorkan umah derang la kelak walaupon pengotor gila n nyusahkan org lain je kalo terkena najis anjing derang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2010 11:34 PM | Show all posts
Reply 106# auntie_girl

dkt pasaraya, aku ade terjumpa spray utk elak anjing n kucing kencing kat tempat2 yg kita takmo mcm kat tayar kete.
aku penah beli dlm rm28 hengget. mcm berkesan rasanya sbb dah xde bau2 pesing kat luar umah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 06:35 AM | Show all posts
Reply  auntie_girl

dkt pasaraya, aku ade terjumpa spray utk elak anjing n kucing kencing kat tem ...
mucheng Post at 7-12-2010 23:34



   

mekasey reply...nanti aku usya umah aku kdg2 berbau hancing n hanyir...kat luar nya la...kat dalam alhamdulillah takde lagi dek kitaorg amalkan dasar pintu tertutup sokmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 09:27 AM | Show all posts
orang yang suka siksa haiwan, tak  kira la, kucing ke, anjing ke, rabbit ke, semuanya ada masalah mental.
mula2 dia akan buat kat haiwan, lama2 dia akan naik taraf dera manusia pulak.
benda ni memang dah disahkan oleh scientific research dan profiling FBI...
dan kebanyakkanya akan mula jadi pembunuh kalau dia terlepas dari mendera haiwan.
so, kalau ada kawan2 atau kenalan rapat yang suka dera2 haiwan ni, hati2 la, ye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:36 AM | Show all posts
aku mmg nyampah pon nagn org pompuan kalo tergedik-gedik konon takotkan kuceng..bukan rimau nak maka ...
kikuri Post at 3-12-2010 14:47



    sokong!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 03:30 PM | Show all posts
orang yang suka siksa haiwan, tak  kira la, kucing ke, anjing ke, rabbit ke, semuanya ada masalah me ...
boocik04 Post at 8-12-2010 09:27


`LIKE'
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:45 AM | Show all posts
sokong!!
izzreen Post at 13-12-2010 09:36


kann... aku pun tak paham apsal..
yg sedey tu..  kucing2 aku pun aku kena bagi kat kawan sbb bini aku tak suka kucing..
aku tanya apsal tak suka?.. dia kata geli kalo terpegang kulit kucing tu..
6 thn aku bela kucing tu.. penat woo bagi susu guna syringe masa dia kecik..
dah berbulan pun tetap je teringat kat kucing2 aku tu..
minggu depan nak gi melawat ni.. ntah2 kucing2 tu dah lupa kat aku agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 07:42 AM | Show all posts
kann... aku pun tak paham apsal..
yg sedey tu..  kucing2 aku pun aku kena bagi kat kawan sbb bi ...
archilless Post at 16/12/2010 00:45


masa kawan takkan tak perasan future wife tu tak suka kucing?
susah kalau camni, sebab partner tak memahami...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 11:15 AM | Show all posts
pernah mengalami situasi mcm yang seme cita kat sini..husbnd mmg pesen sound direct..dan pernah pon nak bertumbuk dengan bangsa lg satu tu sebab sepak2 kucing...dan bila orang tegur tak boley terimaa......nob ni taktau nak buat muka mcmana..taktaula nak cakap..mmg husbnd pesen tak boley tengok org sepak2 terajang kucen atau hewan2 lein...dia sangatlah tak tahan melihatnya...budak2 yg sepak2 picit kucing mak ayah dorng tak tegur pon dia akan tegur...tahla...nob pon jenis family tak pernah ajar bela sebarang haiwan peliharaan..tp naluri kot.....tambah2 bila husbnd sangat sukakan kucing...dah bila dah bela sendrik....lg lg lah sayang...mmg takkan sampai hati tengok org wat mcm2 walopon bukan kucing kita...btw masing2 punya perasaan mmg tak boley paksa orang suka apa yang kita suka....cuma benci sekalipon janganla sampai sepak terajang..dia pon berhak tuk idup..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 12:10 PM | Show all posts
Utusan (15/12/2010)
Islam dan haiwan

Oleh ARIF FAHMI MD YUSOF

SEORANG pakar sejarah dan undang-undang dari Universiti Northwestern, Chicago, Dr Kristin Stilt dalam kajiannya mengenai haiwan dan Islam mengakui sistem kebajikan haiwan dalam Islam sebagai satu model yang amat sesuai bagi setiap manusia.

Dr. Richard Foltz, seorang sarjana dari Universiti Concordia, Canada yang banyak menyelidik tentang haiwan dan agama juga melihat perlindungan yang diberi oleh Islam kepada haiwan adalah lebih baik berbanding agama lain dan sistem barat.

Kedudukan haiwan dalam Islam memang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran, kedudukan mereka dari sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.

Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An'am: 38).

Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.

Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah).

Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, kuda, keldai, biri-biri, monyet, anjing, khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud, gagak dan banyak lagi.

Hadis-hadis Rasulullah SAW juga kerap kali menceritakan tentang haiwan terutamanya tanggungjawab manusia terhadap haiwan.

Sebelum kedatangan Islam, haiwan digunakan sebagai alat dalam pemujaan dan sihir oleh sebilangan besar masyarakat jahiliah. Penyembelihan dilakukan atas nama berhala. Haiwan seperti unta, kuda, dan lebah dianggap sebagai pembawa berkat dalam kehidupan mereka. Anjing dan kucing pula dikaitkan dengan kejahatan. Ia seterusnya membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat Arab sehingga beberapa suku kaum dinamakan sempena nama haiwan seperti Quraish (jerung), Kalb (anjing) dan Asad (singa).

Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengubah amalan songsang masyarakat jahiliah. Penyembelihan atas nama berhala digantikan dengan nama Allah.

Islam menolak kepercayaan masyarakat jahiliah yang mengaitkan haiwan dengan perkara-perkara tertentu seperti keberkatan dan kejahatan serta menggolongkan mereka di kalangan yang dusta kepada Allah (al-Maidah: 103).

Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan Allah.

Lihatlah firman Allah kepada lebah yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl: 68).

Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat hingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok, dalam hutan dan di tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia.

Allah juga berkuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan.

Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml: 18).

Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka (al-Israk: 44)

Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Nur: 41).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 10:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by jazim at 19-12-2010 10:12
pe'el aku, kalo jumpa kucing kat mana2, tak kira la yang terbiar ke, yang ala2 gengster ke, yang bertuan ke, aku akan tegur kucing tu n cakap "i lap yu kucen"  
sonata85 Post at 3-12-2010 08:57


Aku pun sama juga   dri kecik kalau aku jumpa kucing kat mana2 mesti aku tegur. Baru kejap tadi aku jumpa sekor hitam ekor panjang (mcm Salem Saberhagen dlm cite Sabrina & Teenage Witch), aku cakap meow kat dia dia balas balik meow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 10:19 AM | Show all posts
Saya pengidap lelah sejak tahun 2006 tapi saya tetap sayangkan kusing dan x lepaskan peluang membelai kucing setiap kali ada kesempatan. Kawan2 pelik tengok tapi saya buat x kisah je. Saya sayang kucing sejak kecik dan lelah masa dah tua jadi kepada anda yg sayang kucing congaklah sendiri faktor mana yg akan menang? Zaman kanak2 atau zaman 30an saya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 11:08 AM | Show all posts
Reply 116# jazim

haha kau pun same ek macam aku..
lepas tegur tu, riang je rasa ati..
tapi ade gak kucen yang buat bodo je kalo aku tegur...
biasanya kucen2 yang otai2 la..ala2 gengster..
mane tak nye, aku tegur time diorang ondaway nak g gaduh ngan kucen lain..
dengan muke garangnye..dengan gaya jalannya..dengan parut sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 02:21 PM | Show all posts
Reply 118# sonata85

Kucing jantan itam tadi baru nak bermesra dgn sekor kucing betina tabby kelabu tapi yg best dua2 jinak tak takut orang, siap gesel2 kaki lagi tapi nak bawak balik takut orang punya walaupun dekat pasar kang kesian pulak tuan dia tercari-cari...tambahan pula dekat pasar tu ada banyak rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:33 PM | Show all posts

Wah...

Aku pun sama juga   dri kecik kalau aku jumpa kucing kat mana2 mesti aku tegur. Baru kej ...
jazim Post at 19/12/2010 10:10




Sampai sini ko merayap... Kira cam kuceng gak ler ko ni... Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074868 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list