CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 0

Stellini dapat restu Conte kemudi Spurs

[Copy link]
Post time 1-4-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

STELLINI (kanan) menggalas tugas sementara yang ditinggalkan Conte. FOTO Reuters

London: Pemangku ketua jurulatih baharu Tottenham, Cristian Stellini mendedahkan bahawa dia mendapat restu daripada bekas bosnya, Antonio Conte untuk mengambil alih peranan itu.

Masa sukar Conte di Tottenham berakhir menerusi persetujuan bersama selepas kritikan keras pengendali Itali itu terhadap pemainnya berikutan keputusan seri 3-3 di Southampton sebelum tempoh rehat antarabangsa.

Stellini sudah bekerja sebagai pembantu kepada Conte di empat kelab berbeza tetapi kini akan mengendalikan Tottenham sehingga akhir musim ini.

"Kelab dan Antonio berbincang antara satu sama lain. Mereka mengambil keputusan bersama-sama dan memberitahu saya. Saya mengetahuinya," kata Stellini kepada pemberita menjelang pertembungan dengan Everton di tempat lawan, Selasa ini.

"Mereka menghubungi saya dan memberitahu keputusan sudah diambil dan jika anda bersetuju dengan kami, anda boleh melakukannya. Saya tidak mempunyai masalah untuk mengatakan 'ya'."

Pengunduran Conte diikuti dengan berita bahawa larangan 30 bulan yang dikenakan terhadap pengarah urusan bola sepak Tottenham, Fabio Paratici, yang dikenakan di Itali, diperluaskan ke seluruh dunia oleh Fifa.

Paratici digantung sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan salah urus kewangan ketika bersama bekas kelabnya, Juventus yang menyaksikan 11 pegawai lain turut digantung dan kelab itu dipotong 15 mata.

Tottenham, berkata mereka sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan berhubung penggantungan itu dengan peranan Paratici di kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Stellini menafikan dakwaan bahawa kelab Utara London itu berdepan krisis.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -conte-kemudi-spurs
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list