CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1905|Reply: 0

Pemain Nantes digugurkan kerana berpuasa

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode

HADJAM berpindah ke Nantes pada Januari lalu. FOTO FC Nantes

Paris: Pertahanan Algeria Jaouen Hadjam digugurkan daripada skuad Nantes sebelum menentang Stade de Reims dalam perlawanan Ligue 1 semalam selepas enggan mematuhi arahan tidak berpuasa, menurut pengurus Antoine Kombouare.

Hadjam menyertai Nantes pada Januari dari Paris FC dan tampil dalam sembilan aksi liga setakat ini.

"Jaouen? Tiada yang kontroversi. Siapa yang berpuasa saya sokong tetapi pada perlawanan, anda sepatutnya tidak berpuasa," kata Kombouare ketika sidang media selepas pasukannya tewas 0-3 di tempat sendiri.

"Ia bukan hukuman. Saya tetapkan peraturan dan jika itu pilihannya, saya hormatinya."

Media tempatan melaporkan pemain berusia 20 tahun itu bersetuju tidak berpuasa dalam aksi di tempat lawan sahaja.

Nantes kini berada di tangga ke-14 dalam carta liga dengan 30 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.

Hadjam pemain kelahiran Perancis memilih beraksi untuk Algeria bulan lalu dan dia bermain ketika pasukannya menewaskan Niger 1-0.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-kerana-berpuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 2.168422 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list