CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1862|Reply: 0

‘Kurma, segelas air, mimpi ngeri FFF!’ panaskan Ligue 1

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode

KAIN rentang ‘Kurma, segelas air, mimpi ngeri FFF!’ dipasang di Parc des Princes, Paris semalam ketika PSG menentang Lyon dalam perlawanan Ligue 1.



PARIS: Penyokong Paris Saint-Germain (PSG) memasang kain rentang ‘Kurma, segelas air, mimpi ngeri FFF!’ di Parc des Princes, Paris semalam sebagai reaksi kepada Ligue 1 kerana tidak membenarkan pemain berbuka puasa pada pertengahan perlawanan.

Minggu lalu, Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) memberi amaran kepada semua pengadil bahawa menghentikan permai­nan seketika bagi memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa adalah dilarang.

Tindakan FFF mencetus perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak Perancis, di mana ramai yang mengkritik badan bola sepak itu kerana melakukan ­diskriminasi ketika ramai pemain skuad kebangsaan sendiri beragama Islam.

Pendekatan FFF amat berbeza dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengarahkan pengadil agar memberhentikan permainan seketika bagi memberi laluan kepada pemain berbuka puasa di tepi padang untuk perlawanan yang berlangsung di sebelah petang.


JAOUEN HADJAM

Kelmarin, pemain pertahanan Nantes, Jaouen Hadjam digugurkan daripada skuad yang kalah 0-3 kepada Reims selepas menolak arahan jurulatihnya agar tidak berpuasa.

Dalam ‘pertarungan’ antara kepercayaan dan tanggungjawab, pemain kelahiran Algeria itu memilih kepercayaan selepas diberi kata dua oleh jurulatihnya, Antoine Kombouare supaya berbuka puasa atau dia bakal terlepas perlawanan Ligue 1.

Hadjam diketepikan sepenuhnya daripada skuad selepas menegaskan, dia tidak akan berbuka puasa dalam apa jua keadaan, walaupun ia bermakna dia tidak boleh bermain untuk Nantes.

Menurut portal Perancis, Ouest-France, ­Hadjam menolak arahan Kombouare untuk tidak berpuasa pada setiap hari perlawanan dan meninggalkan jurulatih itu tanpa pilihan selain mengecualikan dia daripada ­pasukan. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... f-panaskan-ligue-1/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.058352 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list