CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Gol Rashford julang Man United

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:25 AM | Show all posts |Read mode

RASHFORD (kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Brentford di Old Trafford. FOTO AFP

Manchester: Marcus Rashford menjaringkan gol menerusi sepakan voli menarik bagi membantu Manchester United menewaskan Brentford 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi, sekali gus kembali dalam kelompok empat teratas.

Kemenangan di Old Trafford itu adalah reaksi sempurna susulan kekalahan 0-2 di tangan Newcastle United, Ahad lalu dan the Red Devils kini mengumpul 53 mata iaitu tiga mata di depan pasukan tangga kelima, Tottenham Hotspur dan sama mata dengan Newcastle di tempat ketiga.

Menduduki kelompok empat teratas akan membolehkan United beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim depan dan Rashford berkata, akan konsisten akan menjadi kunci kepada perjuangan mereka pada ketika kehangatan EPL kini memasuki fasa akhir dan genting.

"Kami sekarang berada dalam tempoh apabila setiap perlawanan sangat penting dan diambil kira, jadi kami sangat puas hati dengan kemenangan ini," kata Rashford.

"Perkara paling penting adalah sentiasa menang perlawanan akan datang dan semua orang jelas bahawa kami tidak boleh bermain dengan prestasi terbaik pada setiap perlawanan.

"Tetapi, tiada masa untuk menurunkan standard dan kami perlu bekerja keras pada setiap perlawanan dan setiap minggu," tambahnya.

United bermula dengan baik dan melakukan beberapa serangan yang menghasilkan sepakan sudut serta sepakan percuma sebelum berada di depan pada minit ke-27 menerusi gerakan set-piece.

Berpunca daripada sepakan sudut, Rashford bijak menggunakan peluang dimilikinya untuk merembat masuk mengatasi David Raya, sekali gus menjaringkan gol peribadi ke-28 dalam semua kejohanan pada musim ini.

David De Gea nyaris memberikan Brenford jaringan penyamaan pada awal babak kedua menerusi tampanannya yang longgar ke arah Ivan Toney, namun tuah menyebelahi penjaga gol United itu apabila bola melantun ke tempat selamat.

De Gea sekali lagi diuji pada minit ke-67 apabila pemain simpanan, Kevin Schade menerima hantaran Toney sebelum meluru ke arahnya, namun penjaga gol itu berjaya menepis percubaan itu dengan baik.

United boleh memuktamadkan kemenangan dengan satu lagi gol pada minit ke-80 apabila Rashford meloloskan diri di sebelah kiri dan mengumpan kepada Fred, namun ledakan pemain dari Brazil itu tinggi melepasi palang.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... d-julang-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047003 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list