CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

‘Hentak’ pangkal paha pemain, pengadil digantung 12 perlawanan

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode

TINDAKAN Fernando Hernandez menghentak pangkal paha pemain Leon menggunakan lutut menyebabkan dia digantung 12 perlawanan.



MEXICO CITY: Pengadil Mexico, Fernando Hernandez digantung 12 perlawanan gara-gara menghentak pangkal paha pemain menggunakan lutut dalam per­lawanan Liga MX antara Amerika dan Leon.

Hernandez melakukan keka­saran itu terhadap Lucas Romero, ketika pemain Leon tersebut dan rakan-rakan sepasukannya mengelilingi pegawai perlawanan dalam aksi yang berakhir 2-2 kelmarin.

Mereka menuntut Hernandez melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) mengenai gol penyamaan Amerika.

Situasi buruk itu turut me­nyaksikan jurulatih kedua-dua pasukan dibuang padang berikutan pergelutan yang menyebabkan baju pengendali Leon, Nicolas Larcamon koyak.

Enam kad kuning juga dila­yangkan pada babak kedua dalam tempoh 10 minit.

Hukman berat yang dijatuhkan terhadap Hernandez memberi mesej kepada semua pe­ngadil di Mexico agar berfikir dua kali sebelum menggunakan kaedah kekerasan untuk menangani pemain yang kuat membantah.

Selepas rakaman menunjukkan Hernandez menghentak pangkal paha Romero sambil dilayangkan kad kuning tersebar luas, pemain Leon itu menyifatkan ­insiden tersebut sebagai ‘salah faham’.

“Pengadil adalah manusia, banyak kali mereka boleh me­lakukan kesilapan.

“Kesilapan itu akhirnya mem­bangkitkan apa yang berlaku, banyak salah faham dalam perlawanan,” katanya kepada penyiar Mexico, TUDN.

Hernandez kemudian tampil memohon maaf kepada Romero dan berkata, dia tidak akan menyerang­nya atau mana-mana pemain lain.

Dia juga berjanji untuk mene­rima hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin liga dengan hati ­terbuka. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... tung-12-perlawanan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054168 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list