CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Lampard terima lamaran Chelsea

[Copy link]
Post time 6-4-2023 09:32 AM | Show all posts |Read mode

BEKAS pemain dan pengurus Chelsea Frank Lampard (dua dari kiri) dilihat di dalam stadium sebelum perlawanan. - Foto REUTERS

LONDON: Frank Lampard bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sementara Chelsea di saat pemilik kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali meneruskan usaha mengintai calon terbaik bagi menggantikan tempat Graham Potter.

Potter dipecat pada Ahad lalu selepas deretan keputusan yang buruk sekali gus meletakkan pasukan berada di kedudukan ke-11 carta Liga Perdana Inggeris.

Bruno Saltor, yang menjadi sebahagian barisan kejurulatihan ketika dibawah Potter, mengambilalih tugas berkenaan ketika mereka terikat tanpa jaringan dengan Liverpool di laman sendiri, Selasa lalu.

Lampard yang mengemudi Everton sehingga Januari lalu, akan kembali ke Stamford Bridge, persekitaran yang pernah menyaksikan dirinya diminati penyokong Chelsea ketika 13 tahun bergelar pemain - sebelum mengalami musim hambar sebagai pengurus dari 2019 hingga 2021.


Bekas pemain berusia 44 tahun itu yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea dengan 211 gol, disingkirkan daripada jawatan berkenaan pada Januari 2021 selepas mengemudi 84 perlawanan bersama Chelsea.

Bekas pemain kebangsaan England itu akan ditugaskan untuk mendapatkan sebanyak mungkin keputusan yang bagus pada baki perlawanan musim ini selepas kelab membelanjakan ratusan juta pound pada sesi pemindahan pemain Januari lalu.

Berada dalam kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan tampak menjadi satu tugas berat buat kelab London itu, apabila kini ketinggalan 14 mata dibelakang kelompok empat terbaik dengan hanya berbaki sembilan permainan.

Harapan mereka untuk meraih gelaran ketiga Liga Juara-Juara tampak masih ada menerusi pertembungan di suku akhir menentang Real Madrid, bulan ini.

Posisi pengurusan Chelsea menjadi spekulasi hangat diperbincangkan, dengan Julian Nagelsmann and Luis Enrique adalah antara nama yang dikaitkan dengan tugas berkenaan.

Bekas jurulatih Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrique berlepas ke London untuk perbincangan bersama Chelsea, lapor media tempatan. - Reuters

https://www.bharian.com.my/sukan ... medium=terkinitabhp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057257 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list