CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Ferrari mohon ihsan FIA

[Copy link]
Post time 8-4-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

SAINZ terpaksa akur dengan keputusan steward perlumbaan. FOTO AFP

London: Ferrari meminta badan induk Formula Satu (F1) menilai penalti lima saat yang menyebabkan pemandu Sepanyol, Carlos Sainz tergelincir ke kedudukan ke-12 dari tempat keempat Ahad lalu di Grand Prix (GP) Australia.

Prinsipal pasukan, Fred Vasseur memberitahu wartawan dalam panggilan Zoom bahawa permintaan untuk semakan dikemukakan kepada Persekutusan Automobil Antarabangsa (FIA).

"Prosesnya ialah pertama sekali mereka akan melihat petisyen kami sama ada mereka boleh membuka semula kes itu dan kemudian kami akan mengadakan perbicaraan kedua bersama steward yang sama mengenai keputusan itu," katanya.

"Langkah pertama adalah untuk membuka semula perbincangan. Keputusan ini terserah kepada FIA," tambahnya.

"Pastinya kami menjangkakan semakan keputusan itu kerana ia petisyen untuk semakan. Kami tidak pergi ke sana untuk mendapatkan simpati."

Sainz dikatakan melanggar rakan senegara, Fernando Alonso di Albert Park, Melbourne yang menyaksikan jentera Aston Martin itu berpusing.

Perlumbaan itu kemudiannya dihentikan buat kali ketiga selepas pemandu Alpines, Esteban Ocon dan Pierre Gasly kedua-duanya berlanggar sebelum tersingkir dari saingan.

Sainz berada di tempat ketiga selepas perlanggaran tetapi perlumbaan berakhir di belakang kereta keselamatan dengan semua jentera kembali ke kedudukan asal pada permulaan sebelumnya dan tidak dibenarkan memotong.

Alonso mendapat tempat ketiga.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ari-mohon-ihsan-fia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.178532 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list