CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2667|Reply: 44

Edisi PEKASAM :'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2010 06:13 PM | Show all posts |Read mode
'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'
Dis 2, 10 1:13pm
Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

NONE "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

anwar and lim kit siang with hadi awang "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.


cilakak ini worang.....
ko tunggu balasan dari PEKASAM.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 06:20 PM | Show all posts
ini adalah jelas penderhakaan ni.. mana perkasa? mana? mana? pegidaa mana? mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 06:22 PM | Show all posts
ini adalah jelas penderhakaan ni.. mana perkasa? mana? mana? pegidaa mana? mana??
furadust Post at 2-12-2010 18:20



  pekasam tgh sibuk promote gelang AC.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 06:26 PM | Show all posts
perkasa gandakan wang anda tu apa dia tawwwwwwwwww,,,berapa banyak perlembagaan daaaa


budak2 belakang tak habes sekolah adalah geng arman,,grtphhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply 4# kucingTomey


   geng bas skolah la ni?...........
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 06:31 PM | Show all posts
ceh..nak jadi tpm.

taeek lu..kena sambar petir baru tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 06:34 PM | Show all posts
Reply 5# miskintegar


    ini geng umno bahagian petaling jaya utara,,,grtphhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 06:55 PM | Show all posts
layu keris kene herdik ngan cina mca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 07:02 PM | Show all posts
Reply 8# AHMADVW


    muhahahahahhahaa arman berani dengan makcik2 depan pejabat pkr ..grpthhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:05 PM | Show all posts
PEKASAM...Goreng kasi hangit Letak Bawang N cili...Baru ada rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:09 PM | Show all posts
walaupun berpengetahuan dalam bidang agama,
nik aziz jelas berpemikiran merapu dan lembab
kerana kenyataan2 politiknya sentiasa bernada dungu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:20 PM | Show all posts
buduh punya pkr..salah masuk bilik meeting.

ceh.. pirahhh .kelakar tahap gabang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:22 PM | Show all posts
tak payah kata memimpin negara..........meminpin sebuah organisasi dah nampak belangnya............
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:28 PM | Show all posts

ahli ahli PEKASAM dan ahli ahli UMNGOK dengan ini adalah dipersilakan meratib dan meroyan secukupnya dalam thread ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:31 PM | Show all posts
apa la salahnya ada dua timbalan....bukabnya jadi PM pon....satu cina satu melayu....yang cina tu jadi timbalan untuk mewakili kaum dia yg 3/10 tu.....setakat timbalan apa la sangat......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:45 PM | Show all posts
kalau pemimpin MELAYAU tapi perangai tak semenggah... mcm gampang....
baik pilih org kapir jek....
janji ikhlas dan telus.....

tu yg pentingnye 'Kuasa di tangan rakyat'....
baru ler lahabau2 pemimpin mangkuk ni takut nak buat perangai....

tapi hakikatnye..... pemimpin yg corrupt jugak dipilih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 07:54 PM | Show all posts
bagi saya, janji jujur & ada hati nak buat kerja & berjiwa rakyat, melayu kah cina kah india kah bangla kah siapa kesah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:08 PM | Show all posts
tak ada pula yg nak kutuk Aziz bari
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:13 PM | Show all posts
owh ni kes lanun yang hempuk kepala budak pastu abg dia mengamuk kat Batu Road tu kah ???

sayangnya dia hanya hapuskan imuniti sedangkan kekuatan dia masa tuh, dia boleh abolish satu sistem..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:33 PM | Show all posts
tak ada pula yg nak kutuk Aziz bari
DTECCONAN Post at 2-12-2010 20:08


nko jangan ....diorang tengah menahan marah tu...tengah memendam rasa...merah muka memasing tu....kang meletup kang...nko nengok la thread ni jadi apa nanti....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.107042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list