CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

EPL: Langkah kiri Lampard di Chelsea

[Copy link]
Post time 10-4-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode

CHELSEA gagal mempamerkan aksi yang agresif dan pantas menyebabkan mereka berdepan kekalahan ketika menentang Wolves kelmarin. – AFP


WOLVERHAMPTON – Kepula­ngan Frank Lampard sebagai pengurus sementara Chelsea langsung tidak membantu pasukan itu apabila tewas 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan pemain tengah, Matheus Nunes pada minit ke-31 sudah cukup untuk menambah derita juara Eropah dua kali itu apabila hanya dibezakan 12 mata dengan zon penyingkiran.

Lampard menyuarakan rasa kecewa atas kekalahan tersebut selain menyifatkan pemain-pemain Chelsea tidak me­nunjukkan standard sebenar apabila membenarkan pasukan lawan menguasai sebahagian besar perlawanan.

“Kami tahu kami tidak berada pada kedudukan yang dimahukan dan pasti ada sebab me­ngapa ia berlaku. Saya tahu me­ngenai perkara itu, namun ia tidak boleh diselesaikan hanya dalam masa sehari.

“Jika dibuat analisis, saingan Liga Perdana memerlukan corak permainan yang agresif, tempo laju serta aksi kompetitif. Jika tidak, anda akan didominasi oleh pasukan lawan seperti yang berlaku hari ini (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan pemain supaya bermuhasabah bagi mengesan kelemahan sebenar yang dimiliki kerana kehadiran beliau adalah untuk membantu pasukan kembali menemui rentak sebenar.

“Saya datang ke sini adalah untuk membantu dan ini bukanlah kritikan yang mahu menjatuhkan moral pemain. Saya tahu Chelsea memiliki pemain berbakat dan ia ditunjukkan dalam setiap sesi latihan,” ujar Lampard. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... lampard-di-chelsea/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.193738 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list