CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Barca terkedu diikat Girona

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:10 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI Lewandowski ketika cuba membolosi gawang Girona.

Barcelona: Barcelona hanya mampu meraih satu mata selepas sekadar seri 0-0 dengan Girona di Camp Nou dan berkelebihan 13 mata di depan Real Madrid selaku pendahulu La Liga dengan baki 10 perlawanan.

Masih lagi dihantui kekalahan aksi Clasico di tangan Madrid dalam saingan Piala Raja Sepanyol minggu lalu, Barcelona gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri manakala Girona yang menduduki pertengahan liga tangkas bertahan memaksa skuad Xavi Hernandez keciciran mata buat kali ketiga musim ini.

Barcelona kekal 21 perlawanan tanpa bolos tetapi tidak mampu mengambil peluang kekalahan Madrid kepada Villarreal kelmarin dalam misi mereka meraih gelaran liga kali pertama sejak 2019.

"Sejak awal permainan, mereka semakin mendapat keyakinan di bahagian pertahanan dan kami bermasalah melakukan hantaran akhir atau mencipta peluang," kata kapten Barca Sergio Busquets kepada DAZN.

"Sasaran kami kekal sama, juarai La Liga dan cuba memenanginya secepat mungkin. Kami 13 mata di depan tetapi objektif kami tetap sama."

Xavi yang masih tanpa beberapa pemain utama termasuk Pedri dan Ousmane Dembele membariskan Ansu Fati dan Raphinha bersama penjaring terbanyak La Liga Robert Lewandowski di bahagian hadapan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rkedu-diikat-girona
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064536 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list