CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

United dijangka melepaskan ­lebih sedozen pemain

[Copy link]
Post time 12-4-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode

‘Jangka hayat’ ketua pasukan, Harry Maguire bersama kelab juga dijangka tidak lama kerana gagal mendapat tempat di bawah Ten Hag.


MANCHESTER: Manchester United dijangka melepaskan ­lebih sedozen pemainnya pada musim panas ini dalam usaha pengurus pasukan, Erik ten Hag merombak Red Devils.

Menurut akhbar Daily Mail, 13 pemain akan meninggalkan Old Trafford sebaik musim ini berakhir.

Apabila pasaran perpindahan musim panas dibuka, United berminat untuk menandata­ngani penyerang, pemain te­ngah, pertahanan tengah dan kanan serta penjaga gol baharu.

United sebelum ini bermasalah dalam melepaskan pemain keluar apabila sebahagian besar diberi lanjutan kontrak yang panjang.

Kelab itu melepaskan lapan pemain skuad utama pada musim panas lalu tetapi hanya mampu mengumpul 10 juta pound (RM54.8 juta) kerana bintang seperti Paul Pogba sempat menamatkan kontrak, manakala yang lain dijual murah.

Selepas semusim bersama United, Ten Hag kini mempunyai penilaian tersendiri bagi menentukan pemain mana yang cukup bagus untuk membarisi skuadnya.


Anthony Elanga menarik minar 12 kelab Eropah.

Pemain Sweden, Anthony Elanga hanya melakukan 24 penampilan dalam semua pertandingan dan lima kali memulakan aksi Liga Perdana.

Lebih 12 kelab berminat mendapatkan khidmat dan pemain sayap berusia 20 tahun itu, yang tidak sabar untuk mencari minit permainan di luar United.

Bek kanan Ivory Coast, Eric Bailly dijangka meninggalkan Old Trafford tetapi tidak akan ke Ligue 1 biarpun dia kini ­dipinjamkan kepada Marseille.

‘Jangka hayat’ ketua pasukan, Harry Maguire bersama kelab juga dijangka tidak lama kerana gagal mendapat tempat di bawah Ten Hag.

Masa depan Aaron Wan-Bissaka, Alex Telles, Donny van de Beek, Brandon Williams dan Anthony Martial juga belum dipastikan.

Matt Hargreaves yang dilantik sebagai ketua perunding perpindahan United perlu segera memulakan tugas sebelum pa­sukan mengharungi pramusim di Amerika Syarikat. – AGENSI

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... bih-sedozen-pemain/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list