|
ARIFFIAN menunjukkan cucur udang harimau bersaiz besar yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban semalam. – MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Cucur premium versi udang harimau gergasi
SEREMBAN – Cucur udang harimau bersaiz besar yang dijual seorang peniaga, Ariffian Ariffin, 45, mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan dengan lebih 100 keping terjual setiap hari.
“Ini mungkin disebabkan cucur udang harimau yang dihasilkan ini boleh dianggap premium kerana menggunakan udang bersaiz besar, namun dijual pada harga mampu milik.
“Setiap tiga keping cucur udang ini dijual pada harga promosi RM10.
“Saya masak panas-panas di sini sebelum dijual kepada pelanggan bagi membolehkan mereka menikmati aromanya.
“Cucur udang harimau ini boleh dimakan dengan kuah kacang atau sos cili terpulang kepada selera masing-masing,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini semalam.
Menurut Ariffian, tahun ini merupakan tahun kedua beliau meniaga di bazar Ramadan tersebut dan tidak menyangka sambutan yang diterima amat baik seperti tahun sebelumnya.
“Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai rezeki Ramadan walapun pada mulanya ada juga pelanggan takut hendak membeli kerana risau tentang harganya,” kata Ariffian.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ng-harimau-gergasi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|