View: 474|Reply: 1
|
Akibat gemar makan puding darah haiwan, cacing parasit ‘bersarang’ dalam otak
[Copy link]
|
|
HANOI – Seorang wanita di Vietnam diserang cacing parasit pada bahagian otaknya selepas dia kerap memakan puding darah haiwan mentah, lapor portal berita VN Express kelmarin.
Mangsa yang berusia 58 tahun dilaporkan mengalami sakit kepala yang teruk dan terjatuh di rumahnya sendiri sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan.
Timbalan pengarah hospital berkenaan, Tran Huy Tho pada Isnin lalu berkata, simptom wanita itu menyebabkan keluarganya percaya ia adalah strok, namun selepas menjalani imbasan, cacing parasit didapati bersarang di otaknya dan bergerak di bawah kulit lengan serta kakinya.
Wanita itu telah dibenarkan keluar dari hospital dan diberi ubat untuk digunakan di rumah.
Menurut wanita itu, dia makan puding darah haiwan mentah sebulan sekali.
“Saya fikir jika saya membuat puding itu sendiri, ia akan menjadi bersih dan saya yakin kerana mengetahui tiada penyakit yang terlibat,” katanya.
Tho berkata, tabiat wanita itu mengambil puding darah mentah adalah punca cacing parasit berada di dalam otaknya dan jika tidak dirawat segera, dia mungkin lumpuh dan mengalami akibat lain, tambahnya.
Puding darah (tiet canh) merupakan sejenis makanan tradisi penduduk utara Vietnam. Bahan utamanya adalah darah segar yang diambil daripada haiwan seperti babi, itik atau itik angsa yang dicampur dengan tulang rawan dan sos ikan serta dihidang bersama sayur-sayuran, cili dan limau. – Agensi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aiyo, caner leh selera nk mkn darah nih. dah mcm mosquito lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|