CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Bidaan ambil alih United masuk pusingan ketiga

[Copy link]
Post time 13-4-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode

Sheikh Jassim Hamad al-Thani (kiri) dan Jim Ratcliffe antara dua pembida berpotensi ambil alih United.

MANCHESTER: Pusingan ketiga dan terakhir untuk bidaan pengambilalihan Manchester United dijangka berlaku dengan tawaran terbaik akan diberikan sebelum hujung bulan ini.

Pihak yang masih berminat untuk mendapatkan pasukan itu termasuklah Sheikh Jassim Hamad al-Thani dari Qatar dan bilionair Britain, Sir Jim Ratcliffe memaklumkan kini ada dua tarikh akhir.

Tarikh akhir pertama adalah pertengahan minggu depan tertakluk kepada proses mendapatkan maklumat sebelum tarikh kedua pada 28 April adalah bagi bidaan terakhir dilakukan.

Difahamkan, pemilik United, keluarga Glazer mensasarkan penjualan penuh saham pasukan dan bukannya sebahagian pelaburan.

Mereka mahukan bidaan untuk kawalan dan pegangan penuh sebagai pertukaran kepada suntikan wang tunai namun spekulasi mencadangkan pengambilalihan penuh daripada pihak baharu mungkin berlaku.

Bank berpangkalan di New York, Raine Group yang terbabit dalam urusan penjualan itu enggan memberikan sebarang komen, begitu juga wakil Sheikh Jassim dan Ratcliffe.

Keputusan untuk mengadakan satu lagi pusingan bidaan dipercayai susulan Glazers belum tertarik dengan harga yang dimahukan bagi melepaskan pasukan terbabit. -AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... suk-pusingan-ketiga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.479594 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list