CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

UCL: AC Milan mahu ulangi kemenangan

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

OLIVIER Giroud mungkin akan memikul tugas mengetuai jentera serangan Milan untuk merobek gawang Napoli awal pagi esok. – AFP



MILAN – Pengurus AC Milan, Steafano Pioli mengakui para pemainnya kini lebih tenang untuk berdepan Napoli pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di San Siro, awal pagi esok.

Kejayaan menewaskan Napoli 4-0 pada aksi Serie A sebelum ini membuatkan mereka mempu­nyai keyakinan tambahan untuk turun menentang pasukan itu dan mendapatkan satu lagi kejayaan pada perhitungan lebih penting kali ini.

Biarpun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Empoli, Pioli percaya beliau hanya perlu melakukan sedikit perubahan taktikal selain menggesa para pemainnya memburu gol awal menentang Napoli nanti.

“Saya tidak rasa sebarang kejutan kerana saya hanya membuat pilihan untuk mendapatkan keseimbangan mengikut situasi berkenaan. Saya fikir untuk memberikan perbezaan dan mungkin ia tidak berlaku pada perlawanan menentang Empoli.

“Ketika menentang Napoli sebelum ini, kami berjaya mendapatkan gol awal menyebabkan kami bermain lebih terbuka. Kami akan buat analisa untuk hadapi Napoli selepas ini dan saya rasa kami perlu tampil lebih baik lagi berbanding aksi terdahulu.

“Kami akan bersedia dengan apa juga cara untuk mengha­dirkan perbezaan. Beraksi pada saingan Liga Juara-Juara di San Siro sentiasa mengujakan dan kami tidak sabar untuk hadapi perlawanan ini,” katanya.

Berdasarkan kualiti yang dimilikinya, Pioli pastinya sedang mengintai peluang untuk menghadirkan kekecewaan tambahan buat pendahulu Serie A berkenaan yang kini dipalit isu kekurangan pilihan di jentera serangan.

Perkembangan itu mungkin menjadikan AC Milan sebagai pasukan yang lebih baik ketika ini memandangkan Pioli memiliki lebih ramai pemain untuk dipilih bagi berada dalam kese­belasan utama khususnya bagi hadapi jadual padat.

“Sejak sekian lama kami ­bermain dengan penuh intensiti, fokus dan bertenaga. Namun, ­pemain masih kekal memberikan aksi terbaik dan sentiasa ­menunjukkan peningkatan ­dari segi tahap kecergasan dan cara kami bermain pada setiap perlawanan yang kami hadapi,” jelas­nya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -ulangi-kemenangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.222597 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list