CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Shah Firdaus raih perak, Azizulhasni ketujuh

[Copy link]
Post time 17-4-2023 08:42 AM | Show all posts |Read mode

Shah Firdaus raih perak dalam acara keirin di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium.

KUALA LUMPUR: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium dalam Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent hari ini, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.

Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.

Wakil Skuad Kebangsaan Perancis Luca Priore membawa pulang gangsa, menurut laman sesawang rasmi Berbasikal Trek Belgium.

Biarpun Malaysia menurunkan empat atlet dalam separuh akhir, hanya Muhammad Shah Firdaus berjaya menaiki podium sementara yang lain gagal mendapatkan tempat enam teratas untuk ke final.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Mohd Azizulhasni Awang berada di kedudukan ketujuh, sementara Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Shahrom masing-masing di tempat kelapan dan ke-10. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan ... azizulhasni-ketujuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050959 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list