CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3013|Reply: 0

Sang Liberal Moden

[Copy link]
Post time 4-12-2010 06:40 AM | Show all posts |Read mode
aku melihat masa untuk mencari perbezaan
aku menyelami lautan untuk mencari dasar
aku memerhatikan sang arbaie ditanggalkan teman
aku berpaksi pada bulan untuk melihat mata-ri
aku berinteraksi bersama juragan untuk melihat tingkah ulah hamba

memikir sedalam manapun tidak mampu untuk memecahkan tempurung minda.
Aku sering menghayati keindahan qaulan syadide, aku sering dihujat dengan peluru. Aku seperti memanjat tembok berliku untuk mencapai kemodenan itu. Seandainya aku gagal, aku akan terus mengingati sumpah seri dewata itu. Aku akan terus berjalan untuk memberhentikan masa paling jahat di dunia. Aku mencari jawapan bagi naskah sang demokrat, aku mengandaikan janji mereka. Aku akan terus terbuka untuk masa yang berfaedah dan bermutu. Aku tidak toleh kebelakang melihat naskah kerajaan gangga, aku tidak menoleh untuk melihat kehebatan candi borobudur. Aku tidak mampu membina pagodas burma semata-mata mencari nama. aku menzahirkan segala tingkah mencantas segala ulah. Aku mendengar suara picik sang para provokator. Aku tidak mahu menjadi suci dimata mereka, aku akan terus berjuang mengangkat pena menajamkan akal, mendaulatkan minda agar bisa duduk sebaris bersama sang para stimulasi.

Aku individu merdeka, aku kerajaan terhad, aku pasaran bebas, AKU ADALAH SANG LIBERAL MODEN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.105680 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list