View: 9253|Reply: 148
|
Jelik, Pelik Tapi Benar Dari Diari Si Penghutang - Watie Sadali maafkan Hana Adnan, tapi tak mungkin kembali jadi kawan
[Copy link]
|
|
Edited by ashilalat at 13-7-2023 02:27 AM
Watie Sadali maafkan Hana Adnan, tapi tak mungkin kembali jadi kawan
Sumber : mStar
ENGGAN memanjangkan lagi isu tuntutan hutang yang dibuat Hana Adnan, penyanyi dan pelakon Watie Sadali mengambil pendekatan untuk memaafkan bekas anggota kumpulan Elite tersebut.
Bagaimanapun kata Watie atau Norwati Sadali, 47, dia tidak mungkin dia akan kembali rapat dengan Hana meskipun hubungan mereka sebelum ini baik ketika sama-sama menjadi anggota kumpulan Elite.
“Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu.
Watie kini mengikut perintah mahkamah menjelaskan tuntutan hutang kepada Hana secara bulanan.
“Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat.
"Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya kepada mStar.
Tambah Watie dia juga lebih senang untuk berdiam dari terus memberi komen tentang kemelut antara mereka kerana percaya dirinya berada pada pihak yang benar.
Dia juga kini mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan bagi melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana.
Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.
“Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.
“Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini.
“Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” jelasnya.
Watie dan Joey lebih senang tidak terlalu bercakap soal hutang dengan Hana.
Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis
P/S - pelik selalu penghutang mesti acah² victim dan teraniaya. Padahal ko berhutang kot. Ko pikir ko x nak kawan org tu. Entah² org tu dari start kes mahkamah dah mmg x hingin nak berkawan dgn ko yg x bayar hutang. Acah² pulak ko memilih memaafkan dan pilih xnak kawan. Pigidahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mahkamah dah keluarkan perintah biasanya berdasarkan bukti2 yg ada… kalau cakap mcm ni tak menghina mahkamah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat lawak la wati ni. Tau la suami pelawak. Mana2 yang rapat dengan dia ni baik berhati2. |
|
|
|
|
|
|
|
Skarg musim pemangsa play victim ya....
Betul lah...dunia dah nak terbalik gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
elok laaaa..
kalau pesen ni aku pon xnak jd kawan nko..ehh..tiberr |
|
|
|
|
|
|
|
Kau yang berhutang, kau yang maafkan dia? Dasar jibauk macam ni memang tak jadi kawan pun takpe.. ada kawan macam ni merugikan je.
![](static/image/smiley/biggif/sekolahx.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Play victim. Booo..dah hutang tu bayar la. Pantang aku hutang x bayar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yg aniaya kawan, dia pulak yg ala2 mangsa teraniaya |
|
|
|
|
|
|
|
Pemangsa play victim. Hana tu punya susah sebab status bankrap sampai tak boleh p oversea jumpa anak dia kan. Dah mahkamah suh bayar tu terbukti la memang ko kalah motip kebenaran2 bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Korang kalau tak nak cari musuh....jgn bagi org pinjam duit...wpun org tu bff ko...
Kat opis aku ada minah kinkong ni pinjam duit acik tu masa zaman covid awal² ritu...smpi skrg dia tak byr balik kat makcik tu....
Siap ajak gang pulaukan makcik tu...kesian makcik tu...buruk nama makcik tu diburukan oleh makcik kingkong tu....
Tp org yg berhutang ni hidup dia aman2 je kan...tak takut dosa... |
|
|
|
|
|
|
|
Wau lain dari yang lain ye penghutang maafkan pemiutang. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh?? Mungkin ni alternate timeline kot... |
|
|
|
|
|
|
|
penghutang yang nak maafkan orang yang dia berhutang?
ko pun dah tertelan flakka yang di beri pada parit ke watie oi...
yang percaya mesti laki ko je kan... yang rhoper tak herlok macam calon gf si parit... bandi suriati..
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sama lah org yg hutang aku dah berapa lama, tengok family nya bahagia sgt raya ni, ke hulu hilir raya tak habis². Memang ramai org berhutang yg lupa diri |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik nya. Hutang ni bayar je jln selesai. Dah namanya hutang. Lagi2 dah kes mahkamah yg dah jatuh hukum pun.
Awatnya cakap gitu acik watie? Nak cakap pun kasi terang so kami tak tertanya2 hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 24-4-2023 03:05 PM
WATIE NI MABUK KETUM KE SENILE?
Kalo kau jujur kau akan bayar HUTANG orang tak perlu yg Kasi pinjam bersusah payah sampai buang masa buang tenaga, buang pressured, buang duit naik turun ke mahkamah HANATSSS!
Suruh laki kau bayar selupuk project pun banyakk masukkkk tak payah nak menyalak memaafkan bila ko sendiri yg mula main TAIK!
![](static/image/smiley/biggif/new_2.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/smiley/default/lol.gif) lawak wati di raya ke3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|