CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 831|Reply: 0

Hati tak tenteram jika jumpa kucing jalanan yang sakit

  [Copy link]
Post time 24-4-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Hati tak tenteram jika jumpa kucing jalanan yang sakit



YUSLINDA bersama sebahagian 30 kucing jalanan yang diselamatkan. FOTO Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Sifat kasihan yang menebal dalam diri pada kucing jalanan mendorong Yuslinda Ismail menjadi individu penyelamat haiwan berkenaan sejak 13 tahun lalu.

Menurut pencinta kucing berusia 47 tahun itu, dia tidak tenteram sekiranya gagal menyelamat kucing jalanan yang terbiar, sakit dan masih kecil.

"Saya dan suami, Harei Juki, 53, akan membawa pulang kucing jalanan yang ditemui terutama yang mengalami masalah kesihatan, cacat dan masih lagi peringkat anak.

"Saya kini mempunyai lebih 30 ekor kucing jalanan yang sihat, bagi kucing yang mengalami masalah kesihatan serius rawatan di klinik haiwan diberikan," katanya yang kini menetap di Kampung Batu Lima, di sini.

Dia berkata, untuk menyelamatkan kucing jalanan, dia memerlukan perbelanjaan lebih RM700 sebulan bagi menyediakan makanan, rawatan dan ubat.

Yuslinda berkata, untuk menjimatkan perbelanjaan, dia bertindak melakukan rawatan sendiri di rumah dengan hanya membeli ubat diperlukan.

Katanya, hampir setiap malam dia dan suami akan memberi makan kepada kucing jalanan di beberapa lokasi utama di bandar Kuantan dan Jaya Gading, di sini.

"Sekiranya jumpa kucing sakit, haiwan itu akan dibawa balik untuk rawatan," katanya.

Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuang anak kucing amat mengecewakan kerana tanpa ibu, haiwan berkenaan akan mati kelaparan selain dilanggar kenderaan.

"Bagi mengelak perkara itu berlaku, saya dan suami akan berusaha menyediakan makanan dan rawatan hasil sumbangan pelbagai pihak prihatin. Terdapat juga yang menyumbang wang ke akaun saya.

"Saya bersyukur rezeki kucing jalanan sentiasa ada, setiap bulan ada saja pihak yang tampil menghulur pelbagai sumbangan," katanya.

Yuslinda berkata, setiap kali Aidilfitri, dia turut menyediakan perkhidmatan menjaga kucing dengan bayaran RM15 seekor dan semakin banyak kucing dijaga harganya semakin rendah.

Katanya, dia akan terus berbakti pada kucing jalanan selagi termampu selain mengharapkan sokongan berterusan pihak yang prihatin.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jalanan-yang-sakit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.202522 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list