CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 0

Malaysia duduki tangga pertama

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia duduki tangga pertama



LEBIH 21 juta orang atau 73 peratus nombor telefon bimbit rakyat Malaysia dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan dalam talian.



Kuala Lumpur: Malaysia menduduki tangga pertama dalam kebocoran nombor telefon bimbit dengan lebih 21 juta orang atau 73 peratus didapati nombor telefon bimbit mereka dibocorkan atau dijual kepada sindiket penipuan atas talian.

Berdasarkan Laporan Penipuan Tahunan Gogolook 2022 yang meneliti kebocoran maklumat sulit dan operasi huluan dalam rantaian industri sindiket penipuan dalam talian di beberapa negara – Taiwan, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia, ia mendapati selain nombor telefon bimbit, antara kebocoran maklumat sulit utama adalah kata laluan log masuk dan nama.

Ia diikuti dengan alamat, negara, tarikh lahir dan kebocoran e-mel.

"Bahayanya pencerobohan data peribadi untuk kata laluan log masuk boleh menyebabkan akaun perbankan dalam talian atau rangkaian media sosial dicuri.

"Apabila sindiket penipuan dalam talian mendapat akses kepada nama, nombor telefon dan rekod pembayaran serta beli-belah, mereka dengan mudah boleh memulakan serangan panggilan telefon dan mesej.

"Jika nama dan alamat dibocorkan, orang ramai mungkin akan menerima 'bungkusan' yang tidak diminta dengan pembayaran dibuat sewaktu penerimaan barangan," kata laporan itu.

Menurut Whoscall, yang dikuasakan oleh Gogolook, aplikasi pengenalan identiti pemanggil yang dimuat turun sebanyak 100 juta kali di Asia Timur dan Asia Tenggara telah mengenal pasti lebih 405.4 juta panggilan telefon dan mesej penipuan sindiket dalam talian di seluruh dunia pada 2022.

"Laporan menunjukkan bahawa sindiket penipuan dalam talian ini mengutamakan mesej teks kerana kadar penembusan tinggi serta kos yang rendah menyumbang kepada 76 peratus sebagai 'langkah pertama' dalam kes penipuan.

"Penemuan data itu diperkukuhkan lagi dengan 95 peratus serangan penipuan di Jepun dan 80 peratus di Taiwan, Korea dan Malaysia menggunakan taktik mesej bukannya panggilan telefon," kata laporan itu.

Menurut Fortune Business Insight, Industri Antipenipuan akan berkembang kepada AS$129.2 bilion dalam skala pasaran menjelang 2029 atau CAGR sebanyak 22.8 peratus.

Katanya, kes penipuan meningkat di semua negara dengan pantas selama lebih dua tahun, tanpa sebarang tanda-tanda penurunan malah akan terus meningkat.

"Orang ramai juga perlu peka dengan modus operandi sindiket penipuan dalam talian dari semasa ke semasa.

"Sebagai contoh, di Malaysia, jenis penipuan yang muncul ialah meminta untuk menerima kod pengesahan kata laluan sekali saja (OTP).

"Kadangkala, sukar untuk membezakan penipuan, tetapi dengan teknologi terkini, anda boleh memuat turun Whoscall sebagai barisan pertahanan pertama terhadap sindiket penipuan dalam talian kerana ia akan menyaring semua mesej dan panggilan masuk melalui pangkalan data proprietarinya dengan lebih 1.6 bilion entri nombor telefon dalam masa nyata secara global," kata laporan itu.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... duki-tangga-pertama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064578 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list