|
Selebriti Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi mencetus sensasi apabila mengaku sengaja menjadi seperti perempuan ‘murahan’, asalkan dapat memuaskan nafsu teman lelakinya.
“Terserah… aku tak peduli. Memang aku jalang, aku melacurkan diri untuk teman lelaki aku.
IG
“Kenapa? Kalau aku pelacur sekali pun, aku guna aku punya bukan mak kau!” cebiknya membidas cemuhan jelata.
Dia membuat pengakuan itu setelah dikecam netizen yang mengelarnya sebagai pelacur.
Menurut ibu kepada tiga orang anak tersebut, dia sama sekali tidak kisah dengan kata-kata netizen, malah tiada masa untuk memarahi mereka bahawa maksiat yang dilakukan sama sekali tidak melibatkan netizen.
Dalam pada itu, Nikita berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah selagi netizen tidak mengaitkan isu berkenaan dengan anak-anaknya.
Terdahulu, Nikita menjadi bualan ‘panas’ dalam kalangan netizen selepas dirinya mengaku sering berzina bersama teman lelaki, akan tetapi masih mampu bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh.
Sumber: BOOM! |
|