View: 3191|Reply: 68
|
Bercinta Online Tiba-Tiba Dua Bulan Hilang- Lelaki Kelantan Gigih Datang Perlis Cari GF, Tak Ada Alamat Rumah Pula Tu
[Copy link]
|
|
Seorang gadis berkongsi tentang kegigihan abangnya yang sanggup mengembara beratus kilometer semata-mata mahu mencari rumah kekasihnya.
"Serius aku tak faham orang tua-tua bercinta. Abang aku jauh dari Kelantan, datang cari rumah GF dia tanpa lokasi, tanpa apa-apa.
"Hanya berbekalkan nama kampung dan sedikit video dari dalam rumah, bukan luar rumah tau! Dalam rumah. Dia cam tiang warna apa gitu je," katanya di video.
Gambar Hiasan
Mar kata dia memuat naik video tersebut kerana mahu berkongsi tentang betapa hebat pengorbanan abangnya yang sedang dilamun cinta.
Menurut Mar, abangnya yang berusia 38 tahun mengenali teman wanitanya menerusi Facebook sejak dua tahun lalu, namun belum pernah bersemuka.
"Tak pernah jumpa. Hati abang sudah berkenan (suka) pada dia. Ada yang berkenan tu, yang itu la. Lagipun sekarang kan susah cari jodoh.
"Baru pergi cari sebab dia dah dua bulan senyap, telefon tak dapat. Cuma rancang nak kahwin kan, kena pergi cari rumah dulu.
"Dulu kekasih dia hantar video tunjuk jalan depan rumah. Kan kita boleh nampak warna tiang dengan persekitaran rumah tu macam mana. Dari situ abang saya boleh cari," katanya yang tidak mengetahui sebab abangnya bersama kekasih 'terputus hubungan'.
Mar yang berusia 29 tahun menegaskan bahawa kekasih abangnya itu sememangnya wujud kerana kedua-dua mereka sering berhubung sebelum ini.
"Mereka selalu buat video call. Dia bukan scam, cuma tak tahu dia pergi mana masa tu.
"Sunyi sepi tak ada khabar sebab itu abang pergi cari," ujarnya lagi, namun enggan mendedahkan butiran secara terperinci atas faktor keselamatan.
Menurut Mar, dia dan abangnya melakukan pencarian selama beberapa jam sebaik tiba di Perlis sebelum menemui rumah berkenaan.
"Dalam dua hingga tiga jam. Nasib baik jumpa, rumah tu betul. Tapi girlfriend dia tak ada.
"Rumah tu kosong. Cuma diberitahu rumah tu dah kosong sejak dua bulan," katanya sambil menambah kekasih abangnya itu berkemungkinan berpindah ke lokasi lain.
Mengulas lanjut, Mar yang menemani abangnya dari Kelantan ke Perlis terpaksa pulang hampa kerana tidak bertemu dengan kekasih.
"Balik kosong begitu je la. Apa boleh buat?" katanya mengakhiri perbualan.
Video yang dimuat naik Mar menerusi akaun TikTok maddybrags_ meraih lebih 670,000 tontonan dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa abangnya.
"Hati kalau dah sayang, seketul batu depan rumah pun boleh jadi rujukan. Walaupun batu tu kecil je.
"Kasihannya. Kalau perempuan tu betul-betul suka pasti dia bagi lokasi yang betul. Sabar ye, kalau jodoh ada tak ke mana, pasti jumpa," komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
perlis yg 8 org je pon senang ummah negeri lain kena scam dengan gadis perlis |
|
|
|
|
|
|
|
Pesan pada abg ko dik...kalau kena tipu..jgnla murung atau bunuh diri...persetan kan .walaupun pernah bg duit....biar tuhan je balas..untuk abg tu teruskan hidup..perempuan boleh dicari...jodoh semua kuasa tuhan..pegang je pada tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa ke ni....adoii la |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kena scam n catfish jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
jera bang jeri ke awek abang kau tu dek...jera tu pun org perlis katanya, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak suggest shu pis rosdi takyah la kang pening kepala abg ko, banyak lagi perempuan elok2 kt perlis nu. Semoga jumpa jodoh baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
entah-entah bini orang tengah bosan |
|
|
|
|
|
|
|
Azra.diera ke TU? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanya Jeri Jera...mungkin kenal.. tah tah org yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Padahal boleh je post gambar mencari kekasih yg hilang. Kata mmg bercinta kan. Dah declared pejadah semua, up la gambar awek, netizen boleh bantu cari. Tapi sebab dah malu kena catfish kan, buat video TikTok jalan2 je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak cat fish pun petik Perlis...
Mcm org nak scam COD aje.. claim dari Sabah / sarawak
latest bukankah abam juvana sapa nama ntah yang nak kahwin usahawan dari Perlis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Knpa byk scammer dr perlis? |
|
|
|
|
|
|
|
ha?
perlis darul scammer? |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu bila jumpa kekasihnya in real x spt yg dlm gmbr. Pastu menyesal minum racun. Tamatlah kisah seorang orang bodoh. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin pompuan tu jadikn rumah tu sbgai tmpat lakonan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlu ada news llaki trjun lps jumpa online gf & gf tu rupa2 nya x lawa kat mata dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ataupn llaki yg mnyamar jdi pompuan, kat Bruneiku terchenta sini dh bnyk trjadi, jejantz khausan d tipu oleh "pompuan" lol, smpaikn bank-in duit klau nak ehem2. Last2 kna scam, pndai pun mnysal.
|
|
|
|
|
|
|
|
1) mmg la boleh jumpa sbb perlis kan 8 org je
2) trauma baca gf dari perlis. Takut kena bermadu dgn jera & johan shaari.
3) adakah sbb ni abg tu bujang smpai nk masuk 40? Sggup cari gf
4) xkn jiran x kenal rumah yg pindah tu? X bercampur ke dgn jiran? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada ramai je org kat luar sana suka menyamar guna identiti, lokasi orang lain.
My senior dulu, dok berchenta dgn jejaka Borneo. Hensem mak oiii. Kitorang sedorm biasa tengok gmbr, video call diorg.
Tetiba hilang senyap. Yg senior ni pun mencari lah. Cari punya cari, siasat punya siasat... Si bf tu, dgn nama & jawatan memang wujud. Tp dah meninggal.
Yg dok berchenta dgn dia selama ni tunang org. Tetiba senyap tu sebab kawin. Nama, jawatan, tmpt keje semua lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|