CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Komrade

Pengalaman Mistik di Kem2 Tentera/pasukan beruniform

    [Copy link]
Post time 24-12-2010 09:21 AM | Show all posts
Reply 132# Komrade

Sebelah KTU kalau tak silap ada sekolah menengah teknik kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 09:52 AM | Show all posts
Cerita ini berlaku masa kursus  dekat 1 kem. Biasalah kursus, jumpa orang baru. Nak juga berkenalan dengan yang lain-lain. Meriah la juga. Kami sampai dalam waktu pagi, taklimat waktu petang mengenai perjalanan kursus dan diperkenalkan kepada jurulatih serta ajutan kursus .Jadi malam itu kita orang buat persiapan ramai-ramai dekat kaki lima luar bilik. Kilat kasut sambil gosip-gosip tepi longkang.. Hari makin malam, sedar tak sedar, dah jam 0100. Tetiba datanglah seorang anggota,kami pun sebagai tetamu hormat la anggota tersebut dengan memberi salam( tentera mesti tahu kan?). Anggota tersebut diam sahaja, kami pun buat tak tahu la pasal dah beri salam hormat. Tetiba dalam 2 minit baru kami perasan setelah anggota tersebut pergi. Baju loreng yang di pakai adalah loreng pattern tahun 70, pasal seorang itu anak tentera, dia perasan. Dia cakap, "eh, kau orang tak perasan ke? batik dia batik lama" "batik tahun 70 tu, era bapak aku" . Kita orang baru sedar, apa lagi, semua pakat masuk tidur la. Besoknya kami tanya la ptt kanan yang ada dkt situ, ptt tu cakap, biasalah kem lama. Zaman komunis lagi dah ada, dah biasa dah jumpa macam itu. Kami terfikir, apa la makhluk yang kami jumpa itu. Tak mungkin roh, pasal dah terputus hubungan dengan dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:11 AM | Show all posts
Ini pula masa kursus kompas marching pegawai muda sukarela. Tadi itu kursus pegawai muda sukarela. Aktiviti ini kena buat dengan bermalam di satu tmpt. Jadi pada malam tersebut, kami sampai la dekat kuil hindu. Tengah nak cari tmpt tidur. Jadi ada seorang pegawai ni, buat gila kata, mari tidur dalam kuil. . Jadi dia seorang sahaja tidur dalam kuil, lain tidur luar. Jadi dalam jam berapa tah, dia kena kacau, ada orang tarik dia keluar kuil.
Mula-mula dia tak layan, kali ketiga, hati sudah panas.. Dia ambil senjata, masuk kelopak, cekah, tenang dekat satu patung hindu. Dia sound, "kau sekali lagi kau tarik aku, aku pecahkan kepala kau dengan senapang aku" "aku tak kira, kau buat lagi, aku pecahkan kepala kau, bersepai".  Lepas itu sampai ke pagi dia tak kena kacau, lena je member.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:23 AM | Show all posts
Ini masa latihan medan, biasalah bermalam atas tanah. Sedap beb tidur atas tanah. T.T pernah tidur atas tanah beralaskan ponco? Teringat lawak ponco, "kau orang ini sijil besar macam ponco, tapi bodoh" . Oleh kerana badan dah letih, kami pakat tidur je, esok nak serang hendap kubu musuh. Jadi dalam jam 0200, saya terjaga, tak tahu pasal apa terjaga, tapi series shit, sebulan kursus yo, tidur malam tak nyenyak. Tah macam mana, saya terpandang langit dan ternampak la .....................................................................................










Tuju-tuju sedang terbang, saya terkejut la dan tegur, apa itu. Tuju-tuju tersebut pun terhempas menuju ke bumi. Kira macam kapal terbang la. Ekor dia berapi sebelum terhempas. Saya camkan tempat terhempas dan esoknya saya ke sana sebelum bergerak, cuma jumpa kawasan kecil macam terbakar. Mujurlah latihan medan tak jumpa apa-apa, sindiket lain semua jumpa pontinak masa night walk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 11:19 AM | Show all posts
Reply  Komrade

Sebelah KTU kalau tak silap ada sekolah menengah teknik kan?
sauffie Post at 24-12-2010 09:21


KTU dekat kepala batas, alor setar..sy last kat sana 2001..tak dak la pulak nampak sekolah teknik, kalu sekolah menengah biasa tu ada la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 11:21 AM | Show all posts
Cerita ini berlaku masa kursus  dekat 1 kem. Biasalah kursus, jumpa orang baru. Nak juga berkenalan  ...
sauffie Post at 24-12-2010 09:52


baju loreng lama memang lain mcm skit kan sauffie.. sy masa rekrut sempat lagi pakai loreng tu, bila pakai je rasa semangat lain mcm je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2010 11:22 AM | Show all posts
Ini masa latihan medan, biasalah bermalam atas tanah. Sedap beb tidur atas tanah. T.T pernah tidur a ...
sauffie Post at 24-12-2010 10:23


ooo ponco memang teman sejati masa latihan dlm hutan, kalu tak bwk sakit badan la jawabnya,,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:08 PM | Show all posts
Reply 165# Komrade

Betul ada sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2010 10:41 PM | Show all posts
Reply 157# kikyou


    hahaha. kikyou, ko memang pandai bergurau.!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 06:57 PM | Show all posts
teringat satu kisah kwn sy, semasa sy kursus di KTU. ada la satu petang tu kira dah dekat2 nak magrib dah kot...disebabkan boring kwn sy ni bleh pulak layan karoeke dlm bilik tidur dia la..masa tengah dok syok2 menyanyi tu..tiba2 dia terpandang ada org dok ngintai dari tingkap bilik dia tu..ish dia pun bengang la, sapa la dok ngintai2 tuh..so dia pakat ajak mana2 kwn yg lain kejar org tu..memang diorang dapat kepong org yg ngintai tuh..tp yg peliknya org tu agak kerdil..dan muka dia cam org tua..so kwn sy terus la pegang tangan dia nak bawak pi ke balai pengawal MP pasai menceroboh kawasan tentera, masa kwn sy pegang tangan dia tu tetiba je org tu sentap dan lari dengan pantasnya..sampai tak terkejar oleh kawan2 sy lain..kendian kwn yg pegang tadi terasa panas je tangan dia pastu naik tanda2 cam lebam..apa lg semua pakat lari la masuk dlm bilik sambil hairan dgn org tu tadi...ada staff lama tu cakap tu anak jin...dah cuak la pulak kwn2 sy nih..nanti mesti bapak jin ni mai cari pasai nak tangkap anak dia..sangkaan tu memang betul kerana pada malam hari itu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 07:50 PM | Show all posts
teringat satu cite masa duty standby jaga stor senjata..masa tu sy ditugaskan menjaga stor senjata m ...
Komrade Post at 23-12-2010 19:54


Best citer komrade nih, tapi aku lagi takut tgk ko pegang loaded pistol sambil tertidur, kalau terkejut, mau tertembak, mati terus, kalau kena kaco dgn antu... at least kena cakar2 je
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 07:53 PM | Show all posts
Reply 170# Komrade

Komrade..... sambung lagi citer bapak jin cari anak jin ni, apa jadi malam tu? Curious nak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:23 PM | Show all posts
teringat satu kisah kwn sy, semasa sy kursus di KTU. ada la satu petang tu kira dah dekat2 nak magri ...
Komrade Post at 28-12-2010 18:57



    ... teruskan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2010 11:45 PM | Show all posts
pada malam tu bilik kwn2 dan kwn yg pegang org tu kena kacau, mulanya dia tidur cam biasa la..pastu dia rasa cam sesuatu je depan muka dia, masa tu dia tidur mengiring ke sebelah kanan..dia rasa cam ada org depan muka dia..bila dia buka je mata mak aih...muka dah la huduh dok sengih pulak tu..so dia paling muka dia ke sebelah kiri pulak..alamak..ada sekor lg...pastu dia terus paling terlentang mengadap keatas..aiseh..ada lg..so kwn sy dah bengang..dia bangun atas katil dia sambil terus azan..apa lg bertempiaran la makhluk..dan apa yg diceritakan kwn sy tu kpd sy..salah seekor benda tu terbakar dek terdengar laungan azan kwn sy..manakala kwn2 lain sebilik dgn dia pun terkejut gak, pastu pakat ramai2 kerumun katil dia dan tanya apa yg terjadi, dlm kekecohan ada kwn sorang lg ni ternampak mahkluk tu lari kat sebatang pokok pisang belakang bilik depa tu..so pakat ramai2 pi intai kat tingkap pokok pisang tu...dan depa tgk makluk 3 ekor sempat dok makan tulang kat pokok pisang tu...so ada gak kwn yg pandai skit ni bacalah something agar benda tu tak masuk balik dlm bilik tu...sebenarnya mlm tu sy pun ada gak dgr bunyi kecoh2 kat bilik diaorang..tp malas nak pi tgk..esoknya baru diorang cite...start dari kes tu rasa seram je kalau nak pi bilik diorang tu..padahal blok sy berdepan je dgn bilik diorang...moralnya jgn karoke time magrib...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 10:47 AM | Show all posts
'..... dia rasa cam ada org depan muka dia..bila dia buka je mata mak aih...muka dah la huduh dok sengih pulak tu..so dia paling muka dia ke sebelah kiri pulak..alamak..ada sekor lg...pastu dia terus paling terlentang mengadap keatas..aiseh..ada lg....'

Aku yg paling takut bab nilah.... bila buka mata nampak muka huduh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2010 05:53 PM | Show all posts
cerita ini adalah dari pengalaman kwn ku yg berkhidmat di 10 Bgd PARA kem terendak..
kawan sy baru dipostingkan ke unit berkenaan..biasalah org baru mesti kena 'test' dulu dgn senior2 dia baru bleh jadi kamcing..kwn sy ni telah diarahkan oleh senior2 dia supaya tido di satu katil yg paling ujung dlm bilik dia tu...apa yg kwn sy ni heran semuanya katil ada 20 buah cuma 5 katil je yg tiada tuan dan yg lg pelik 5 katil ni hanya 1 katil je yg berbalut kain cadar atau dlm kata komuniti tentera katil yg di 'layout' manakala lg 4 tidak di layout , so kwn sy ni tak ambik kisah sgt..so mlm tu dia pun tido la setelah sesi 'berkenalan' dgn senior2 dah abis..lebih kurang kul 2 pg kot dia pun naik atas katil nak lena..kendian tiba2 dia terdengar cam bunyi org bernafas cam kuat je bunyinya..ish sapa yg bernafas kuat bunyi tu detik dlm hati dia...so dia bukak la mata slow2 nak tgk ..apa yg dia nampak sesusuk tubuh yg lengkap berpakaian seragam tentera sedang berjalan dari pintu masuk biliknya..tp mukanya makhluk tu tak nampak lg pasai gelap kan...so dia perhati je gelagat makhluk tu berjalan slow2..dia dok ingat pegawai mana pulak yg dok ronda ni..kira lg 2 katil nak sampai kat katil dia makhluk berhenti dan mengadap ke arah dia..tp apa yg dia tgk alamak!!! mahkluk tu tanpa kepala!!! aiseh apa nak buat ?? dia pejam mata trus baca apa yg patut...kendian dia dgr makluk tu still berjalan keliling katil dia sambil bunyi nafas yg kuat..dah mcm bunyi nafas kerbau je kena sembelih je...kwn sy ni berkumat-kamit baca ayat al-quran sampai la dia tertidur..esok pg2 dia cuba la tanyakan mana2 senior yg agak ok skit utk dia cerita apa yg dialami olehnya mlm tadi. apa yg sorang senior tu cite yg dtg mlm tu la namaya Kapten John !!!! askar british yg mati putus kepala masa perang jepun dulu tu!!! katil yg kwn sy tido tu dikatakan tempat dia la... baru la kawan sy tahu yg dia dah dikenakan oleh senior2 yg nakal dlm bilik dia tu...hampeh...mau demam gak la dia... tp yg misterinya siapakah Kapten John tu?? maybe bdk2 army tau kot!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 09:01 PM | Show all posts
komrade dengan sauffie macam banyak cerita jer. cerita la lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Komrade at 2-1-2011 15:36

kisah berlaku kat tempat keja sy iaitu di Hanger aircraf... memang hanger2 dlm tudm ni memang dah lama wujud sejak perang dunia kedua lg.. apa yg misterinya ada entiti2 yg berkeliaran di kawasan hanger nih.. satu hari tu mcm biasa la lepak kat office..bila masuk time rehat iaitu kul 1 tgh byk member pi keluar makan..so tinggal la sy sorang2 kat office..rasa ngantuk la pulak so bantai lena atas sofa kat office tu..baru je nak lelap terasa cam ada something jatuh dkt sy..mcm org baling batu je..mula2 wat tak tahu je la..pastu kali kedua tepat kena kat muka sy...adoih..rasa pedihnya..tgk2 benda yg kena kat muka sy tu adalah sebijik skru yg sy pasti dari komponen pesawat c130...ish,..sapa pulak dok melawak nih?? sy bangun tgk dlm office tu takdak org pun melainkan sy sorang je..kejadian tu memang jadi tanda tanya...lepas 2-3 hari ada la sy tanya sorang kwn ni ada tak dia pernah kena baling dgn benda2 masa tido kat office sy tu..dia memang ada, ada entiti lain yg memang suka baling benda2 kat org nih..dah lama dah dia kena cuma dia malas nak cite...ooooo patut la kwn sy ni dah jarang dtg tido dlm office time rehat tgh , rupanya dia dah kena dulu... memang hanger tempat sy keja ni byk entiti ada skali tu sy lepak kat office kwn sy sambil tgh dgr radio siaran era...ntah camna siaran tu bertukar ke siaran tamil...memang cuak jugak la, bila tanya org lama2 depa kata memang ada org yg berbangsa india dulu pernah keja kat office tu, dia dah mati dah la pasai tu matbe roh dia dtg tempat tu kot... tapi yg paling misteri ada kwn sy pernah tangkap budak tgh berkeliaran kawsan hanger malam, bila tanya buat apa kat sini dia diam, pastu lari mcm kilat sampai tak terkejar kwn2 sy tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 03:45 PM | Show all posts
ada la jugak sy standby malam, masa tu standby malam cuma sorang je, malam tu memang boring la..tv tak dak la pulak..dok la lepak atas kerusi menghadap kapal...tiba2 sy nampak ada 3 ekor anjing berkeliaran kat kapal tu..yg heranya camna anjing2 tu bleh masuk sedangkan pintu hanger tertutup rapat..lg aneh anjing2 tu tak pulak menyalak..sy agak cuak gak la..tp takut gak kalau anjing tu panjat kapal..so sy amik la sebatang kayu nak pi halau...bila nal sampai je kat anjing2 tu, 3 ekor anjing tu lari menghilang diri..ish pelik tul sekejap je dah hilang..so sy patah balik la ke kerusi sy tu baru je nak duduk anjing2 tu keluar balik..adoi!!! dah main silap mata la pulak anjing2 nih..sy pun malas nak pi halau sy perati je anjing2 tu sampai la sy tertidur...tp nasib baik la anjing2 tu tak dtg gigit sy ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:38 AM | Show all posts
seram dan best2 citer Komrade ni...citerlahh lagii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.195444 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list